Saturday, February 11, 2012

nak jadi jutawan juga ..

Siapalah dalam dunia ini yang tak ingin menjadi jutawan?

Ada?

Tak pernahlah lagi terbaca atau kenal insan yang tidak ingin menjadi jutawan. Mungkin istilah jutawan itu sekarang boleh diganti dengan bilionwan. 

Sebab maksud jutawan mengikut kamus DBP online ialah orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. Jadi kalau dia punya harta berbilion dolar Amerika, patutkah lagi kita panggil dia jutawan, sedangkan hartanya saja telah melebihi jutaan.

Kalau millionaire dalam Bahasa Inggeris bermaksud jutawan dalam Bahasa Malaysia, perkataan billionaire pula ?

Entah?

Saya hanya menjadi perosak bahasa sahaja, saya tahu. Kalau mengikut DBP online juga , billionaire masih juga disebut jutawan. Sangat tidak adil bagi billionaire itu kan  :)

In reflex, I blurt out my thoughts, “I will never be rich like a millionaire ...” 
“You can say that again!” Mother says tartly. 
Chin tilting up defensively, I say, “Well, I love my job because I meet all sorts of people. I am rich in experience.” 
“I agree,” Encik Saiful says, startling me. “It’s not every day I have a chance to sit down and share these stories with anyone. Your daughter has a good job. She is a millionaire in experiences!” ~ Alexandra Wong - Money isn't everything

Artikel tersebut berkisah tentang En Saiful yang menjadi jutawan hanya dengan berniaga Nasi Kandar. Ditulis oleh Alexander Wong, yang bukan seorang jutawan tetapi hanya bertugas sebagai seorang wartawan. Dan ayat En Saiful itu menunjukkan sifat rendah diri beliau, mengatakan Alexander Wong adalah seorang jutawan juga, iaitu jutawan pengalaman.

Itu sebenarnya, cita-cita saya semasa masih bersekolah rendah lagi. Menjadi seorang jutawan pengalaman.

:)

Cita-cita yang tak pernah padam dalam hati, seperti cinta pertama yang tak pernah dilupa, tetap punya tempat istimewa.

Pengalaman tidak boleh dijual beli. Ia milik tersendiri, dan sesatunya aset yang sentiasa bertambah dan tidak berkurang, kecuali lah, tiba-tiba kita jadi hilang ingatan.

Dan bukan semua orang boleh berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sahaja. Seperti En Saiful, kisah hidup beliau, hasrat dan keinginannya tak selalu dikongsi dengan manusia lain, tetapi terhambur keluar waktu sesi bertemu ramah dengan wartawan itu.

Itulah istimewanya wartawan yang tulus niat dan jelas arahnya berkongsi peristiwa hidup dengan manusia lain. Menulis untuk berkongsi agar warna hidup insan lain juga meriah dan indah.

Kepada semua wartawan dan penulis di luar sana, salam kasih dan doa saya bersama kalian agar nilai kemanusiaan sejagat itu kembali menjadi agenda utama dalam laporan , analisa dan penulisan, bukan sisi-sisi murah dan nilai kehaiwanan itu yang diangkat dan dipapar di muka depan tulisan anda.

Salam petang Sabtu.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. Terkena media cetak..Hehe Saya rasa wartawan perlu banyak mendedahkan kemajuan negara kita daripada mengagungkan kemajuan negara lain. Saya rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berniat nak mengenakan sesiapa pun, mengingatkan sesiapa je lah termasuk saya yang juga menulis untuk bacaan orang lai

      Delete
  2. jutawan ilmu, jutawan pengalaman, jutawan kasih sayang, jutawan idea, mahupun jutawan harta....semuanya kelebihan yang diberi oleh Allah. Kaya harta menabur sedekah, kaya ilmu berkongsi kepandaian, kaya pengalaman berkongsi teladan, kaya idea berkongsi pandangan, kaya kasih sayang berkongsi kebahagiaan.

    ReplyDelete
  3. kak normah sepatutnya jadi wartawan..hehe..penulisan yang sangat bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah naman, silap ambik jalan hidup .. hehehe

      Delete
  4. tapi berita macam tu yg org kita suka.mentaliti org kita juga kna ubah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah puan kutu. tapi kalau yang dihidangkan syik yang itu, lama2 itulah yang diminatnya kan..

      Delete
  5. Terkena wartawan kali ini kak, tapi depa bukannya nak ambil port sangat pun. Kan jutawan dalam harta itu boleh membeli segala-galanya. Hatta pengalaman sekalipun. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish, tak niat nak kenakan sesiapa. :)

      tak kisahlah mama murai, ambik port atau tidak, blog yang tiada nilai ini apalah sangat kan. hehehe

      jutawan harta memang boleh beli segalanya, betul :) tapi yang empunya pengalaman punya pilihan , mahu atau tidak menjual. kalau dijual pun , pengalaman itu masih haknya bukan hak jutawan itu .

      Delete
  6. .....selain jadi cikgu...
    mamaijat dari dulu teringin nak jadi penulis....
    minat dengan kerja2 kewartawanan...suka main dgn ayat2 & bahasa2 puitis..
    ho ho ho..

    ReplyDelete
  7. semoga kita menjadi jutawan internet,,,

    ReplyDelete
  8. Saya tidak mahu jadi jutawan tapi berduit. Jadi jutawan tidak semesti kaya raya kerana banyak pelaburan dibuat secara kredit bukannya tunai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jutawan berduit lah yang bagusnya ya... tapi bukan setakat duit kertas, lebih baik duit emas :)

      Delete
  9. bukan saja wartawan ..penulis tu banyak kategori :) semua kena beringat termasuklah sy penulis blog .. betul tk cikgu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah bee. saya pun termasuk juga ... :)

      Delete
  10. Tetiba diri saya pun adalah seorang jutawan...hehehe bangga la pulak....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.