Tuesday, April 10, 2012

ulang dan ulang tanpa jemu





Saya memang suka belikan barang untuk orang yang saya sayang.

Bukan dia saja rasanya. Ramai yang begitu. Apabila sayang sudah memenuhi dalam hati, bukankah si tuan punya hati jadi sanggup membuat apa sahaja untuk yang disayang.

Kasih dan sayang itu adalah tenaga.

Dan menggembirakan orang yang kita sayang sebenarnya menjadi pantulan tenaga dalam diri kita, natijahnya kita juga gembira sama. Bukankah begitu.

Mendengar motivasi pagi di radio IKIM awal pagi, tentang kuasa dan tenaga yang terpancar dari kasih dan sayang. Pagi tadi.  Walau sudah tahu dan maklum, tapi bukankah kita ini manusia yang perlu saban kali disogok dan diingatkan perkara yang sama untuk menjadi lebih faham dan tercerna dalam amali.

Kalau tidak takkanlah iklan KFC, McDonald atau yang sewaktunya saban kali dipapar dan diulang tayang saban waktu, mengingatkan dan mengetuk medan fikiran kita.

Ulang dan ulang lagi.

Berkali-kali.

Valentines love fractal

Supaya kita tahu dan maklum, dan tanpa sedar mahu pun secara sedar, ia membentuk tingkah laku dan tindakan yang diingini dari kita.

Begitu juga tentang slot motivasi pagi tadi. Memang ramai sudah tahu tentang kasih dan sayang, peri pentingnya dan perlunya ia dalam hidup. Namun motivator  itu masih terusan mengingatkan dan mengulang, tentang hebatnya kuasa kasih dan sayang.

Insan yang sangat positif dalam hidupnya, kalau kita lihat , pasti beliau punya akaun kasih sayang yang besar dalam dirinya. Beliau pasti kaya dengan kasih sayang, bukan fakir dengan kasih sayang.

Itu kata motivator itu tadi.

Namanya saya tak dapat nak menangkaplah pulak waktu itu.

Ah ramai insan seperti itu, insan yang punya jiwa besar, melihat insan lain dengan pandangan kasih dan sayang dan tidak kedekut menabur kasihnya pada orang di sekeliling. Cuba mencari sisi baik dalam diri setiap insan yang melalui jalan hidupnya.

Saya juga mahu jadi seperti insan tersebut.

Yalah, sangat mahu, tapi tunggulah dulu, biar saya tidur dulu malam ini ya :) Kerana mata ini pun semakin kantuk dan mahu melekat terlebih dulu.


*salam mimpi manis buat yang berada di bintang .. .


~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Ni namanya teori ulangan. Apa-apa pun bila diulang-ulang akan menjadi sebahagian dari kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, teori ulangan.. :)

      Delete
    2. teori ulangan pun kalau ianya tidak menyentuh lubuk hati insan, ianya tidak ubah seperti iklan yang melintas di depan mata :)

      Delete
  2. Teringat akan kepada bekas bos saya akan hantar SMS ucapan Hari Lahir kepada pekerjanya. Walaupun hanya berapa baris patah perkataan tetapi ia memberi penuh makna.

    Saya terdengar ada program perlu guru-guru mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada murid-murid mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul akubiomed. kalau ikut program, guru2 kena sambut pelajar di pintu pagar sekolah juga

      Delete
  3. sama juga kalo ibadat..jika berulang2 kali..pasti akan terbiasa..hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.