Saturday, January 28, 2012

tak berpakaian

Orang kata masuk kandang kambing kena mengembek, kan. Kalau kandang lembu, me'moo' lah kut, ya.

Sopo iki? Mundar mandir... 

Dia tidak tahu saya mendengar. Atau pun dia tahu dan sengaja mahu saya dengar. Matanya sejak awal sudah memandang saya dari atas ke bawah. Tanda tidak setuju. Yang saya perasan hanya dia yang tidak berkenan. Sejak pagi lagi saya di situ, tiada orang pun yang mempertikai dan bertanya.

Anih, kan. Getar negatif dari pandang mata dan kata orang di sekeliling sebenarnya kita boleh kesan dan rasa. Tidak perlu kita dengar sendiri atau diluah depan mata bertentang, tetap secara halus perasaan tahu itu menyelinap.

Sebenarnya, saya me'rewang', membantu menyibuk di kenduri sepupu. Dan dari pagi lagi saya ke sana memakai pakaian yang saya biasa pakai bila hendak membuat kerja dapur, berblaus lengan panjang melepasi punggung dan berseluar hitam. Dan, eh... mestilah bertutup aurat.

Rupanya di kawasan itu, semua wanita yang datang merewang, berbaju kurung. 

Saya yang tidak sensitif. Tidak peka dengan budaya. Dan tiba-tiba rasa canggung serta seperti tidak berpakaian di situ.

Pakaian pun menjadi masalah ya.

Sebenarnya saya yang bermasalah. Cepat sangat sensitif pada perkara tidak penting. Dalaman diri masih belum kuat menerima kritikan enteng sebegitu. Mungkin kerana mahu sangat diterima dalam kumpulan. Orang kata apa ya, peer pressure , kan.

Pukul 12 segera balik ke rumah emak sendiri, mandi manda dan menukar pakaian.

Ha , berbaju kurung berlabuci bagai. Jangan tak tau. 

*Dalam senyap terfikir pelik jugak jadi orang perempuan ni, kan...

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. Sopo kuwi yo? :D



    Dalam ramai-ramai di tempat kenduri, biasanya memang terseli seorang dua makcik yang macam itu...


    Kat sini, rewang tu di sebut 'gejubos'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ckLah... kebetulan saya lalu hampir benar dengan makcik itu, dia menguis rakan sebelahnya , bertanya 'sopo iki.." :)

      ooh, gejubos ya. saya sebenarnya tidak pandai berbahasa jawa, tetapi paham sikit2 kalau orang mengata saya. hehehe

      Delete
  2. betul, kadang2 rasa 'pelik' juga jadi orang perempuan ni,
    sensitif pada macam2 perkara. kita risau tanggapan orang

    rewang kat kampung saya pun semua berbaju kurung.
    Rewang adik hari tu, saya siap iron beberapa pasang baju kurung buat persediaan. Ayah dah siap pesan...
    Nanti salah penampilan adalah bisik2 mereka yang datang... haha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, lain kali kena ketuk kepala sendiri dan ingat, siapkan baju kurung :)

      Delete
  3. woo bahasa jawa,mmg tak faham..hehe

    biasalah tu jnji tutup aurat,tp makcik2 situ mungkin dah terbiasa pakai baju kurung,jadi pelik bg mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang pelik, saya pun pelik. dua-dua pelik... hehehe

      Delete
  4. ....biasalah bila dah ramai2 tu...
    ada ajelah yang x berkenan di mata,terutama yang dah berumur....

    .....teringin gak nak tahu asas dalam bahasa jawa agar x di buli nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, memang kita dah tua ni cepat cerewt dan banyak tak berkenan kan :)

      saya nak mengajar pun tak pandai, bahsa jawa ni, tapi paham sendiri :)

      Delete
  5. Tak apa lah cikgu.. Nampak unik sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik tak bertempat, tak best gak muzakkir :)

      Delete
  6. Alahai... Rasanya tak salah cara akak berpakaian tu. Mungkin pelik di mata mereka je.. Abaikan je kak, kita bukan buat perkara yang salah.

    ReplyDelete
  7. heheehhh... kakyong selalunya akan buat derk ajer jika dipandangi mcm tu.. dasar malas nak amik port jika org mengata @ pandang semacam seolah kurang senang... bior kan jer la deme..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cuba juga buat derk, tapi hati berkata2 gak... hahaha

      Delete
  8. Saya tak kisah pun kak. Asalkan kita tahu kita menutup aurat. Biarlah orang nak kata apa pun hehe.

    ReplyDelete
  9. Hahahahaha.....
    Susah gak tu. bagi saya lebih baik ada identiti sendiri cuma kena pada majlislah.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. btullah..ketempat saya xkisah pakaian apa..janji sopan dan menutup aurat.. :)

      Delete
  11. salam..
    lohhh..
    orang tak cakap apa pun
    dia yang terasa sendiri..
    he he..betul la tu..
    susah orang pompuan nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... memang. orang perempuan ni over sensiti[ .

      Delete
  12. eh.. org malaysia ni kan mmg peka semua perkara.. cuba tgok kalau ada accident kat jalan raya?

    ReplyDelete
  13. Kesian... mungkin penampilan akak pada hari tu berbeza sangat dengan majoriti kaum wanita yang berada di majlis tersebut... sebab tu menonjol.

    Tapi pelik juga kak, perlukah tatacara pemakaian dalam majlis-majlis seperti tu, saya rasa apa salahnya memakai pakaian yang selesa di badan kita. Yang penting menutup aurat dan sopan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.