Wednesday, June 6, 2012

demi kasih , sanggup buat apa saja

penyambut tetamu

Panas dua tiga hari ini kan.

Sangat panas.

Itu gambar di atas, gambar anak buah yang menyambut saya , sesampai di perkarangan rumah emak di kampung. Mata masing-masing pun tidak boleh dibuka kerana tersangat teriknya.

Tapi disebabkan teruja agaknya dengan kehadiran saya dan sepupu mereka, panas terik pun sanggup juga diredah. 

Manusia sifatnya sama sahaja kan.

Yalah, selain perlu makan dan minum , atas dasar kasih kita sanggup berbuat apa sahaja untuk yang kita kasihi. Terlebih lagi kalau insan yang kita sayang itu sangat kita rindui saban waktu.

Makanlah kak durian tu.

Emak bersuara sambil menjuih bibirnya ke arah longgokan durian di luar dapur. Sudah lewat juga waktu itu. Agaknya , kerana dilihatnya saya tidak menjamah langsung durian tersebut, akhirnya dia bersuara jugak

Ye lah kak. Penat mak mengecek nak dapatkan durian tu. Teringatkan anak perempuan dia nak balik.

Adik ipar perempuan, yang sedang menyusun baju-baju yang baru dilipat menyampuk.

Alahai.

Sejak akhir-akhir ini , saya memang tidak berselera dengan durian. Sedang orang lain menelan air liur menahan keinginan mengecap buah durian, Allah tarik nikmat itu dari saya. Memang tidak teringin langsung dan tidak tergoda sedikit pun dengan buah durian.

Apatah lagi waktu-waktu panas seperti ini.

Ye ke? Ye lah, akak makan ..

Mendengar sahaja jawapan saya, emak tergesa ke dapur mencari parang .

Betul kan.

Demi kasih.

Walau anak perempuan dia ini sebenarnya sudah pun beruban, tetap, demi kasih, masih pada matanya anak ini perlu dilayan.

Aduhai.

*buat sahabat baik yang gemar betul dengan angka 1000, harap-harap segera sihat dan bertambah ceria nanti disamping ibu tercinta juga.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. saya memang seorang pecinta durian.. tapi salu je kempunan nak makan.. kat tempat saya durian sukar nak carii.. ada pun durian yang kecil2 je.. ehe

    ReplyDelete
  2. Susah nak tolak...pantang dipelawa...!!!;-)aduhai...;-)

    ReplyDelete
  3. mmg betul..demi kasih ibu sanggup buat apa sj.. :)

    ReplyDelete
  4. Nampaknya cikgu norma sama mcm emak Adam. Tak hairan dgn durian.

    Kasih ibu tak mengenal usia dan masa. Beruntunglah cikgu masih ada ibu yg sihat.

    ReplyDelete
  5. beruntunglah cikgu norma kerana masih ada ibu yang melayan dengan penuh kasih sayang. Kakpah kehilangan semua itu. Rindu sungguh pada mak....

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni memang musim durian sungguh.. tapi saya tak makan lak sebab musim panas skang huhu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.