Thursday, January 19, 2012

cucuk mencucuk

Masa memang sungguh cepat berlalu , kan.

20, 30 atau 40 tahun itu , bila dikenang dalam ingatan, seperti sekelip mata. Pelik, kan. Perasaan itu seperti perasaan kita dalam mimpi, sekelip mata. Padahal bila ditulis dan dilalui , bagi kita yang bernama insan ini, ia berlaku lama dan berliku. Cuma bila ia bertukar menjadi kenangan, ia seperti kelipan mata sesaat.

Seriously, cikgu, cikgu cucuk ya?

Yalah tu. Cucuklah sangat.

Doktor muda di depan saya ini saya pandang. Berisi sedikit badannya setelah bernikah. Walau waktu pernikahannya tidak diberitakan pada saya, tapi saya pun sedia maklum, manusia ada sisi sifat lupa terutama dalam keadaan atau situasi yang diluar jangka seperti sedih amat atau gembira sangat. Ada rakan guru yang sempat menghadiri majlis nikahnya dulu dan dari merekalah saya tahu bekas anak murid ini sudah menikah.

Betul-betullah cikgu. Umur cikgu berapa?

Saya membuat congakan di kepala, konon-kononnya. Sambil mata memandang syiling. Sejak menjadi guru Matematik secara bidan terjun ini, kerap juga aktiviti mencongak mengambil tempat dalam kepala. Hikmahnya menjadi bidan terjun :)

Tahun ini 46 lah. La... lagi 4 tahun nak 50 dah. Boleh dapat kad warga emas :)

Merepek aja, kan. Warga emas kan , umurnya 60 tahun ke atas. Hehehe ... dalam kepala saya menggelakkan diri sendiri.

Hahaha. Nanti cikgu beratur , orang suruh cikgu masuk barisan lain lah pulak. Cikgu ada makan apa-apa tak? Serious, la, cikgu nampak muda.

Perkataan keramat!!!

Nampak muda. Yeah...! Hati saya berbunga setaman. Hidung saya kembang semangkuk.

Taklah. Mana ada makan apa-apa. Tapi ....

Dia pandang, menunggu petua keramat keluar dari bibir saya. Kalau saya sebut apa aja pun, mesti doktor muda ini akan percaya rasanya.

.... lutut saya ni sakitlah.

Haha, kedut wajah boleh dilindung tapi, sakit lutut penanda dah tua, tetap tak boleh disembunyi, kan. :)


*tq Charlie for the free consultation . Nice meeting you. 


 ~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. Kalau saya sudah berjaya nanti(cewah) entah ingat lagi tak kat cikgu-cikgu saya..hehe .Moga-moga saya ingatlah. Soal umur semua nak lari termasuk saya.hehe

    ReplyDelete
  2. :D

    Apa rahsianya cikgu? Bagitahulah..heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh... dahlia pun awet muda, tak yahlah saya beritau

      Delete
  3. Macam ibu saya mengalami sakit lutut mungkin disebabkan Osteoartritis. Ada petua supaya minum air halia untuk mengurangkan sakit lutut atau pun kalau peringkat kronik perlu disuntik klinikal viskosuplemen mengantikan bendalir sendi yang rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah , takut pulak nak kena suntik tu :(
      tapi bab minum air halia tu nak cuba lah

      Delete
  4. assalamualaikum cikgu..

    wah....charlie? ghazali tu? dah jadi doc rupanya...

    saya pula nak jadi jurutera - tak boleh nak rawat cikgu..sedih juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah zaren. charlie tu si ghazali lah. dah jadi doktor dah , alhamdulillah. aii, kalau semua jadi doktor, sapa pula nak jadi jurutera ? oklah tu zaren :)

      Delete
  5. .....kita tahun depan dah join WE..
    **Warga Emas....he he he...

    ReplyDelete
  6. wah tak sgka cikgu sebaya mak mertua sy..mak 47 taun nie..tp seriously cikgu nmpk muda..sy nie bdah berkedut tau.hehe..

    sgt suka intro entry nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, patut saya dah bermenantu dan bercucu dah kan :)

      Delete
  7. Assalam wbt,

    hehe..hati muda selalu kan cikgu, sbb tu terpancar ke wajah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam lyn... ya begitulah kira-kiranya :)

      Delete
  8. Oh ya. Dah lama saya nak tanya, asik lupa jer. Di sekolah Cikgu tu, ada ker cikgu lain bernama Suliyati Anwar? Asal Bagan Serai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam tak ada, tapi ada dua guru baru masuk , nanti saya tanyakan :)

      Delete
  9. Nanti Cikgu jawab di blog saya yer. Takut saya terlupa semak...

    ReplyDelete
  10. sukalah tu bila ada orang kata muda. hehe..

    ReplyDelete
  11. Kalau anda mempunyai simptom sakit lutut/sendi atau bengkak, kebas cuba dapatkan minyak DABUS aromaterapi. Sapu di bahagian yang sakit 3-5 kali sehari. Sakit anda akan beransur kurang selepas 1-2 hari.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.