Thursday, January 5, 2012

perempuan memanglah sensitif

Pakai tudung baru kak normah?

Wah, ada juga orang yang perasan tudung baru saya ini setelah puas berjalan mudik  ke hulu dan ke hilir dalam bilik guru.

Hahaha... jangan ada yang muntah lah pulak membaca entri saya malam ini.

Bukan tentang tudung baru yang hendak saya tuliskan. Tudung masa sale, apalah yang hendak dibanggakan. Orang lain beli tak yah ber sale pun, tak ada kecoh sekampung.

Nak menyentuh tentang satu sifat yang saya kira ia unik sungguh bagi kita perempuan.

Sensitif dengan perubahan orang sekeliling.

Bukan sensitif tidak bertempat. Sensitif dengan perubahan yang positif dan perubahan yang negatif. Terutama, dan terlebih lagi bab-bab naik badan, turun badan, baju baru, hand bag baru, gelang baru... :)

Bab kereta baru? Itu, saya kira lelaki dan perempuan memang sensitif .

Bagus ke?

Bagus kalau ia dapat mengeratkan ukhuwwah. Memuji secara ikhlas tanpa berlebihan. Kerana pujian yang ikhlas boleh kita rasa dari nada suara dan gerak mata. Dan ia sentiasa membuat harga diri si penerima meningkat. Itu satu cara membantu rakan, sahabat, saudara dan kerabat kita membina jiwa yang positif.

Kadang, pujian positif ini bukan terhad kepada bahan material yang tersangkut di badan sahaja. 


Beautiful Lotus


Pelbagaikan pujian positif kita. 

Melihat kekuatan dan kebaikan dalam diri orang lain dan kita beritahu secara jujur supaya dia tahu. Perkara yang benar dan bukan rekaan. Biar pun ia kecil dan seolah tidak signifikan pada kita, tetapi mana tahu, perkara itu yang akan diingat oleh insan yang kita puji itu sepanjang hayatnya. Lebih manis lagi, kalau pujian itu menjadi landasan bagi si dia untuk mencapai kecemerlangan hidupnya.

Dan niat kita juga mesti betul, membantu rakan dan insan terdekat mendapat aura positif kerana Allah.

Salam di malam Jumaat. 

:)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Betul tu cikgu...pujian yg ikhlas sbg tanda penghargaan... semua org suka dihargai... tp jgn smp timbul riak pulak sb asyik dipuji...hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Saya selalu heran bila orang bercerita tentang orang lain contohnya tentang kereta baru orang tu, siap tahu berapa rm sebulan orang tu bayar

    Tergamaknya dia tanya!!!

    ReplyDelete
  3. salam kenal.

    pujian itu bagus..tp kalau berlebihan lain plak jadinya..

    ReplyDelete
  4. Perasan juga rakan sekerja wanita bergaya hendak tegus nanti dikatakan mengatal pula. Jadi lebih baik diam. :-)

    ReplyDelete
  5. kunan-kunang > kita anggap yang positif je la :)

    ibu M.A > sebenarnya kita kurang sungguh memuji orang yang rapat dengan kita :)

    akubiomed > puji sekadarnya :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.