Wednesday, January 25, 2012

cerita dah basi lah wei...

Ramai blogger menulis kisah tentang ribut solar hari ini berserta imej matahari, melawan arus Wordless Wednesday yang rutinnya seminggu sekali memapar gambar foto tanpa kata tertulis.

sumber


Saya membaca pertama kalinya tentang ribut solar itu hari ini, pagi lagi tadi di blog Yanmie. Lantas menonton secara percuma filem Knowing lakunan Nicolas Cage, yang cuba menggambar suasana semasa ribut solar melanda.



Tidak tahulah berapa lama Youtube membenarkan filem ini di rangkaiannya, kerana biasanya filem-filem begini akan di ban untuk ditonton secara percuma dek kerana hakcipta terpelihara.

Walaubagaimana pun, dari filem tersebut ada dipapar suasana sebelum ribut solar iaitu suhu dunia yang meningkat. Panas sungguh. Dan gambaran singkat semasa ribut solar berlaku. Terbakar seluruh isi dunia.

Seperti biasa filem barat ini ada sisi realistik dan sisi merepeknya yang digabung jalin. Terpulang kepada kita yang menonton, mengasingkan fakta dan ilusi.

Apa pun saya kira, segala kemungkinan tentang akhir dunia ini sudah dimaklumkan pada kita terlebih awal. Bila dan bagai mana ia terjadi, semuanya kuasa Allah. Kita sebagai hamba hanya diminta bersedia untuk menghadapinya bila ia berlaku.

Dan bab persediaan itu yang menakutkan diri saya...

*cerita dah basi ni kan, saya tahu :)*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Ramai orang yang baru tgk TV dan baca paper hari ini, termasuk saya.... [",]

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang tak tengok berita dan tak baca surat khabar arini :)

      Delete
  2. Ohh cikgu normah..marilah jenguk blog usang sayee :)

    http://strawberrychocolateliciousavalanche.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi fieza, saya dah ke sana, tapi takleh pulak meninggal komen di entri ya. sweet blog u hv there

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe... dah ramai sangat orang bercerita, saya pun terikut sama walau dah lewat malam mengupdate entri :)

      Delete
  4. Bersedia! Tapi saya belum lagi..hehehe

    ReplyDelete
  5. Laporan berita tadi memberi tahu tidak ada kerosakan berlaku akibat ribut matahari ini. Sekali lagi mahkluk bumi terselamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, masih ada masa lagi kita ni ya... agaknyalah

      Delete
  6. Salam. rasa ketinggalan pulak sebab saya tak update sangat pasal cerita ni..

    Allah berkuasa atas segala2 nya. Hanya kepadaNya kita memohon perlindungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sebenarnya ketinggalan juga

      Delete
  7. sy pun agak ketinggalan tentang nie,sibuk bercuti.smpt baca tajuk je.hehe..

    takut sbb belum bersedia klu ia benar2 terjadi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah puan kutu, kalau nak kira sudut kesediaan, sampai bila ntah sy ni boleh bersedia

      Delete
  8. woah full movie kat sini.. baik tengok cepat sebelum kene delete :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu , full movie. tapi entah berapa lama lah boleh bersiaran di you tube tu , kan :)

      Delete
  9. cerita memang dah basi kak, tapi satu yang jelas ianya belum terjadi, jadi saya anggap ianya sentiasa dan akan fresh. Bukan sejarah.

    Setuju sangat dengan akak, filem barat ni banyak sangat yang merepeknya berbanding apa yang sudah tertulis. Sebab tu saya malas nak tengok.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.