Wednesday, April 10, 2013

nak mengundi siapa ?




Hujan lebat sungguh waktu saya menulis ini.

Mungkin mahu menyejukkan banyak hati di luar sana. Panas dek bermacam isu hangat dan sensasi.

Awak mengundi tak?

Panas telinga dan panas hati waktu itu disurutkan dengan air nescafe o ais. Pesanan doktor bahawa ais itu sangat tidak baik untuk kesihatan saraf, sedikit pun tidak saya endah. Meski pesanan itu memang sedikit sebanyak saya akui kebenarannya tetapi saya juga tahu pengetahuan sahaja tidak semestinya akan melahirkan tindakan yang betul. 

Yang menatijahkan tindakan adalah rasa paling dalam.

Bila mual yang kita rasa, pasti tindakan kita akan kita juruskan untuk menghilangkan rasa tersebut.

Mengundi kan rahsia, pergi mengundi pun rahsia lah jugak....

Selamba rakan saya menjawab. Keselambaan itulah yang menyenangkan. Deraian ketawa mengiring jawapan tersebut. Rakan-rakan yang berada di sebelah juga turut bergelak sama.

Lucu.

Teringat entri saya yang dulu 'Bulan Madu di Awan Biru'  tentang mengundi kerajaan ...




Ya... sudah ada undang-undang baru ke?

Jom kita mengundi nanti 5 Mei 2013. Kosongkan kalendar anda  pada tarikh tersebut ..



~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. salam..
    mengundi tak lama pun Cikgu
    30 min selesai..lepas tu boleh
    sambung shopping kat Tesco..huhu


    ps# pilihlah calon untuk perubahan..
    dah lama sangat dah...

    ReplyDelete
  2. nice blog... btw, mohon pautkan blog sy disini ya

    http://kongsihal.blogspot.com/

    blog tn/pn/cik dah pun sy pautkan disana.. tq!

    ReplyDelete
  3. Fahaman anak sekolah penjawat awam perlu mengundi Barisan Nasional. :-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.