Friday, May 31, 2013

Saya ajar awak ke dulu?





sumber

Kenal saya tak, cikgu?

Hujan renyai-renyai waktu itu. Baru sudah makan malam di kedai mamak. Saya pandang wajahnya. Kecil molek dan bersih raut wajahnya. Di sebelahnya budak perempuan berusia lebih kurang 4 tahun, genit dan comel sungguh.

Serba salah.

Bila dihujani soalan seperti itu, saya jadi serba salah. Sejak lama sudah, entah bila mulanya, atau pun memang sejak mula lagi, mengingati nama-nama anak murid adalah menjadi satu kepayahan yang amat berat.

Saya ajar awak ke dulu?

Soalan paling tidak bijak rasanya yang terpacul keluar dari bibir saya. Dalam kepala saya menjawab, yalah, takkan dia tanya kenal dia ke tidak. Aduyai. Tidak layak rasanya soalan itu yang terkeluar.

Yalah cikgu. Haha. Saya kelas 5 Tassawur. Satu kelas dengan Amir, dengan blablabla...

Ah, nama-nama murid lagi. Nama-nama kawan dia disebutnya satu-satu. Cuba membantu saya mengingat semula rakan-rakan dalam kelasnya.

Malang sekali.

Sedikit pun tidak membantu saya untuk mengingat mereka, malah langsung tidak teringat nama si empunya badan di depan saya. Tapi, wajahnya...

Ya. Saya masih ingat wajah si dia ini. Terbayang tempat duduknya di dalam kelas 5 Tasawwur. Terbayang wajah-wajah rakan-rakannya.

Cikgu ajar Matematik kan?

Tak, saya ajar Sains.

Hehe. Rupanya ingatan dia pun tidak sehebat mana.

Kerja di mana sekarang?

Di Bank Simpanan Nasional , cikgu. Sains saya dapat kredit cikgu. Dapat kerja di bank.

Saya tersenyum. Bersyukur kerana Allah beri peluang kepada saya membantu dia dalam SPM dan dengan bantuan tersebut dia berjaya mendapatkan pekerjaan yang halal demi kelangsungan hidupnya.

Dalam hujan malam itu hati saya berbunga melihat seorang lagi bekas anak murid yang menjadi dan saya doakan kebahagiaan hidupnya sekeluarga bersama anak dan suaminya dunia akhirat.

Indah sungguh rasa dalam hati ini.

Dan indahnya perasaan seperti ini hanya dimengerti oleh mereka yang bergelar guru seperti saya sahaja.

Kan ..


~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Saya kalau terjumpa cikgu yang pernah mengajar saya dahulu akan tegur. Maklumlah cikgu akan lebih mudah ingat anak murid yang nakal. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. betul tu. Kalau yg baik2 ni susah sikit nk ingat

      Delete
  2. Betul, saya akan tegur cikgu kalau terjumpa mereka, tp kdg2 ada yg terlupa. Lepas tu, mesti akan teringat zaman kita blaja kt skola ngn cikgu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... tapi harapnya teringat benda2 yang manis-manis je la kan.. :)

      Delete
  3. Salam Cikgu Norma,

    Jasa yang akan sentiasa dikenang. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. ...Salam cikgu Normah...
    apa yang kami janji...tunai tetap kami tunaikan...
    tak gitu.....
    Inshaa Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dianya kan mamaijat. InsyaAllah kita sama2

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.