Sunday, January 29, 2012

isteri solehah ke awak ni?

Hajat hati semalam hendak membuang masa menonton video-video lama dari Youtube. 

Dok sibuk pung pang pung pang pasal dunia nak kiamat, masih ada masa lagi, kan, cikgu,  nak membuang masa menonton video. Entahlah cik minah , si setan ni, asyik dok cuit saya ni suruh merilekskan diri. 

Wah, wah, wah, kalau benda tak baik je, salahkan setan ya. Tak betul je, salahkan setan. Tak elok je, salahkan lagi setan. :D

Nasib baiklah bila membuka akaun Youtube saya, TVSunnah yang saya langgan, telah memuat naik ceramah Dr Harlina, Women in the Eyes of God semasa program The Malaysian Twins of Faith Conference, 24-25 Dis 2011 yang saya tak pergi, tetapi saya pasti ia best sungguh.




Ceramah itu sangat inspiring

Itu yang salah seorang sahabat saya komen, bila dia juga turut sama di'paksa' menonton . :) Dan selepas menonton, baru saya tahu bahawa Dr Harlina punya blognya sendiri, A Muslim Woman Defined.

Nasib baik.

Nasib baik apa? Nasib baik tahu Dr Harlina ada blog . hihihi. Sebab ada benda yang saya hendak kongsi di hari Ahad penuh berkat ini . 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika! ~ Talian Hayat Buat Isteri - Nota 1 - 50 : Dr Harlina

Bab mendoakan anak , memang saya selalu tak lupa. Memang tak miss lah . Tapi... aduhai, bab mendoakan segala yang baik untuk suami ni, yang agak culas sikit. Lagi kalau hari tu mood saya tak baik. 

Saya kira ini ialah muhasabah diri peringkat tinggi hari Ahad yang penuh berkat.

Moral of the story hari ini, belated azam tahun baru entah yang ke berapa, " Saya cuba segala yang terdaya, setiap masa dan saat , mendoakan segala yang terbaik untuk suami saya, moga Allah memudahkan segala urusannya, menjadikan beliau suami soleh yang cemerlang dunia akhirat, dijauhkan beliau dari segala mara bahaya, fitnah dan mala petaka sehingga akhir hidupnya" . amin kan ya, kawan-kawan. :)

*semangat nak jadi isteri solehah*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Subscribed to channel TVSunnah!

    Suami/isteri yg baik adalah saling mendoakan antara satu sama lain. Belum kahwin, tapi rasa nak kahwin sbb rasa beruntung kalau dpt isteri solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya doakan affan cepat kahwin dan dapat isteri solehah :)

      Delete
  2. Sentiasa cuba untuk menjadi isteri solehah, agar dapat membentuk anak-anak solehah...Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin juga untuk doa ckLah. terima kasih :)

      Delete
  3. Saya masih hijau sangat tapi perlu juga tahu pasal hal perkahwinan ya tak? hehe

    ReplyDelete
  4. sy selalu doakan supaya diampunkan dosa dan dimurahkan rezeki je..kalau suami dalam kesusahan baru sy doa supaya dipermudahkan dan ditunjukkan jalan..lepas nie kena doa hari2 lah ekk..

    semangat gak nie nak jadi isteri solehah.hehe..

    ReplyDelete
  5. Selalu mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan dosa isteri dan anak setiap kali selepas mengerjakan solat.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Kak Normah di atas perkongsian berguna untuk panduan kami. Banyak manfaatnya untuk mereka yang telah berumahtangga.

    ReplyDelete
  7. tq for this gud info..
    slm knl

    ReplyDelete
  8. ..bagus perkongsian ni..
    ..dan yang paling penting,

    jangan lupa doakan ibu bapa dan guru-guru.. =)

    http://zaren88.blogspot.com/2012/01/mana-passion-saya.html

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.