Saturday, April 7, 2012

cuba dan terus mencuba

I believe that to truly love someone, we must first accept that they (like everyone else) have a threshold for pain. It is then up to us to have enough courage, grace and compassion to not take them over that threshold – ever : Bangkai 

Hujung minggu yang lapang.

Terisi dengan apa?

Berbaring, makan, melancong dalam alam siber dan berangan. 

Beg ungu yang sendat di tepi almari baju berisi buku latihan pelajar, senarai nama pelajar yang perlu dikemaskini sempena Hari Anugerah Cemerlang yang tak lama lagi dan buku rekod pengajaran sendiri, menjerit-jerit setiap kali ekor mata saya terjatuh padanya tanpa ada niat . Biarkan! Walau sendiri pun tahu, pagi Isnin nanti, jika ia tetap tidak dibereskan, menyesal tak sudah, marah dengan diri sendiri!!

Nilai ambang.

Pertama kali tahu tentang istilah nilai ambang, mengikut kata DBP, iaitu maksud bagi threshold.

Sangat saya bersetuju dengan Sofian dalam artikelnya yang terbaru bertajuk Not That Special . Saya hanya pembaca diam, apa kata orang putih? Silent Reader,  bagi blog Sofian, yang beralamat di bangkai.wordpress. Kenapa bangkai ya?

Entah :)

Dulu-dulu semasa bersekolah rendah, murid-murid seperti saya, disaran membaca secara kuat beramai-ramai, dan bila masanya saya jadi pembaca diam, saya pun tak sedar. Membaca sekarang ini memang secara diam, hanya mata bergerak, dan akal jadi penat. 

Selalunyalah.

Apa yang disebut oleh Sofian?

Tentang ilusi yang kita bawa saban waktu.


Bleeding Hearts

Merasa diri kita ini sebenarnya istimewa sungguh, kerana itu pasangan kita akan sentiasa menyayangi kita. Dan ilusi itu sebenarnya adalah ilusi. :)

Kita adalah manusia, begitu juga pasangan kita, kekasih kita, sahabat kita dan sesiapa sahaja yang kita sayangi.

Human beings (that’s you, me AND our partners) all have a threshold to pain. Some may have a higher threshold than others. But make no mistake. Everybody has one! The fact is if you cut someone I guarantee you they WILL bleed. After all, they are made of flesh and blood – just like you and me

Kita punya nilai ambang sendiri. Tahap kesabaran dan daya menerima pedih dan sedih yang terhasil dari insan terdekat. Tanpa sedar atau dengan sedar.

Dan nilai itu yang menentukan sejauh mana hubungan itu akan diteruskan.

Jika kita mahu, agar Allah meneruskan kasih yang telah dicampakkan dalam dada kita, hubungan perlu dijaga.

Jangan menyakiti seperti kita tidak mahu disakiti. Mengasihi seperti kita mahu dikasihi. Membahagiakan seperti kita mahu dibahagiakan. Sedaya mungkin. Cuba. Dan terus mencuba.

Dan selebihnya nanti, itu adalah ketentuan takdir.

Tapi jika terusan kita menyakiti, dan dalam masa yang sama kita mahu si dia menyayangi, ah, mustahil...kan ?

Doa saya agar Allah mendekatkan semua hati dalam kasih dan sayang . Tiada benci dan dendam. Agar hati ini kita persembahkan semula nanti bukan dalam keadaan membengkak berdarah tetapi merah  dengan cinta yang mekar mewangi.

*dan tetap hati siibu mekar bila anak yang sentiasa tidak punya waktu ini untuk dia, menelefon. hanya sekadar menelefon . ah.. :(


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Moga cikgu sihat hendaknya dengan izin Allah..aamiin

    Kasih sayang adalah fitrah semulajadi di dalam jiwa manusia, barangsiapa memilikinya sesungguhnya ia memiliki segenap kebaikan dan siapa yang kehilangannya sesungguhnya ia ditimpa kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam razak

      setuju ngan kata-kata razak :)

      Delete
  2. skarang orang bergaduh di sebabkan politik~

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.