Tuesday, March 27, 2012

tak kenal, maka tak cinta

Kelas ini kelas yang paling senior di sekolah dan yang paling bijak.

Tapi rasanya tahun ini yang paling ramai bilangannya. Entahlah, sebenarnya dah tak berapa nak ingat. Dan setiap kali terjumpa bekas anak murid, sering tersilap dan tersasar tekaan, pelajar tahun bila, dan di kelas mana.

Usai perbincangan kertas jawapan peperiksaan baru ini, beberapa anak murid ke hadapan , cuba mengintai markah dalam buku rekod pengajaran saya.

Dan yang paling akhir berdiri di depan mata saya, pelajar perempuan ini. Kecil molek. Bercermin mata, Dan malu-malu.

Ah, anak dara, bukankah memang malu-malu? 

Awak berapa orang adik beradik?

Lima cikgu.

Anak nombor berapa?

Dua.

Perangai anak dara yang malu, kan. Ditanya sepuluh patah, dijawabnya hanya dua patah.

Dan saya hanya baru mengambil alih kelas ini tahun ini, dan sehingga bulan tiga ini masih lagi sukar mengingat siapa nama mereka. 

Bukan kriteria guru cemerlang .. :(

Oh, atas awak, abang ke kakak?

Abang.

Oh, abang tengah buat apa sekarang ni? Kerja ke atau masih belajar?

 Dan waktu itu, wajahnya berubah.

Bagaimana kah hendak saya gambarkan wajah dia? Malu ? ... ya lebih kepada malu. 

Err...

Berat mulutnya hendak meluah. Perangai busy body  saya makin terserlah. Sudah terlanjur bertanya, biarlah tahu apa yang hendak dirahsia. Haha... perangai yang tak patut dicontohi sebenarnya.

Kenapa ngan abang awak?

Err... dia ada penyakit .

Wah, jawapan seperti itu memang mengundang perasaan ingin tahu membuak-buak.

 Penyakit? Penyakit apa?

Berat mulutnya hendak memberitahu. Wajahnya sedikit merah cuba menahan malu.

Err, dia tu autisme.

Ooo, autisme. Itu orang yang Allah bagi keistimewaan tu.

Mendengar dan melihat reaksi saya, menghilangkan wajah malu tadi. Lenyap. Dan saya pun berkongsi cerita dengan dia tentang insan autisme yang saya kenali. Dan senyumnya meleret.

Dan saya tahu kini, sifat abangnya itu, serta harapan dan tanggung jawab yang digalasnya saban hari di rumah.

Menakjubkan. 

Tak kenal memang tak akan kita cinta. Betul?

Get Well Soon Gillian!



*Moga cepat sembuh bagi yang sedang menahan panasnya demam . Doa saya sentiasa bersama, tak putus.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. salam..
    penyakit autisme ada penyembuh ke?
    bukan ke sakit keturunan..?mushkil juga
    saya nih...


    www.zulkbo.com

    ReplyDelete
  2. salam kak mah..

    saya juga ada anak saudara sebelah suami yg istimewa.. dia lelaki... jadi ada seorang kakak dia atasnya dan adik perempuan selebihnya.. bagusnya adik2 dan kakak nielah yg selalu tolong bawa ke toilet dan mandikanya... anak istimewa nie dah besar jadi bayangkan lah bertapa cepatnya kematangan adik2 ini dalam melayani kerenah si abg... memang kalau tak kenal maka kita tak kan cinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, pelajar ini pun gayanya matang dari usia :)

      Delete
  3. sy juga ada abang yg sakit.boleh buat entri panjang klu nak cerita..:)

    ReplyDelete
  4. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

    ReplyDelete
  5. jadi guru yang prihatin lebih di sukai oleh pelajar berbanding guru cemerlang :)

    ReplyDelete
  6. Ujian pada ibubapa dan keluarga supaya tabah dalam menghadapi anak yang autisme ni.

    ReplyDelete
  7. Sabarnya si adik melayan kerenah abangnya yang istimewa bukan semua orang mampu bertahan hidup seperti keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dan keluarga ini pastilah keluarga yang sentiasa diberkati Allah

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.