Monday, January 23, 2012

bila CPU lembab

Cuti memang sentiasa mengalih rutin. Tetapi perubahan rutin waktu cuti, sentiasa menyeronokkan.

Alhamdulillah.

Biarlah pipi dah macam belon pun, tetap makan free tak akan ditolak. Rezeki. Berkumpul dengan ipar duai biasanya menyeronokkan. Walau pun rumah cuma berselang pintu beberapa buah sahaja, tetapi dek sibuk dengan rutin hidup seharian masing-masing, tidak juga berjumpa dan bersua muka. Cuti-cuti beginilah bila ipar duai dari kawasan lain turun ke KL, berpeluang berjumpa dan bertukar cerita.

Normah, awak citerlah , cerita yang awak beritau tu dulu, pasal ayah yang anaknya sakit tu....

Saya kira biras saya ini antara wanita yang cantik dalam keluarga belah suami. Ada kalanya saya lihat wajahnya seperti Era Fazira.

Cerita apa? Yang mana?

Ah, sudah, cerita apakah yang saya kisahkan sebelum ini. Sedikit pun tak teringat di kepala.

Cerita yanga hari tu, pasal ayah yang menyalahkan orang lain, bila anak dia sakit tu...

La... saya memang sudah hilang ingatan langsung tentang cerita itu.

Ya, ya, Kak Ah pun ingat, cerita yang Normah citer tu dulu...

Biras lain pula yang bersuara. Aikk, kenapa orang lain boleh ingat, saya pulak tak ingat. Something is really wrong with me somewhere.

Normah tak ingat lah Normah citer apa dulu.

Ai, story teller pun tak ingat citer apa yang diceritakan ni, camana?

Tu, la, banyak sangat bercerita, dah tak ingat citer yang mana.

Bahaya lah pulak rasanya. Pipi macam belon, CPU pulak lembap . Belum lagi dapat kad warga emas, situasi sudah agak mencemaskan.  Ish  :(

*lambat mengupdate entri kerana tiada yang luar biasa walau di luar rutin,



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. salam..
    pertama nak bagi tahu mata saya
    kalau tengok Erra Fazira tak berkenan lalu..

    kedua bab belon. apa nak kisah...lama-lama
    kempis ladia kan..he he

    ketiga bab CPU..time to buy a new one!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pertama : beauty lies in the eyes of the beholder.. :)

      kedua : harap2 cepatlah kempisnya :)

      ketiga : ada ke spare part baru :)

      Delete
  2. Ingat CPU komputer rupanya CPU asli. Tak apa cikgu.. Jangan risau sangat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... harapnya gitulah. tak risau :)

      Delete
  3. haha cpu tu bley upgrade la cikgu.Tambah RAM.kehkeh..

    ReplyDelete
  4. ehehe.. story teller pun boleh lupa2 ya cerita ni.. ehehe.. mmg macam tu kan cikgu..

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Usia dah makin bertambah memang macam tu. Kena makan vitamin sbgai supplement harian kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gaya gitulah, makin tua, maintenance makin mahal :)

      Delete
  6. sebab banyak sangat cerita nak diceritakan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak pah, banyak sangat nak bercerita. habis semua yang dah cerita lupa

      Delete
  7. Kalau processor boleh ditukar sudah lama dibuat. :-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.