Wednesday, February 29, 2012

hati tersentuh

Semuanya ada 10 kelas tingkatan 2. Dan ini adalah kelas yang paling akhir dalam senarai kelas mengikut susunan.

Riuh suasana sewaktu itu. Waktu saya mengajar. Sebenarnya tidak mengajar pun, sekadar memberi latihan di papan putih, beberapa soalan kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga. Meminta mereka menyelesaikan sendiri kerana ia sudah dipelajari dan saya hanya bergerak mengawasi.

Mengulang kaji entah kali ke berapa pun tak tahulah saya.

Budak Farhan di depan mata saya waktu itu sudah menyembamkan kepalanya di atas meja sambil mengeluh kuat. Merajuk dengan saya.

Saya panggil cikgu berapa kali , cikgu saja tak nak ajar saya.

Alahai. Dari Tingkatan 1 lagi, perangainya begitulah. Kuat betul merajuk.

Bukannya tak mahu mengajar dia, tetapi pelajar-pelajar lain pun sibuk memanggil dan bertanya, menarik lengan baju lagi, menunjuk kerja yang telah mereka buat agar saya beri pujian dan berbunga hati mereka.

Cikgu...

Cikgu ...

Kiri kanan  memanggil. Dan si Farhan masih menyembam kepalanya.  Bila diterang, faham waktu itu dan masuk soalan seterusnya menjerit semula sebab tak faham dan menyalahkan saya tak mahu menunjuk ajar dia.

Tetapi budak yang seorang  ini pula lain perangainya. Ke depan ke belakang, sibuk membuat kerja saya. Ke depan, menunjuk kerja beliau, dan setelah saya memuji sesen dua, dia tersengih suka dan kembali menekuni soalan yang seterusnya.

Hariz, namanya. Budaknya  hensem.

Bila loceng berbunyi, bersegera mengutip buku-buku rakannya dan ingin mengikut saya keluar.

Tak payah Hariz, saya dah suruh penolong tingkatan bawakan. Lain kali awak bawak ya.

Patuh .

Tetapi, tetap mengekori saya hingga beberapa langkah menjauhi kelas dan rakan-rakannya.

Cikgu, cikgu ...

Ya, Hariz. Eh pergilah masuk kelas.

Tak , nak cakap sikit.

Saya mendengar. 

Saya nak minta maaf sebab tahun lepas saya selalu ganggu kelas cikgu, lari-lari tepi kelas.

Ya, saya memang ingat si Hariz ini, pelajar kelas sebelah yang selalu mengganggu kelas saya. Berlari-lari, membaling kertas dari luar ke arah kawannya yang berada dalam kelas saya, mengintai celah tingkap dan membuatkan anak murid saya tak senang duduk dalam kelas.

Saya masih ingat.

Tapi , tak sangka sungguh, dia meminta maaf dari saya.

Ah, tersentuh hati :)

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. terharunya dengan sikap pelajar macam ni...sama kita berdoa semoga lebih ramai yang bersikap sebegini..baru sejuk hati cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan. Rasa bersemangat nak mengajar :)

      Delete
  2. Mungkin dia tengok tv alhijrah lalu berhijrah ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Beliau seorang yang berani boleh jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu...

    Alhamdulillah ada kesedaran dalam dirinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kita doakanlah semoga terusan dia menjadi anak soleh

      Delete
  5. .....bukan semua yang dari kelas belakang tu bersikap x baik,kan cikgu....walaupun mungkin dia lemah dalam pelajaran....
    masih ada lagi kebaikkan yang mungkin orang lain x nampak..cuma yang berkenaan tahu dan menghargainya...

    ReplyDelete
  6. saya suka juga ganggu cikgu sikit , tp mintak maaf bila nak exam je .. anak2 murid patut baca ni , lepas tu rajin le deme minta maaf kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang rajin minta maaf sebenarnya, alhamdulillah :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.