Isu kenaikan harga tidak lagi akan memberi kesan .
Kisah banjir, tanah runtuh, rompakan dan masalah sosial tidak lagi akan menambah atau mengurangkan nilai hidupnya.
Saya membaca semula maklumat yang tertera pada skrin hp. Mengingatkan semula, mahu supaya apa yang saya lakukan kali ini yang terbaik .
cara solat jenazah ringkas |
Kematian memang perkara biasa. Saban hari memang tetap akan berlaku kematian di sekeliling. Dan selalunya berita kematian insan-insan yang namanya tidak memberi erti dalam hidup kita hanya menyinggah di cuping telinga .
Tetapi kematian insan yang jalur hidupnya sedikit sebanyak kita tahu dan kita sedari kewujudannya pasti akan terlebih memberi makna dalam hidup kita sendiri.
Walau pun mungkin jalur hidupnya itu hanya ibarat seurat rambut halus yang kita kenal. Tetap, berita pemergian insan tersebut terlebih dahulu dari kita, akan membuat kita tersentak. Dan fikiran kita akan berlari-lari ke belakang, menyingkap warna-warna lembaran hidup kita yang terisi memori yang sedikit bersama insan tersebut.
Pasti.
Dan saat melihat deretan jemaah berdiri menyembahyangkan jenazahnya tengahari tadi, sedikit rasa halus mengalir dalam jiwa.
Bagaimana pulak nanti bila giliran saya yang akan tiba?
Adakah Allah akan izinkan jenazah saya nanti di sembahyangkan oleh jemaah yang ramai juga?
Dan keinginan yang begitu kuat membuak dalam hati , memohon agar Allah membuka rahmatNYa agar kesudahan nafas saya yang terakhir dalam keadaan diredhai oleh suami, anak, kaum keluarga dan sahabat handai saya nanti.
@Masjid al-Hidayah
Usia tidak menentukan sama ada kita yang terlebih dahulu akan dipanggil mengadap Allah atau sebaliknya.
Semoga roh Norzila Osman, sepupu kepada suami saya, tenang bersemadi di kalangan para solehin dan diampunkan segala dosanya oleh Allah Rabbul Jalil.
~cikgunormah@klcitizen~