Friday, March 23, 2012

Bulan madu di awan biru


 Daydreaming is for intelligent people 


Betulkah? 

Entahlah... 

Tetapi, sekali-sekala berangan apa salahnya, kan.

Berangankan apa?

Berangankan duduk di awan , berbulan madu. Wah! Memang jauh sungguh angan-angan itu ya. Ibarat kata Abang Amy Search *uwek*, bilalah pulak saya panggil Amy Search tu abang (?) ~Bulan madu di awan biru , tiada yang ganggu...

Pernah mendengar lagu tersebut?

Lagu lama.


Clouds over Taos mountain





Cikgu!!

Terkejut saya. Rupanya tatkala mengganti rakan guru mengawas kelasnya, saya asyik berangan.

Ha? Kenapa?

Pelajar lain berkumpul dalam kumpulan. Ada juga yang sibuk menghabiskan kerja rumah. Sambil bersembang dan bergelak tawa. Ini kelas Tingkatan 3 , kelas paling hadapan. Memang dalam tiada guru sebenar yang mengajar pun, masih boleh diharap menghabiskan kerja-kerja rumah yang belum selesai di waktu senggang.

Cikgu ni kerajaan kan?

Kerajaan?

Eh, sejak bila pulak saya mengganti menteri di kabinet?

Bukan kerajaan, saya ni kaki tangan kerajaan. Silap tu...

Senyum dia. Saya pun.  Biasalah masih budak, dan banyak yang tak tahu. Rakan di sebelahnya pun senyum sama.

Cikgu, kalau cikgu ni kakitangan kerajaan, cikgu kenalah pilih kerajaan kan.

Eh? Budak ini...?

Kenapa saya kena pilih kerajaan pulak? Kerajaan tu apa?

Kerajaan tu Barisan Nasional lah, cikgu. Bukan ke , kakitangan kerajaan kena pilih kerajaan, nanti cikgu kena buang kerja?

Saya pandang budak itu. Hati saya bagai digaru. Terharu. Hahaha.

Dah ada undang-undang baru ke?

Salam merepek dari saya...



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Nasib baiklah yang berkerja kerajaan tidak ada sumpah Bai'ah

    ReplyDelete
  2. ....adohai...
    tajuk entry buat 'kami' jeles....
    dalam waktu2 kecemasan berhadapan tugasan begini...
    nak numpang berbulan madu juga......
    boleh????
    he he he....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamaijat, baru lepas habis menanda saya ni, tu yang bulan madu sendirian di awan biru ... hahaha

      Delete
  3. Mentang-mentang nak pilihan raya,dia pulak tanya.Hahaha. Ehem:Tak semestinya kakitangan kerajaan itu kerajaan.hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.