Tuesday, April 24, 2012

tak sabar




Orang yang kelihatan lembut tu sebenarnya keras hatinya.

Dan tidak sabar , mungkin.

Biasa juga saya dengar, teori dan kenyataan sebegitu rupa.

Patience-الصّبر

Farhan, tengok baik-baik. 

Badannya besar. Hitam manis. Sering merajuk dalam kelas, jika tidak dilayan pertanyaannya yang kerap juga berulang, dalam lingkungan soalan yang sama. Bila merajuk , dia lantas mendiamkan diri, berpeluk tubuh, dan ada kala meletakkan kepala dia atas meja, bersedih.

Kelas Tingkatan Dua. Sudah hampir dua tahun mengajar si Farhan ini. Sudah tahu kerenah dan tingkahnya.

Menerang, langkah demi langkah. Satu-satu. Nasib baiklah rakan-rakan yang lain di kelas paling hujung ini tidak membantah, turut sama mengulang, dan mengulang.

Mengajar Matematik. Seringkas mungkin dan cuba sedaya boleh memudahkan.

Tajuk algebra. Merangkak. Perlahan.

Okay. Farhan ,  2a , maksudnya apa?

2a tu maksudnya dua darab a.

Bagus.

Dia sengih. Puas.

Okay, sekarang, jika a itu diberi nilai 3, macamana kita nak tulis dan selesaikan 2a tu?

Dua darab tiga lah cikgu.

Bagus. Okay, jadi jawapannya berapa? Dua darab tiga?

Pelajar yang lain pula menjawab beramai-ramai ... Enam!!

Bagus. Enam. Faham tak Farhan?

Faham, saya faham cikgu.

Dia sengih lebar. Tanda faham dan puas hatinya kerana faham. Bersegera dia menulis dalam bukunya , menyelesaikan persoalan mencari nilai '2a'.

Lega? Sayalah.

Entah.

Kerana saya tahu, kepuasan itu tidak lama.

Cikgu!

Selesai dia menulis, si Farhan memandang saya. Dan merenung semula tulisan dan penyelesaian yang saya buat di papan putih.

Bukan jawapan dia 5 ke cikgu?

Kenapa?

2a tu kan dua campur a. Dua campur tiga bukan lima ke cikgu?

Dua darab tiga, Farhan !

Suara saya! Sudah di aras getaran tinggi dari biasa.

Kenapa dua darab tiga cikgu? Tadi, kan 2a tu, dua campur a.

Ah...

Adui...!

'Sabar' saya sudah berlari ke belakang kelas!



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. ....Oh!No!!!!!
    saya angkat tangan dulu...
    saya x sanggup STRESSSSSSS..............
    Semuga cikgu kuat..tabah..sabar....

    ReplyDelete
  2. Sabarlah wahai hati..

    ReplyDelete
  3. Profesion perguruan memerlukan insan-insan yang cukup tinggi kesabarannya. Saya tabik semua guru-guru yang sabar ini :)

    ReplyDelete
  4. Farhan dah keliru. Nasib baik cikgu Allah kurniakan sifat penyabar yang tinggi.

    ReplyDelete
  5. alamak..hehe kalo mcm ni mmg kene sabar la.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Allahu Rabbi...mencabar kesabaran cikgu

    ReplyDelete
  7. Anak saya sehingga ini masih keliru pengiraan campur dan tolak. Walaupun sudah menerangkan masih gagal memberi kefahaman.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.