Saturday, February 25, 2012

i luv u ...

Sejujurnya  belum pernah seumur hidup saya melihat pengantin berbajukan surat khabar. 

Pernah dahulu sekali berpeluang menghadiri perkahwinan keluarga yang agak dhaif juga, di kawasan yang agak jauh ke pedalaman, menaiki rumah pengantin pun risau kerana terasa seperti bergegar dan amat kecil. Tetapi tetap pengantinya memakai baju pengantin berkain songket, walau songketnya hanya songket yang dicap mesin bukan kain tenun.

Tapi hari ini, menjadi sejarah yag manis. Terakam dalam ingatan dan moga ia kekal dalam fikiran.

Satu, satu pengantin yang ada dihias dengan helaian suratkhabar menyerlahkan kreativiti dan semangat keakraban yang tinggi.

Memang satu anugerah Ilahi mendapat sahabat-sahabat seperti mereka ini.






Acara kerja kumpulan semasa Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah pagi tadi , mengeraskan perut dengan ketawa yang seperti tak ada hentinya.

Yang pasti dan sesungguhnya terkesan di hati adalah sifat sporting dan kesungguhan rakan-rakan di sekolah.

Rakan datang dan pergi, silih berganti, tapi yang ada di hati tetap tidak boleh dicari ganti.

Luv u all :)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Kenangan terindah. Entah bila berulang kembali, kan Cikgu?

    ReplyDelete
  2. tadi ladap 1M1S...cikgu jadi kanak² riang..hehe

    ReplyDelete
  3. hik3.. tomey2 pantin punyer baju.. tak payah kuar duit pun..

    ReplyDelete
  4. salam..

    ingatkan betul-betul tadi.hahaha

    ReplyDelete
  5. .....mamaijat sayang klcitizen juga.....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cikgu..:)

    isk3...pasti satu hari nanti ada orang buat betul-betul gunakan surat khabar

    ReplyDelete
  7. ...dah agak,gimik semata-mata sebab di sekolah pernah ada pertandingan memakaikan pakaian dari akhbar macam ni dalam sukaneka :)

    ReplyDelete
  8. dalam kita gembira ada yang menyentuh hati kan kak normah...lepas gelak-gelak pun tadi air mata menitis juga kerana ada ramai kawan yang menyayangi dan menghargai kita.i love u kak normah

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. ahah sweetnya cikgu2 ni semua..boleh gak eyh buat idea baju pgntin nt ni..kikiki

    ReplyDelete
  11. haha kak normah sy ingtkn pengantin btol td....huhu

    ReplyDelete
  12. Nasib baik tidak terburai baju pengantin daripada surat khabar ketika meragakannya. :-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.