Tuesday, January 31, 2012

makan gaji buta

Ada masa marah menggila , membuak-buak dalam dada. Geram teramat tak tahu hendak dikisah bagaimana.

Cikgu, adui...sakit cikgu.

Ha, macam itulah hati saya sakit ni.

Saya lepaskan sideburn nya. 

Bukan seorang. Bukan dua orang. Semua budak lelaki yang hadir dalam kelas itu , saya pun tak perasan ada berapa orang. 9 atau 10 orang. Kesemuanya pelajar contoh di sekolah, sepatutnya. Belajar Chemistry, Add Maths bagai, dan masih lagi membincang tajuk kecil yang  sama walau sudah masuk minggu ke 4 persekolahan.

Mana jawapan yang  dah bincang semalam? Saya dah beri jawapannya, kan, satu-satu. Tinggal awak menyalin dan hantarkan pada saya sahaja hari ini untuk laporan amali ni.


Er... er..

Mana?!

Er... Saya ingat cikgu nak bincang saja.

Ahhhh !!!

Sampai ke pelajar lelaki terakhir, saya sudah hilang sabar. Kata-kata sudah tidak tergaris di benak lagi. Amarah saya menutup idea dan jalur fikir saya. Saya kena buat sesuatu. Kalau tidak, ada nanti berita di dada akhbar, guru baling kasut pada pelajar.

Saya berjalan ke depan makmal, mencari bangku dan memasang kipas pada kelajuan maksimum. Lantas saya duduk diam macam patung.

Hari ini, makan gaji buta! 

Alahai...

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. ..garangnye cikgu hehe..
    zaman saya kena marah dah berlalu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke garang zaren? geram sangat2. dah berpesan berkali2, tak siap2, sampaikan saya beri jawapan bulat2 pun, tak jugak disalinnya. mana tak hangin satu badan ... hehehe

      Delete
  2. Saya pun Isnin lalu, kalau marah nak bercakap/bersoal-jawab alasan dengan mereka suara saya dah lain... macam sebak
    kalau teruskan juga air mata akan jatuh, sebab hari Ahad dah semangat bincang jawapan beri penerangan. Jangkaan saya mereka akan siapkan tapi sebaliknya.

    Jadi, saya tarik kerusi dan duduk macam batu... dua masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... lebih selamat duduk diam membatu kan. buat tak nampak, budak2 tu kalut menyiapkan depan mata kita ... ini pun tadi dua masa. tapi 1 masa habis meround sambil tarik side burn, check satu2 keje diorang ni

      Delete
  3. Amali? Teringat cikgu kimia saya. Walaupun ada masa beliau garang tapi tak pernah lagi denda kami. Kalau denda karang keluar SURAT KHABAR.. Tu buat pelajar naik lemak sampai lemak badan saya pun naik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak denda, cuma tarik sideburn sikit. sakit lah jugak tu ... geram punya pasal :)

      Delete
  4. pernah buat..dan kesannya lagi mendalam berbanding kita baling kasut..cuma saya tak pasang kipas laju²..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... panas naman, luar dalam panas.

      Delete
  5. Kita juga manusia biasa, kadang2 tak mampu nak mengawal amarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. geram sangat, sampai tak terkata :)

      Delete
  6. Salam Cikgu Normah,
    Kalau sy jd cikgu pun mesti hangin gak 1 badan... sabar jelah.. itu jelah yg boleh ucapkan pun...hehehe... Tarik nafas cikgu...hembuuussss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai kembung perut menarik nafas ... hehehe

      Delete
  7. Cikgu tak makan gaji buta. Kan itu pun satu tugas hakiki cikgu, meredakan kemarahan disaat emosi terganggu. Kalau dah mereka taknak terima ilmu, nak paksa pun tak guna.

    Jadi persoalan sekarang, kenapa ramai pelajar jadi macam tu? Mungkinkah disebabkan sumber makanan di rumah? Saya juga tercari-cari sebab.

    Sabolah cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sentiasa cuba bersabar , insyaAllah. :)

      Delete
  8. manusia selalu saja ada membuat kesilapan namun berpada2 juga
    agar tidak menyinggung hati orang lain.. itu sudah membuat pihak
    lain terasa dan marah... dah kurang 1 pahala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2, budak2 tu tak tersinggung dan marah ... :(

      Delete
  9. Menguji kesabaran apabila anak murid blur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... cikgunya yang terlebih blur kut :)

      Delete
  10. garangnya cikgu,,,,dah memang tugas hakiki cikgu yang kadangkala di uji kesabaran oleh murid-murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, tak sangka pulak boleh jadi garang :)

      Delete
  11. salam..
    makan la banyak-banyak
    nanti "buta" hati tu :)

    ReplyDelete
  12. Sabar ye cikgu. kerenah budak2 sekolah. hehe. panas jugak kalau dapat students macam tu.

    ReplyDelete
  13. begitu lah cabaran jd guru..

    saya dulu paling takut dgn cikgu yang ajar kimia.. dengar suaranya yg tegas & lantang tu jer dah buat kami kecut.. :)

    ReplyDelete
  14. sabar kak... mak bapak budak la ni 'dasat-dasat belaka', suka menyalahkan cikgu. Nak bagi pandai pun masalah. Erk... serius kak saya tak rasa pun duduk melepaskan kemarahan makan gaji buta... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.