Wednesday, August 22, 2012

rindu si pipi merah

sumber


Pagi itu seperti pagi raya yang lain.

Cuma usia yang bertambah mengurangkan lagi rasa keterujaan untuk melompat dan bergelak tawa hingga tak ingat seperti waktu masih budak-budak lagi.

Dan bertambahnya usia juga menjadikan bersolat sunat di pagi raya lebih menambah rasa dan tenang berbanding waktu darah masih muda dan hidup yang penuh kecelaruan identiti. 

Suara Tok Imam membaca khutbah raya sangat bersemangat pagi itu. Dan jemaah yang membanjiri masjid di Kampung Kundang melimpah ruah. Kebanyakannya orang-orang luar seperti saya. Anak-anak yang pulang beraya di kampung, berkumpul adik-beradik dan saudara mara.
  
Tahun ini Allah memberi kesempatan dan ruang lagi untuk berhari raya pertama di rumah emak sendiri. Dan seperti biasa juga, seperti raya-raya yang lepas bila beraya di rumah emak sendiri, di pagi-pagi raya, hidung saya merah berair, alahan habuk kerana sakan membersihkan rumah emak.

Sesekali saya terdengar orang menghembus hingus perlahan. 

Oh ... ada juga mereka yang seperti saya agaknya.

Alahan habuk di pagi raya.

Selesai mengaminkan doa, saya berpaling ke kanan , ingin mencium tangan emak. 

Saya lihat emak sedang berpeluk erat dengan sahabatnya. Kenalannya sejak dari kecil lagi. Bermain dan bersekolah bersama. Dan di waktu usia emas ini, sering juga mereka melancong bersama.

Saya menunggu adegan peluk memeluk itu berakhir.

Lama juga.

Tak habis-habis.

1 minit sudah berlalu.

Lama tu. Berpeluk-peluk. 

Sedang menunggu, saya sempatlah juga bersalam dengan jemaah yang lain.

Dah penat menunggu, saya pun menghampiri mereka.

Raya ini entah-entah raya kita yang terakhir ya Ani. 

Ada sedu sedan yang mengiringi ayat tersebut. Suara makcik tersebut tersekat-sekat menahan sedih. Oh, sedih pun tiba-tiba terhinggap di hati saya melihat gelagat mereka.

Entah dapat berjumpa lagi tahun depan entah tidak Ani.

Makin kuat saya lihat mereka berpelukan.

Mana-mana yang terkurang tu, tersalah tu maafkanlah ya Ani.

Dan air mata pun deras laju membasahi pipi mereka berdua.

Sedih, kan. 

Bila kita tahu bahawa hidup ini bukan di bawah kuasa kita menentukan. Dan kita tahu, bila-bila masa sahaja Allah bisa memanggil kita untuk mengadapNya dan berhijrah. Dan peluang untuk menikmati saat seterusnya adalah kurniaan, ia bukan hak mutlak kita.

Dan insaf itu hinggap sebentar di hati saya. Adakah Ramadan yang baru saja berlalu dan pagi Syawal seperti hari itu bisa lagi saya kecapi seperti biasa?

Entahlah ...

Apa pun, masih belum terlambat lagi rasanya mengucapkan salam Syawal untuk rakan-rakan sekelian. Maafkan segala salah dan keterlanjuran kata di sini selama ini.



*rindu betul pada si pipi merah :)


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Selamat hari raya ckLah ucapkan untuk cikgu Normah. Minta maaf zahir dan batin ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah juga ckLah, saya pun mohon maaf zahir batin

      Delete
  2. selamat hari raya..maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah jebeng.. maaf zahir dan batin

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir dan batin....
    Taqabalallahu minna wa minkum...

    ReplyDelete
  4. salam kak ^_^

    Taqabballahu minna wa minkum...salam aidilfitri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam cun, selamat hari raya

      Delete
  5. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Bating. :-)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Idul Fitri..
    Maaf atas segala silap dan salah..
    Taqabalallahu minna wa minkum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama-sama mohon maaf razak

      Delete
  7. ....salam & selamat hari raya aidil fitri dik....
    begitulah lumrahnya alam...
    yang datang silih berganti dengan yang pergi..
    semuga akan bertemu lagi di ramadan & syawal di tahun2 mendatang...Insyaallah...

    mamaijat rindu BONDA yang kurang sihat....
    seminggu terasa indah dapat bersama..kini tuntutan kerja memisahkan kami lagi....
    semuga Bonda semakin sihat....
    Insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.

      saya doakan juga agar bonda mamijat bertambah sihat

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Kak Normah.. Maaf zahir dan batin.. Sayu tatkala membaca kata2 rakan ibu akak tu...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.