Monday, May 21, 2012

tips meningkatkan daya penarik

Dua tiga hari ini gatal betul kulit kepala. Saya dah syak, kelemumur datang balik atau pun mungkin uban semakin bertambah.

Tak kisahlah mana-mana tu. Asalkan jangan hilang kepala sudahlah.

Teringat masa zaman 80an dulu , waktu itu rasanya saya masih di peringkat remaja, antara keinginan dan cita-cita yang tidak dapat direalisasikan ialah mempunyai potongan rambut ala-ala Lady Di.  Sedangkan waktu itu pun hajat yang terpendam tidak kesampaian inikan pula sekarang, bila rambut makin nipis dan kerap gugur. Ah, berangan sajalah Cikgu .

ada iras tak saya dengan dia ni. ya lah, kalau saya tak pakai spek ler!! ahaks ..
sumber


Bukan nak bercerita tentang rambut.

Nak bercerita tentang karisma.

Kalau mengikut kamus DBP online , karisma bermaksud kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai.

Oh! Lady Diana memang seorang wanita yang berkarisma tinggi.

Dan, memang insan unggul yang mempunyai karisma terhebat itu tidak lain tidak bukan ialah kekasih Allah, Nabi Allah , Nabi Muhammmad s.a.w.


Masalahnya ialah bolehkah kita membina karisma dalam diri kita?

Sebenarnya saya sedang mengulang baca buku ini. Ni, buku yang di bawah ini.

versi melayu :)


John C. Maxwell berpendapat bahawa, karisma dalam diri boleh dibina dan tidak semestinya lahir secara semula jadi. 


Menarik bagi saya. 


Maklumlah dah tetua ni, walau tak ada daya kepimpinan tetapi sekurangnya adalah daya penarik. Dan saya sedar daya penarik setakat hidung penyek , mata sepet dan rabun bukanlah aset terbaik yang boleh menjadi sumber atau modal membina karisma diri. 


Maxwell menyenaraikan 3 tips membina karisma diri : 

  • Alihkan fokus. ~ dalam berkomunikasi, alihkan fokus anda kepada orang yang sedang anda bercakap. Berhenti berbincang tentang diri anda, diri anda dan diri anda sahaja. Manusia yang berkarisma sentiasa mempunyai rasa ingin tahu tentang orang yang sedang dibawa bercakap dan berbincang. 
  • Membina tanggapan pertama ~ selalu melihat positif diri dan kelebihan orang lain dan membina positif diri itu dalam fikiran anda walau pun selepas anda meninggalkan dia. Paling kurang pun , menyatakan pada diri anda bahawa sinar mata orang tersebut sangat bercahaya ! Cubalah buatkan insan tersebut merasakan harga dirinya bertambah setiap kali selepas berbincang dengan anda. 
  • Berkongsi ~ Sentiasa berkongsi ilmu, tips dan harapan anda dengan orang bawahan. Sekali sekala libatkan mereka dalam kebahagiaan anda. 

Tak susah mana kan. 
Jom.
Jom kita cuba.
Mana tahu dengan karisma yang terbina, kita boleh membawa kebaikan yang berterusan .


Salam ingatan di angin lalu . 


 ~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Untuk menjadi yg terbaik mungkon kita tak mampu, tapi untuk menjadi contoh yg baik sudah pasti kita mampu...insyaAllah

    Saye selalu ingatkan diri utk sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik atas setiap seseutu..

    Terima kasi h cikgu berkongsi..best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...

      saya pun cuba berfikiran positif sentiasa

      Delete
  2. salam cikgu nomah. Yakin pada diri sendiri, tidak mempunyai rasa rendah diri banyak membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tetua ni baru ada rasa yakin diri tu kak pah

      Delete
  3. bertuah bg mereka yg mempnyai karisma semulajadi..apa yg dikata pasti menarik perhatian org..bg mereka yg pendiam agak ssh juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik banyak mendengar dari banyak bercakap tentang diri sendiri

      Delete
  4. salam..
    ermm..ada iras kut dengan
    Ziana Zain la best..he he

    tua-tua pun berisi kan..?
    apa nak takut dah ada hubby :)

    ReplyDelete
  5. karisma mmg boleh dibentuk...kene ada caranya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... betul. harap2 saya boleh membina karisma diri sendiri

      Delete
  6. Kalau bina reputasi boleh membina karisma seperti Steve jobs apabila berbicara produk terbaru Apple membuatkan semua orang didalam terpaku dengan beliau.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.