Tuesday, January 31, 2012

makan gaji buta

Ada masa marah menggila , membuak-buak dalam dada. Geram teramat tak tahu hendak dikisah bagaimana.

Cikgu, adui...sakit cikgu.

Ha, macam itulah hati saya sakit ni.

Saya lepaskan sideburn nya. 

Bukan seorang. Bukan dua orang. Semua budak lelaki yang hadir dalam kelas itu , saya pun tak perasan ada berapa orang. 9 atau 10 orang. Kesemuanya pelajar contoh di sekolah, sepatutnya. Belajar Chemistry, Add Maths bagai, dan masih lagi membincang tajuk kecil yang  sama walau sudah masuk minggu ke 4 persekolahan.

Mana jawapan yang  dah bincang semalam? Saya dah beri jawapannya, kan, satu-satu. Tinggal awak menyalin dan hantarkan pada saya sahaja hari ini untuk laporan amali ni.


Er... er..

Mana?!

Er... Saya ingat cikgu nak bincang saja.

Ahhhh !!!

Sampai ke pelajar lelaki terakhir, saya sudah hilang sabar. Kata-kata sudah tidak tergaris di benak lagi. Amarah saya menutup idea dan jalur fikir saya. Saya kena buat sesuatu. Kalau tidak, ada nanti berita di dada akhbar, guru baling kasut pada pelajar.

Saya berjalan ke depan makmal, mencari bangku dan memasang kipas pada kelajuan maksimum. Lantas saya duduk diam macam patung.

Hari ini, makan gaji buta! 

Alahai...

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 30, 2012

entri tiada tajuk

Sudah petang baru berkesempatan mengupdate entri. Perkara biasa. Bukan luar biasa. Keutamaan adalah kehidupan hakiki di luar yang menuntut masa serta tenaga.

Hujan di luar , saat saya menaip entri ini. Bestnya!

Bagaimana Dr Harlina membahagi masa dengan tugas, karier dan peranan sebagai ibu?

Tanya salah seorang peserta pada Dr Harlina.


Masih lagi tentang kisah ceramah Dr Harlina. Soalan itu bermain di fikiran saya sejak dari pagi tadi lagi. Ah, sejak dari habis menonton ceramahnya itu , sebenarnya.

Saya punya masa yang sama 24 jam seperti anda. Tetapi, kemungkinan besarnya ialah saya telah menetapkan apa yang saya mesti lakukan dengan 24 jam saya itu.  Saya punya alasan yang sangat kukuh untuk tidak terlibat dalam kerja-kerja amal ini kerana saya sangat sibuk sebagai pakar obstetrik dan ginekologi, ibu pada 3 orang anak dan seorang isteri. 
Dan saya boleh, bila masa sahaja menyatakan bahawa, keluarga saya memerlukan saya, suami saya memerlukan saya dan saya telah menjalankan bahagian saya dalam masyarakat ini, saya seorang pakar O&G, dan sepatutnya ada orang lain yang patut mengambil alih kerja-kerja amal ini. 
Tapi, sedarlah, keluarga saya sebenarnya bukan liabiliti buat saya, tetapi mereka adalah sumber kekuatan saya.  
Saya TIDAK akan menyalahkan suami saya nanti di depan Allah, mengatakan kerana dialah saya tidak dapat berperanan. Sebenarnya kerana keluarga sayalah, saya berada di sini, berdiri di sini. 
Saya punya 3 orang anak yang cantik-cantik yang dikurniakan Allah dan saya mahu memastikan mereka nanti dilepaskan dalam masyarakat yang baik. Kerana itu saya berusaha setakat yang saya mampu cuba untuk memastikan masyarakat ini adalah masyarakat yang baik untuk  anak-anak saya . ( bermula minit 1:01:25)

Wah, kata-kata itu menusuk dalam jiwa saya. Berulang-ulang. Membuat saya terfikir dan tertanya apakah khidmat dan peranan yang signifikan yang telah saya lakukan dalam hidup saya ini, selama 45 tahun hidup dan bernafas di dunia ini.

Terasa kerdilnya diri.

Walau bagai mana pun, pendapat saya, masing-masing ada bahagian yang boleh kita sumbangkan dalam masyarakat ini, mengikut daya dan kemampuan masing-masing. Yang penting dan utama saya kira adalah roh perjuangan dan kesedaran seperti yang dipunyai oleh Dr Harlina itu perlu ada dalam setiap diri kita.

Petang Isnin ini kita doakan agar kita semua tergolong sebagai manusia eksport , bukan manusia import, seperti yang diujar oleh Dr Muhaya. Amin.

:)

*entri tiada tajuk, pening memikir tajuk

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 29, 2012

isteri solehah ke awak ni?

Hajat hati semalam hendak membuang masa menonton video-video lama dari Youtube. 

Dok sibuk pung pang pung pang pasal dunia nak kiamat, masih ada masa lagi, kan, cikgu,  nak membuang masa menonton video. Entahlah cik minah , si setan ni, asyik dok cuit saya ni suruh merilekskan diri. 

Wah, wah, wah, kalau benda tak baik je, salahkan setan ya. Tak betul je, salahkan setan. Tak elok je, salahkan lagi setan. :D

Nasib baiklah bila membuka akaun Youtube saya, TVSunnah yang saya langgan, telah memuat naik ceramah Dr Harlina, Women in the Eyes of God semasa program The Malaysian Twins of Faith Conference, 24-25 Dis 2011 yang saya tak pergi, tetapi saya pasti ia best sungguh.




Ceramah itu sangat inspiring

Itu yang salah seorang sahabat saya komen, bila dia juga turut sama di'paksa' menonton . :) Dan selepas menonton, baru saya tahu bahawa Dr Harlina punya blognya sendiri, A Muslim Woman Defined.

Nasib baik.

Nasib baik apa? Nasib baik tahu Dr Harlina ada blog . hihihi. Sebab ada benda yang saya hendak kongsi di hari Ahad penuh berkat ini . 

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika! ~ Talian Hayat Buat Isteri - Nota 1 - 50 : Dr Harlina

Bab mendoakan anak , memang saya selalu tak lupa. Memang tak miss lah . Tapi... aduhai, bab mendoakan segala yang baik untuk suami ni, yang agak culas sikit. Lagi kalau hari tu mood saya tak baik. 

Saya kira ini ialah muhasabah diri peringkat tinggi hari Ahad yang penuh berkat.

Moral of the story hari ini, belated azam tahun baru entah yang ke berapa, " Saya cuba segala yang terdaya, setiap masa dan saat , mendoakan segala yang terbaik untuk suami saya, moga Allah memudahkan segala urusannya, menjadikan beliau suami soleh yang cemerlang dunia akhirat, dijauhkan beliau dari segala mara bahaya, fitnah dan mala petaka sehingga akhir hidupnya" . amin kan ya, kawan-kawan. :)

*semangat nak jadi isteri solehah*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 28, 2012

tak berpakaian

Orang kata masuk kandang kambing kena mengembek, kan. Kalau kandang lembu, me'moo' lah kut, ya.

Sopo iki? Mundar mandir... 

Dia tidak tahu saya mendengar. Atau pun dia tahu dan sengaja mahu saya dengar. Matanya sejak awal sudah memandang saya dari atas ke bawah. Tanda tidak setuju. Yang saya perasan hanya dia yang tidak berkenan. Sejak pagi lagi saya di situ, tiada orang pun yang mempertikai dan bertanya.

Anih, kan. Getar negatif dari pandang mata dan kata orang di sekeliling sebenarnya kita boleh kesan dan rasa. Tidak perlu kita dengar sendiri atau diluah depan mata bertentang, tetap secara halus perasaan tahu itu menyelinap.

Sebenarnya, saya me'rewang', membantu menyibuk di kenduri sepupu. Dan dari pagi lagi saya ke sana memakai pakaian yang saya biasa pakai bila hendak membuat kerja dapur, berblaus lengan panjang melepasi punggung dan berseluar hitam. Dan, eh... mestilah bertutup aurat.

Rupanya di kawasan itu, semua wanita yang datang merewang, berbaju kurung. 

Saya yang tidak sensitif. Tidak peka dengan budaya. Dan tiba-tiba rasa canggung serta seperti tidak berpakaian di situ.

Pakaian pun menjadi masalah ya.

Sebenarnya saya yang bermasalah. Cepat sangat sensitif pada perkara tidak penting. Dalaman diri masih belum kuat menerima kritikan enteng sebegitu. Mungkin kerana mahu sangat diterima dalam kumpulan. Orang kata apa ya, peer pressure , kan.

Pukul 12 segera balik ke rumah emak sendiri, mandi manda dan menukar pakaian.

Ha , berbaju kurung berlabuci bagai. Jangan tak tau. 

*Dalam senyap terfikir pelik jugak jadi orang perempuan ni, kan...

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 27, 2012

Jumaat ..

Panas di luar.

Bukankah dikatakan kiamat berlaku pada hari Jumaat?  Er, bukankah hari ini hari Jumaat, kengkawan? Kebarangkalian hari ini atau Jumaat akan datang dan Jumaat yang akan akan datang sentiasa sahaja ada untuk kiamat berlaku, kan. Ini pun dah tiba malam di hari Jumaat dah cikgu :)

Begitu juga kebarangkalian saya mati saat saya menaip entri ini, pun boleh berlaku juga.

Jadi, apalah yang hendak dikecohkan sangat, Cikgu Normah? Kiamat hari ni ke, hari esok ke, malam ini ke atau malam lusa ke, jangan difikirkan. Sibuk sangat fikir kiamat, urusan dan amal baik diri sendiri tu dah selesai ke? *senyum kambing sorang-sorang*

Sains Barat meletakkan individu itu tidak penting. Menjadikan nilai manusia itu di tahap paling rendah, setaraf dengan makhluk yang lain

Suara profesor itu masuk terus dalam hati saya. Memandu waktu tengahari Jumaat tadi membelah arus dalam deruan kenderaan-kenderaan laju bertali arus, mudik ke hulu dan ke hilir. Saat waktu itu memang , insan-insan lain dalam kenderaan yang bertali arus itu sebenarnya tidak membawa signifikan dalam hidup saya. Tetapi suara profesor wanita dalam radio Ikim saat itu menyedarkan saya. Suara Profesor Datin Dr Azizan, Timb. Ketua Pengarah Ikim.

Betul kan. Sains Barat dengan segala gahnya kebanyakannya menidakkan fungsi dan kepentingan individu. Penggunaan senjata kimia yang pelbagai sahaja menunjukkan bagaimana 'individu' tidak mendapat tempat dalam dunia yang dikuasai oleh cengkaman Barat.

Tetapi Islam menempatkan individu itu pada kaca mata yang besar. Setiap individu akan dipertanggungjawab atas segala tingkah laku dan setiap tindakan yang diambil. Sains dalam Islam menekankan setiap individu itu dipertanggungjawabkan atas peranannya sebagai khalifah dalam hidupnya. Tidak semestinya khalifah mentadbir negara, tetapi yang terutamanya mentadbir urusan dirinya sendiri.

Wah, serta merta saya tertarik dengan kata fikir yang tercerna dari bibir profesor tersebut :)

Berminat untuk mendengar beliau?  Link nya di sini, di bawah tajuk Sains dan Islam.

*lambat mengupdate entri kerana berurusan kenduri kendara di kampung.


~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 26, 2012

bergaduh

Jom bercerita pasal lelaki. 

Tetiba pulak kan. Sebenarnya mendapat sms dari seorang rakan tentang kisah dua lelaki bergaduh berkait dengan masalah parking kereta. Perkara kecil seperti masalah parking boleh menjadi besar dan melarat bila tekanan darah  dan limpahan hormon testosteron meningkat.

Kalau nak cerita pasal lelaki, sampai tahun depan pun tak tentu habis lagi kut. 

Okay, okay, bukan lelaki saja yang suka bergaduh. Perempuan zaman sekarang pun sama jugak kan. Okaylah saya mengaku. Bukan mengaku yang saya pernah bergaduh sesama perempuan, tapi mengaku bahawa ada perempuan yang memang kaki gaduh. Tapi bergaduh pasal parking kereta(?) entahlah ya. Walau tak pernah lagi menengok perempuan bergaduh bertarik rambut secara live, sekadar di Youtube , drama dan filem sahaja, saya tahu ia bukan perkara luar biasa sekarang.

Cuma saya rasa, perempuan kalau bergaduh atas beberapa sebab. Mungkin kerana khuatir, hak miliknya diganggu gugat dan terasa seperti sesuatu miliknya akan diambil orang lain.

Yusof , apa citer sekarang?

Saya di sebelah sedang bersarapan nasi lemak yang kurang enak. Walau suami selalu memuji nasi lemak tersebut sedap, saya iyakan saja. Sebab makan free, jadi tak perlulah bersungut bagai kan. Sambil menyuap nasi lemak, saya memasang telinga. Ah, perangai busy body memang tak boleh nak elak. Yalah, dua lelaki tersebut, bersembang dengan tujuan untuk didengar orang sekeliling agaknya. Kuat suara mereka, memang tak boleh ditahan dari menerjah telinga saya.

Sudah balik kampung. Berhenti kerja , lepas itu kes lah...

Oh, saya memang ada dengar itu kes. Sampai tokey dia panggil dia kan , bla, bla, bla...

Dan , tanpa perlu bersusah payah, saya dapat tahu kisah si Yusof . Nasib baiklah Yusof bukan seorang artis, hanya seorang driver yang bekerja dengan seorang doktor berbangsa Cina .

Rupanya, orang lelaki pun bercerita juga tentang kisah rumah tangga orang lain .... ya.

*teori evolusi memungkinkan segalanya berlaku :)

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 25, 2012

cerita dah basi lah wei...

Ramai blogger menulis kisah tentang ribut solar hari ini berserta imej matahari, melawan arus Wordless Wednesday yang rutinnya seminggu sekali memapar gambar foto tanpa kata tertulis.

sumber


Saya membaca pertama kalinya tentang ribut solar itu hari ini, pagi lagi tadi di blog Yanmie. Lantas menonton secara percuma filem Knowing lakunan Nicolas Cage, yang cuba menggambar suasana semasa ribut solar melanda.



Tidak tahulah berapa lama Youtube membenarkan filem ini di rangkaiannya, kerana biasanya filem-filem begini akan di ban untuk ditonton secara percuma dek kerana hakcipta terpelihara.

Walaubagaimana pun, dari filem tersebut ada dipapar suasana sebelum ribut solar iaitu suhu dunia yang meningkat. Panas sungguh. Dan gambaran singkat semasa ribut solar berlaku. Terbakar seluruh isi dunia.

Seperti biasa filem barat ini ada sisi realistik dan sisi merepeknya yang digabung jalin. Terpulang kepada kita yang menonton, mengasingkan fakta dan ilusi.

Apa pun saya kira, segala kemungkinan tentang akhir dunia ini sudah dimaklumkan pada kita terlebih awal. Bila dan bagai mana ia terjadi, semuanya kuasa Allah. Kita sebagai hamba hanya diminta bersedia untuk menghadapinya bila ia berlaku.

Dan bab persediaan itu yang menakutkan diri saya...

*cerita dah basi ni kan, saya tahu :)*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 24, 2012

derma yang paling payah

Bila dah berada dalam keadaan macam ini barulah ila tau perasaannya macam mana. Ibarat meminta nyawa dari orang lain. Kalau setakat hilang kaki, masih lagi boleh hidup. Tapi kalau buah pinggang dah tak ada yang sudi menderma, cuma menunggu masa je lah.

Air matanya deras laju membasahi pipi. Biras yang wajahnya seiras saya yang duduk bersebelahan mendengar dan melihat,  turut sama menyapu air matanya . Sedih, memang. Tapi, sesedih mana pun yang tergaris dalam hati saya, tetap hati kering ini tidak bisa membasahkan mata saya. Risau juga saya dengan hati yang sekeping ini.

Kakak ipar yang dari luarannya kelihatan kuat itu pun, sudah merah hidungnya menahan tangis. Saya juga yang berhati kering.

Kalau ila mati ni, memang ila pasang niat sungguh nak menderma apa-apa je organ ila yang boleh diguna orang lain. Sebab ila tahu sungguh perasaan orang yang menunggu derma organ lain bagi menerus kelangsungan hidup.

Sebenarnya, apa lagi yang boleh kita kata sebagai tetamu yang menziarah?

Setakat mendoa dan menghulur sesen dua, dan berharap sungguh agar ziarah kali ini bisa memberi semangat dan kekuatan bagi dia yang masih muda ini untuk menggantung harapan agar Allah beri mudah dalam hidupnya. Memang dalam situasi yang sedemikian, doalah menjadi senjata. 

Memang sekarang ila faham sungguh bila ada orang yang sungguh terdesak seperti ila ini sanggup berbuat apa saja agar dapat sihat seperti dulu. Kalau diminta berjanji dengan syaitan pun mungkin sanggup, berubat secara syirik pun sanggup bila dah buntu fikiran. Tapi yalah... kalau tak kerana iman sedikit ini mungkin ila pun jadi gitu.

Dia diam memandang kami. Sungguh besar ujian yang sedang ditempuhnya sekarang. Dan saya tiada kata yang boleh diluah dan dilafaz.

Malam ni pun cadangnya ingat nak pergilah jumpa 'ustaz' di Kota Kemuning tu. Tapi yalah, entah ustaz betul ke idak pun tak tahu. Tapi, tadi kat TV ni tengah duduk-duduk menonton, Ustaz Hassan dalam TV ni cakap, jangan berubat sebarang-sebarang, guna perantara yang tak tentu, khuatir jadi syiriklah pulak. Terfikir ila balik, tak jadi lah nak pergi.

Betullkah hidup ini penuh dengan kebetulan? Atau semua ini adalah ketentuan Allah.

Saya yakin dan percaya, jika Allah menginginkan kebaikan dalam hidup seseorang itu, kata hatinya sentiasa dibisikkan Allah dengan kebenaran.

Doakan sama untuk Ila, moga Allah tunjukkan jalan bagi menyembuh penyakitnya dan dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki melimpah ruah, ya, kawan-kawan.

Maka untuk seorang hamba itu hidup memberi, suburkanlah perasaan kasih dan sayang itu di dalam diri, ia membakar keinginan agar membara untuk berbakti. Saya ada sedikit gentar dan takut, ketika menurunkan tanda tangan ke borang yang diberi. Tetapi saya lebih takut ke alam mati dengan amal yang tidak mencukupi. Saya lebih takut diseksa kerana berdosa semasa hidup, berbanding stigma terseksa kerana tubuh dibedah selepas mati. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana semua ini tidak bermakna lagi, selepas hidup berganti mati. Letakkan diri di alam mati, tahulah nilai hidup memberi ~ Saifulislam .

*derma inilah yang paling payah kan. Ah...

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 23, 2012

bila CPU lembab

Cuti memang sentiasa mengalih rutin. Tetapi perubahan rutin waktu cuti, sentiasa menyeronokkan.

Alhamdulillah.

Biarlah pipi dah macam belon pun, tetap makan free tak akan ditolak. Rezeki. Berkumpul dengan ipar duai biasanya menyeronokkan. Walau pun rumah cuma berselang pintu beberapa buah sahaja, tetapi dek sibuk dengan rutin hidup seharian masing-masing, tidak juga berjumpa dan bersua muka. Cuti-cuti beginilah bila ipar duai dari kawasan lain turun ke KL, berpeluang berjumpa dan bertukar cerita.

Normah, awak citerlah , cerita yang awak beritau tu dulu, pasal ayah yang anaknya sakit tu....

Saya kira biras saya ini antara wanita yang cantik dalam keluarga belah suami. Ada kalanya saya lihat wajahnya seperti Era Fazira.

Cerita apa? Yang mana?

Ah, sudah, cerita apakah yang saya kisahkan sebelum ini. Sedikit pun tak teringat di kepala.

Cerita yanga hari tu, pasal ayah yang menyalahkan orang lain, bila anak dia sakit tu...

La... saya memang sudah hilang ingatan langsung tentang cerita itu.

Ya, ya, Kak Ah pun ingat, cerita yang Normah citer tu dulu...

Biras lain pula yang bersuara. Aikk, kenapa orang lain boleh ingat, saya pulak tak ingat. Something is really wrong with me somewhere.

Normah tak ingat lah Normah citer apa dulu.

Ai, story teller pun tak ingat citer apa yang diceritakan ni, camana?

Tu, la, banyak sangat bercerita, dah tak ingat citer yang mana.

Bahaya lah pulak rasanya. Pipi macam belon, CPU pulak lembap . Belum lagi dapat kad warga emas, situasi sudah agak mencemaskan.  Ish  :(

*lambat mengupdate entri kerana tiada yang luar biasa walau di luar rutin,



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 22, 2012

ah...

Kenal nenek Ton yang riuh tu? Rumahnya di hujung jalan ni. Selalu dia ke rumah sini kalau kita buat kenduri kendara.

Saya cuma menumpang dengar. Abang dan kakak ipar menggeleng kepala. Emak saudara meneruskan cerita.

Sekarang ni menantu dia tu hantar ke pusat orang tua. Masa baru-baru dia masuk, Cik Amah ada juga gi tengok dengan makcik Jenab. Melolong-lolong dia mintak keluar , nak balik ke rumah. Suruh beritau anak-anak dia supaya ambik dia. Sekarang Acik tak gi tengok dah. Sebab tak sampai hati menengok dia.

Sambil dia bercerita, dia menyeka air matanya.

Emak mertua di sebelah yang mendengar turut sama bergenang air matanya. Sedih. Dan sedih itu juga tergantung sama di hati saya, walau saya tidak kenal siapa nenek Ton itu.

Anak dia berapa orang?


Sibuk saya bertanya. Yalah, saya pun hanya punya anak seorang sahaja. Nasib di masa tua tak siapa tahu, tapi secara halusnya saya rasa juga kebarangkalian untuk menerima nasib hampir sama itu sentiasa ada. :(

Anak-anak dia enam orang. Tapi bila jumpa anak sulungnya suruh ambiklah jaga emaknya, dia kata kami orang adik beradik ni semuanya dah ada anak , cucu sendiri dan ada masalah serta hal masing-masing. Siapalah yang boleh nak jaga emak tu?

Ah...

:(

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 21, 2012

macam belon di Melaka

Cuti lagi.

Best!

Baru kerja 3 sen, cuti pulak 10 sen. :) 1Malaysia lah katakan, jadi orang bercuti untuk beraya , kita pun menumpang sama lah kan.

Kita ni, kan kalau Allah tak uji, tak pulak nanti kita ingat kat dia, kan, Normah.

Saya senyum mengangguk sambil menunggu beg plastik hijau itu diisi dengan kuih bahulu sebesar tapak tangan. Masa mudanya memang cantik berseri. Kulitnya cerah dihiasi kedut-kedut matang menambah manis. Ayat-ayat yang keluar dari bibirnya laju selaju tangannya.

Orang Melaka. Tangkas mulut dan tangannya.

Berkenduri doa selamat malam ini, insyaAllah, tajaan ayah mertua di Melaka di rumah emak saudara. Niat dia mengumpul anak menantu, saudara mara di Melaka.

Menjamu seleralah nampaknya di Melaka , cuti raya cina ini.

Wah, kenapa Normah engkau dah macam belon ni?

Bab itulah yang tak seronok bila berjumpa sedara mara yang sudah lama tak berjumpa.

Adoi!!


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 20, 2012

hati kering

Ombak rindu menjadi tajuk kami waktu itu.

Saya dan si Noorul dalam kem minoriti. Dan yang lainnya di keliling kami adalah puak majoriti yang hati mereka me'layu' menonton ombak rindu melanda. Warna dunia bukan sekadar hitam atau putih, dan perbezaan warna hati yang terkesan dari pandangan mata masing-masing sentiasa memeriahkan lagi hidup, bukan begitu?

Suasana tadi , mengingatkan saya pada Ombak Rindu, bukan tentang kisah Ombak Rindu itu, tetapi kisah warna hati saya.

Saya memang berhati kering. Tetapi, alhamdulillah tidaklah buta hati langsung terhadap perasaan.

Saya minta maaf. Saya ni cememeh.

Dan dia peluk saya tanpa saya sangka. Air matanya mengalir. Perutnya yang memboyot menyukarkan saya untuk mendakap dia dengan lebih erat. Saya tidak ingin seperti hari itu. Memeluk dengan tidak kemas, seolah dakapan saya kosong dan hambar. 



Dalam saat sahabat sedang bersedih, kadang, kata-kata tidak perlu diungkapkan. Dan saat itu memang tiada baris ayat yang dapat saya ungkap. Mati akal.

Membiarkan airmata mengalir sebenarnya membantu menyembuhkan luka . Ubat mujarab.

Saya memang berdoa Allah beri yang terbaik untuk saya. Inilah yang terbaik. Walau pun saya tidak nampak kebaikannya hari ini, saya tahu inilah yang terbaik untuk saya.

Dia bersuara lembut sambil menyeka air matanya selepas babak mendakap erat , tamat.

Ayat inilah yang menyentuh hati saya. Dan saya kira ia akan bergema dalam jalur hidup saya selamanya. Meredhai ketentuan Allah dengan yakin dan pasrah bahawa sememangnya semua yang Allah garis serta noktahkan dalam hidup kita adalah yang terbaik untuk kita, tanpa rasa syak wasangka di atas keadilanNya. Dan rasa kasih terhadap sahabat ini tambah mendalam.

Moga Allah beri kita kebahagiaan hidup dunia akhirat dan dimudahkan segala urusan kebaikan kita.

Salam petang Jumaat, rakan-rakan semua.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 19, 2012

cucuk mencucuk

Masa memang sungguh cepat berlalu , kan.

20, 30 atau 40 tahun itu , bila dikenang dalam ingatan, seperti sekelip mata. Pelik, kan. Perasaan itu seperti perasaan kita dalam mimpi, sekelip mata. Padahal bila ditulis dan dilalui , bagi kita yang bernama insan ini, ia berlaku lama dan berliku. Cuma bila ia bertukar menjadi kenangan, ia seperti kelipan mata sesaat.

Seriously, cikgu, cikgu cucuk ya?

Yalah tu. Cucuklah sangat.

Doktor muda di depan saya ini saya pandang. Berisi sedikit badannya setelah bernikah. Walau waktu pernikahannya tidak diberitakan pada saya, tapi saya pun sedia maklum, manusia ada sisi sifat lupa terutama dalam keadaan atau situasi yang diluar jangka seperti sedih amat atau gembira sangat. Ada rakan guru yang sempat menghadiri majlis nikahnya dulu dan dari merekalah saya tahu bekas anak murid ini sudah menikah.

Betul-betullah cikgu. Umur cikgu berapa?

Saya membuat congakan di kepala, konon-kononnya. Sambil mata memandang syiling. Sejak menjadi guru Matematik secara bidan terjun ini, kerap juga aktiviti mencongak mengambil tempat dalam kepala. Hikmahnya menjadi bidan terjun :)

Tahun ini 46 lah. La... lagi 4 tahun nak 50 dah. Boleh dapat kad warga emas :)

Merepek aja, kan. Warga emas kan , umurnya 60 tahun ke atas. Hehehe ... dalam kepala saya menggelakkan diri sendiri.

Hahaha. Nanti cikgu beratur , orang suruh cikgu masuk barisan lain lah pulak. Cikgu ada makan apa-apa tak? Serious, la, cikgu nampak muda.

Perkataan keramat!!!

Nampak muda. Yeah...! Hati saya berbunga setaman. Hidung saya kembang semangkuk.

Taklah. Mana ada makan apa-apa. Tapi ....

Dia pandang, menunggu petua keramat keluar dari bibir saya. Kalau saya sebut apa aja pun, mesti doktor muda ini akan percaya rasanya.

.... lutut saya ni sakitlah.

Haha, kedut wajah boleh dilindung tapi, sakit lutut penanda dah tua, tetap tak boleh disembunyi, kan. :)


*tq Charlie for the free consultation . Nice meeting you. 


 ~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 18, 2012

hampir nak sama

Tak naklah malu dua kali seperti masa mengidam ayam goreng haritu.

Jadi, kali ini lebih berhati-hati. Saya jenguk dompet. Alhamdulillah. Berisi. 

Berapa dik?

Dan senyum pun saya ukir seikhlas mungkin. Pagi lagi, klinik pun baru sahaja dibuka.

RM30 , kak.

Memang sekarang ini, segalanya mahal sungguh. Jumpa beberapa minit sahaja, tepuk sini tepuk sana dan guna alat paling 'canggih', stetoskop yang tergantung di leher itu sahaja pun, sudah mencecah tiga puluh.

Saya nampak ada dua jenis pil yang diberi, pil untuk sakit perut dan pil untuk cirit.

Saya hulur not ringgit pada cik adik di kaunter. Dia diam memandang saya.

RM30,  kak.

Eh?

Dalam hati saya mulalah nak berkata.

Tak ada dik, akak tak ada duit kecik. Ada lima puluh ni aje lah. 

Saya menggoyang lembut not ringgit yang saya hulurkan. Meminta dia mengambil saja not tersebut dan berikhtiarlah sendiri mencari duit baki. Doktor di dalam itu mungkin ada duit kecil, fikir saya.

Dia senyum.

Saya lihat not ringgit saya yang tidak laku itu.

Ya Allah! Tepuk dahi. Ini duit seringgit yang saya hulur pada dia. Bukan duit lima puluh ringgit. Patutlah tak laku duit ini.

Sori-sori... sambil senyum dan menghulur not lima puluh yang sebetulnya. Tetiba teringat adik McD dulu.

*warna duit seringgit dan limapuluh ni bila dilipat bersama, hampir nak sama je kan.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 17, 2012

konon....

Jarang , sebenarnya mendengar radio Ikim waktu pagi, KECUALI waktu hendak ke sekolah, pada sekitar pukul 935 am. Selalunya mendengar radio Ikim ini waktu lepas solat Maghrib, sebab menghantar anak ke kelas tuisyen. 

Tapi, sudah 2 kali saya berjaya mendengar radio Ikim waktu 8 pagi. Rupanya ada doa solat Dhuha yang diputarkan waktu itu, nyanyian kumpulan nasyid Unic. Itu pun, kerana terpaksa menghantar anak untuk latihan rumah di sekolahnya waktu 7.50 pagi dan sewaktu perjalanan balik, doa ini yang sedang berkumandang di radio Ikim. Best dan syahdunya. 

Tak percaya?

Cer dengar.



Betulkan, seperti yang  saya bilang? 

Ah, teruja mendengar doa tersebut. Dan biasalah ..., iman yang seperti graf gelombang bunyi dalam dada ni, kan, solat dhuha ini, sebenarnya bagi saya sukar juga hendak diistiqamahkan. 

Tak kira, balik ni, terus nak ambik wudhu' nak solat dhuha la. Ni kira belated azam untuk tahun 2012.

Ayat itu berulang-ulang terngiang dalam kepala sepanjang memandu balik ke rumah , macam pita kaset rosak yang berputar-putar. Maklumlah, kan. Saya rasa , graf iman saya waktu itu sedang dipuncaknya. 

Semangat sungguh. Ish...ish...ish.

Sampai di rumah, gantung kunci kereta, tutup pintu pagar, naik tangga dan terus ke bili air. Nak bersolat kenalah membersihkan diri dan berwudhu'. Bukan gitu?

perihal solat sunat dhuha


Ahhhhhhhhhh......

Sebaik melangkah nak menutup pintu bilik air, baru teringat ...., bukan dari semalam ke bendera merah sedang berkibar?

*tengah semangat nak jadi baiklah ni, uzur syarie dan tak leh nak bersolat pulak . grrr

Jalan menuju kebaikan, memang dipenuhi ranjau dan duri, ...konon.




~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 16, 2012

mengidam kepak ayam

Tahun ini saya diberi peluang mengajar Matematik Ting. 2. Sudah berpuluh tahun rasanya tidak mengajar Matematik. Dek sebab kekurangan guru Matematik di sesi petang di sekolah, jadi saya turut memeriahkan dan meramaikan guru Matematik. 

Dah berkarat sebenarnya, teknik mencongak dan mengira ni. Nasib baik, setakat budak menengah rendah, bolehlah lagi nak tunjuk terer :)

Jadi tahun ini saya mengajar Chemistry Ting. 5 dan Matematik Ting. 2. Kombinasi yang menarik . Alhamdulillah.

Bungkuskan untuk saya Nasi Goreng Nyonya tak nak pedas, satu. Mee Goreng Mamak, satu. Set karipap daging, dua. Set kepak ayam goreng , satu. Pas tu, minum kat sini teh O ais limau.

Dalam kepala, saya mula mencongak jumlah ringgitnya nanti yang perlu saya keluarkan dari dompet. Kemahiran mencongak dua tiga hari di tahun baru ini memang saya aplikasikan sungguh. Orang kata ilmu itu mesti dipraktikkan, bukan begitu?

Nasi Goreng Nyonya, lebih kurang, RM8, mee goreng mamak RM7,  dua set karipap RM5, teh O ais limau RM3 dan set kepak ayam RM8. Ah, tak sampai RM50. Okay lah tu.

Er... kejap ya.

Si waiter terhenti menulis. Ke belakang sebentar dan muncul kembali selepas itu.

Kepak ayam goreng tu  tak adalah, akak.

Hati saya merengus. Geram juga. Dah terbayang hendak meratah kepak ayam di rumah sambil menaip entri ini. Musnah angan-angan... ish. Ni lah kedai Melayu, tulis dalam menu bukan main lagi, bila order, asyik memanjang tak adalah, dah habislah. 

Wah... terasa si setan dok membisik kat telinga, membantu marah yang sepatutnya tidak ada, membara perlahan. Panas di luar membantu temperature  dalam dada meningkat.

Emm, tak apalah.

Tak ada senyum pun di bibir saya. Walau dalam blog dan beberapa entri , bukan main lagi menulis, senyum itu sedekah, kawan-kawan.

Menunggu tak lama. Memang kedai makan ini, agak efisien dan bersih . Kerana itu saya sering ke sini. Sering itu perlu di bold kan. :)

Berapa , dik?

Dia yang saya panggil adik ini pun mula menekan-nekan kalkulator. Sambil itu saya mencongak semula dalam kepala. Ish, benda semudah itu pun kena pakai kalkulator jugak, budak zaman sekarang ini. :(

RM 23,  kak.

Tak habis lagi disebut, saya sudah tahu. Tanpa set kepak ayam goreng, tak sampai RM30. Kalau set kepak ayam goreng itu ada tadi , jumlahnya mestilah RM32.

Saya keluarkan dompet saya.

KOSONG!

Ah, sudah!! Yang ada, kad-kad ATM, IC dan pelbagai kad diskaun. 

Muka saya dah panas. Tapi, biasalah, .... cikgu, kan. Buat rilek je.

Saya jengok dalam hand-bag, sebab selalu juga membaling not ringgit dan syiling tanpa menyusun dalam dompet.

Alhamdulillah.

Ternampak gumpalan not merah . Saya tarik keluar. Ada dua keping. Jumlahnya RM20. Kurang lagi RM3. Selak semula dompet, bahagian syiling. Bagai lagak orang sedang memecah duit tabung, saya taburkan dan kira bersama adik cashier.

Phewwww!

Cukup RM23!! Malah ada lebihan lagi duit syiling itu. Nasib baik! 

Muka saya merah. Malu dan sesal. Kahkahkah. Nasib baiklah set kepak ayam goreng itu tak ada tadi. Kalau tidak mana nak cekau RM8, di situ? Lagilah malu, kan. Kena balik rumah , pecah duit tabung ayam lah pulak. Hahaha.

moral of the story?

Jangan beli set kepak ayam goreng. :)

*hari ini hari gaji , kan, buat kaki tangan kerajaan. bukan gaji sbpa, tapi masih ssm :) tak kisahlah, yang penting , gaji masuk....

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 15, 2012

tak minat

Tengahari.

Berjalan mencari makan di Jaya Jusco AEON, AU2, Keramat Kuala Lumpur. Sudah lama juga tak ke sini. Pasaraya sudah berlambak di sekitar kawasan rumah dan dibandingkan dengan Carrefour dan Wangsa Walk Mall, saya lihat Jaya Jusco AEON ini seolah kurang meriah. 

Satu ketika , ia meriah dengan kawasan latihan dan pesta AF (Akademi Fantasia) yang terakhir dulu. Disebabkan itulah, saya jarang sangat hendak ke sini.

Kalau ke Wangsa Walk Mall itu, saya kerap juga ke sana kerana saya ini kaki wayang dan ada laluan kedai menjual handphone serta aksesori dan tidak lupa juga kedai buku Popular. Jadi , ada tempat dan tujuan yang membawa saya menjejak kaki ke sana. Ke Carrefour pula saya selalunya mencari baju kurung sedia dijahit atau paling tidak pun mencuci mata melihat pakaian ready-made.

Tapi, Jaya Jusco AEON Keramat ini tidak dapat menangkap minat saya. Dan lebih menyedihkan banyak betul tapak-tapak kedai yang telah ditutup di Jaya Jusco AEON Keramat ini.

sumber


Kesian.

Kesian kat siapa? Entah. Kesian kepada penyewa tapak kedai itu lah, kut.

Saya tidak pandai berniaga.

Tapi , saya fikir,  jatuh dalam perniagaan memang sangat memeritkan. Dan mereka yang dapat bangun semula dari kejatuhan itu, pastinya handal dan kuat.

Kepada semua peniaga di luar sana yang tulus dan amanah dalam perniagaannya, moga Allah melipatgandakan rezeki anda semua :)

Salam Ahad yang panas dan ceria.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 14, 2012

tips mendapat cinta

Bercakap ikut sedap mulut dan menulis ikut panas hati.

Keduanya memang tak patut. Apa yang dicakap dan ditulis waktu itu , sebenarnya akan memperlihatkan sikap dalaman diri si pelaku. 

Wah... membalas mesej semasa dalam keadaan geram dan membacanya semula selepas itu memang menyedarkan diri saya semula. Ketuk kepala kat dinding sekejap dan mohon maaf dari si penerima dan ampun Allah atas keterlanjuran.
Kalau kita berusaha mendapatkan cinta Allah, kita akan mendapat cinta manusia juga  ~ Ustaz Pahrol Juoi: Radio Ikim
Memandu ke sekolah di pagi Sabtu ini tadi, sambil mendengar radio Ikim, terlantun ayat-ayat ini dalam fikiran saya berkali-kali. Secara logiknya memang begitulah, kan. Mana ada dalam usaha mendapat cinta Allah , kita akan melakukan perkara yang buruk. Pasti segalanya kita cuba sedaya mungkin untuk membuat yang baik dan terbaik. 

Hasilnya?

Mestilah yang disenangi oleh manusia lain, insyaAllah.

Tapi, kalau menulis ikut panas hati? Panas jugalah hati insan yang membacanya.

Aku tak kira. Yang penting hati aku puas meluahkan. Peduli apa, dia tu siapa. Dia belum tahu aku ni siapa. 

Nada bongkak yang ketara kan.

Bila kita membaca sebagai orang luar yang waras, jelas sekali tergambar, angkuh dan bongkaknya manusia ini kan.

Hanya orang bodoh sahaja yang bongkak, sebenarnya, ...

Wallahualam.

*tajuk memang tak kena entri :)

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 13, 2012

trauma

Hujan makin lebat di luar. Hari Jumaat yang dingin.

Moga Allah memberi kita keselamatan hidup di dunia ini dan di akhirat nanti, dan moga Allah memakbulkan doa-doa orang yang teraniaya. Moga Allah memberi hidayah dan menunjukkan jalan yang benar ke atas semua insan yang telah dan sedang melakukan kejahatan di atas muka bumi ini dan mengekalkan hidayah itu hingga kematian menjemput kita semua.

Setiap kejadian , ada pengajaran dan sebab tersendiri. 

Kisah Wardina ini sangat menyentuh hati. Saya pasti ramai yang telah membacanya.
... saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi. ~ Trauma 

Salam Jumaat , rakan-rakan semua.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 12, 2012

Threaded Comment di Blogspot

Wah teruja sungguh saya tadi, bila membuka blog sendiri dan membaca komen dari rakan-rakan. Walau pun sebenarnya tak banyak mana komen itu, keterujaan saya bukan kerana bilangan pengomen.

Habis tu, kenapa?

Melihat threaded comment  oleh blogspot. Setelah sekian lama, kan. Rupanya, terpaksa juga blogspot menyisipkan threaded comment dalam sistemnya, setelah ramai rasanya blogger sedunia yang mencari alternatif lain bagi membina blog disebabkan kekurangan ini.

lihat butang Reply dan Delete itu !!

Ha, mulanya pelik juga menengok ada button untuk Reply  dan Delete di bawah komen. Dan bila dicuba, inilah hasilnya.

kisah sebabak 

Best jugak.

Tak perlulah nak mengubah segala kod-kod CSS (?) *pakai hentam je mengguna istilah ini* bagai, hendakkan threaded comment seperti dalam medium Wordpress itu kan.

Tapi, malangnya tanda waktu yang termateri itu macam tak betullah pulak. Dah godek-godek mana yang patut dan mana yang tahu, tak juga berjaya. Tak apalah, biarkan saja. Buat pe nak pening kepala pada benda yang tak penting ini pun.

Ada satu lagi tapinya, bila meronda ke blog rakan-rakan yang guna blogspot seperti saya , ramai yang comment features  tak seperti saya terima ini pulak. Saya lihat yang guna kotak komen jenis pop-up , memang tidak punya threaded comment. Nampak gayanya, kenalah bertukar ke kotak komen jenis lain pulak ya.

berita dari Buzz Blogger

Suka lah pulak... :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kekasih hati diambil orang

Saya nak awak keluarkan buku dan baca! Jangan ada yang bercakap.

Typical seorang guru tua , kan. Dengan berat hati dan lemah tangan , masing-masing mengorek-ngorek buku dalam beg . Hilanglah peluang untuk bersembang nampaknya, mungkin itu yang terlintas di kepala mereka.

Merelief rakan yang tidak hadir ke sekolah hari ini kerana kurang sihat. Biasalah, hari ini hari dia, esok lusa tak tentu lagi, mungkin giliran kita pula tidak dapat hadir ke sekolah atas urusan tersendiri.

Jadi, sebenarnya saya memang tidak kenal anak-anak murid di hadapan ini. Setelah berjaya menunjukkan kuasa, saya duduk di meja guru, bertentang mata dengan tiga orang budak lelaki yang kelihatan pura-pura membaca.


Cikgu..


Ya?! 


Dulu, cikgu memang cita-cita nak jadi cikgu ke?

Muka budak yang bertanya ini serius. Memandang tepat ke mata saya. Ah, pelajar sekarang memang berani. Tidak kecut perut pun memandang wajah gurunya. Tidak seperti saya dahulu. Hendak meminta kebenaran ke tandas pun terpaksa berfikir beribu kali dan mengarang ayat paling rapi.

Taklah...

Saya lihat wajahnya hairan. Bagaimana mungkin orang dewasa ini tidak bekerja seperti apa yang dicitanya semasa belajar dahulu. Ah, budak mentah. Saya pun seperti dia dahulu, bercita-cita sekian, sekian, dan yakin sungguh yang hidup saya nantinya seperti yang dicita dan dikejar sepenuh hati dulu. Waktu usia 15 tahun. :)

Saya dulu .., bercita-cita nak jadi isteri Perdana Menteri Malaysia! Tapi sayang, Datin Seri Rosmah dah kebas....

Mulut budak itu melopong.


*memang best merepek ngan bebudak ni .

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 11, 2012

kisah sebabak ...

Antara anugerah Allah paling berharga , saya kira, dalam hidup saya sekarang ialah dikurniakan rakan-rakan yang begitu mengambil berat.

Kak Normah ...  kenapa ni, kak Normah? Macam sibuk sangat ?

Nasib baik ada yang perasan. 

Saya dah jadi macam sprint woman sebelum tu ke blok D paling atas, turun balik ke blok B dan berlari pulak ke bilik Penolong Kanan. Benda yang saya cari tak juga saya jumpa. Dada turun naik kencang, berombak. Hidung dah kembang kempis dan badan dah basah kuyup melebihi dari biasa. Bau badan jangan katalah , kan. 

Sebenarnya sejak dari awal sebelum itu hendak juga meminta tolong dari sesiapa. Tetapi , suara tersekat di kerongkong, terasa tidak mahu menyusahkan orang lain dalam masalah saya.

Tetapi , sesungguhnya saya rasa saya masih ingat saya letakkan benda itu di atas meja sebelum ke kelas.

Kak Normah cari hand bag kak Normah. 

Ha... ??

Suasana sudah jadi agak panik. Atau pun sebenarnya saya yang terlebih panik?

Kali terakhir kak Normah bawak kemana?

Sebenarnya soalan itu sudah diulang siar berkali-kali dalam kepala ini pada setiap langkah sewaktu  menjadi sprinter  menjangkau anak tangga,  naik dan turun di blok D itu, seterusnya ke blok B dan berakhir di bilik guru  di blok A waktu itu. Malas hendak menjawab sebenarnya. Hahaha. Memang tak patut...

Entahlah ya... 

Jawapan paling mudah mematikan soalan seterusnya.

Tapi , tadi saya tengok kak Normah ke kantin, kak Normah ada bawak hand bag tu. Kat kantin kut, tertinggal...

Kawan yang lain pula tolong fikirkan. Ah, masalah kalau dikongsi fikir mungkin akan jadi ringan kan. 

Cuba Kak Normah ingat balik. 

Kawan pertama tadi mengarah saya mengingat semula. Dua tiga rakan yang kebetulan lalu dan duduk berhampiran mula mendekati. Saya rasa macam primadona pula, yang dikelilingi peminat-peminat.

Yalah kut, nanti Kak Normah gi tengok..

Saya pun berjalan ke arah pintu keluar. Hati saya tambah berdegup kencang. Khuatir, kalau-kalau kawasan terakhir yang akan saya tuju ini juga menghampakan hati. Sudah mula terbayang penantian dan perjalanan ke Jabatan Pendaftaran membuat IC , lesen kereta dan segala mak nenek kad yang ada dalam beg duit. Bukan hand bag murah itu yang dikisah sangat.

Dari jauh saya dengar kecoh-kecoh suara orang bergelak dan bertanya.

Engkau tahu ke Nurul kat mana hand bag kak Normah?

Saya dengar suara rakan yang nampak saya ke kantin bersama hand bag itu bertanya.

Rakan bernama Nurul itu sudah tersengih memanjang. Saya bergerak ke arah Nurul, saya peluk Nurul. Tapi tak boleh nak peluk kuat-kuat, sebab badan saya dah berjeruk dengan peluh dan cuka pun saya kira kurang masam dari bau badan saya.

Betulke ? Awak tahu beg kak Normah kat mana?

Yelah, saya nak mencelah tadi. Nak beritahu kak Normah. Tapi semua orang sibuk bercakap, tak sampai hati nak interrupt.  

 Ha? Tak sampai hati... What the fish ???  :-D

Fairose nampak beg kak Normah atas meja tadi. Dia takut beg tu hilang. Dia tolong sorokkan.

La... Kak Normah memang selalu letak atas meja tu lah. Tak sangka pulak ada orang yang ambik berat sangat dan  nak simpankan.  Tapi,  apa pun terima kasih banyak -banyak. :)


Moral of the story ? ... tolong simpan  pewangi spare dalam laci meja, ok !! Kita tak tahu siapa yang kita akan peluk hari itu  :)


*lega macam baru jumpa anak yang hilang.


~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 10, 2012

nak peluk kuat-kuat

Kalaulah awak tahu yang awak hanya punya setengah jam sahaja lagi untuk hidup, apa yang awak akan buat?

Waktu ke 8 di sekolah semalam, iaitu lebih kurang dalam pukul 11 pagi lebih. Mengajar seperti biasa. Tapi biasalah, bila sudah tua-tua begini, kekadang fikiran jadi melompat-lompat dan terus bertanya pada anak-anak murid di hadapan.

Solat , cikgu.

Berzikir ...

Hendak pulak budak-budak ini melayan saya. :)

O ya ? Sempat lagi nak solat ya ? Mmm, kalau saya, saya rasa dalam saat-saat terakhir tu, saya nak peluk suami dan anak saya kuat-kuat. Nak beritahu yang saya sayangkan mereka dan minta mereka maafkan segala salah silap saya.

Hahaha... macam drama lah pulak kan.

Bukan ada hadis ke yang kata, kalaulah kiamat tu datang, dan waktu itu ada benih di tangan, hendaklah kita terus menanam benih tersebut, walau dalam keadaan kacau bilau itu dan kita tahu benih tersebut mungkin tidak sempat pun mendatangkan hasil?

Sebenarnya, saya kira , kita tak tahu pun bila kita akan mati. Kadang-kadang dalam semua orang menjangka yang si dia akan menghembuskan nafas beberapa ketika sahaja lagi, Allah panjangkan umurnya pula. Dan selalu juga, kita sangka orang itu sihat walafiat, menjalani hidup yang teratur segalanya, tetapi usianya tak panjang dan sekelip mata Allah tarik nafasnya.

*Jadi, cikgu normah, apa sebenarnya yang cikgu Normah nak tulis ni? *

Hahaha, nak mengingatkan diri saya sahaja, jangan terlepas pandang benda-benda yang saya rasa biasa dan rutin, tapi hendaklah sentiasa sedar, bila-bila masa sahaja, yang biasa dan rutin itu akan dirindukan nanti.

Salam pagi Selasa, pagi yang  kelihatan mendung di luar :)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

bertuah sungguh budak ini ...

Tahun 1989 secara rasminya saya telah tamat belajar di salah satu pusat pengajian tinggi tempatan.

Walau bagaimana pun, sukar juga mencari pekerjaan waktu itu.

Tetapi bila dikenang semula, sebenarnya saya antara ramai yang bertuah sungguh, kerana ditakdir Allah menjadi wanita yang berupaya belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi dan berupaya memilih jalan hidup sendiri.



In 1989, I made my first visit to a very poor region on the north bank of the middle reaches of the Yellow River. (pg 49) 

"Doing a baby girl is not a big thing around here. You city folk are shocked the first time you see it, right? " the older woman said comfortingly, obviusly seeing how shocked I was. 

"That's a living child!" I said in a shaking voice, pointing at the slops pail. I was still so shocked, I didn't dare to move. 

"It's not a child," she corrected me. 

"What do you mean, it's not a child? I saw it." I could scarcely believe that she could tell me such a blatant lie! 

"It's not a child. If it was, we'd be looking after it. wouldn't we?" she interrupted. "It's a girl baby, and we can't keep it." 

"A girl baby isn't a child , and you can't keep it?" I repeated uncomprehendingly. 

"Around these parts, you can't get by withouth a son. You don't have anyone to burn incense at the ancestor's shrine. But it's not just that. You don't get the extra land given to you either. If your child just eat and don't earn, you have no land and no grain, then you might as well starve!" 
She looked at me and added:"You city folk get food from the government. We get our grain ration according to the number of people in the family. Girl babies don't count. The officials in charge don't give us any extra land when a girl is born, and there's so little land that the girls will starve to death anyway." - page 56 
~ Message from an Unknown Chinese Mother by Xinran
**Doing a baby girl - membunuh bayi-bayi perempuan

Ramai lagi wanita dan anak-anak perempuan yang tidak punya pilihan seperti saya dalam hidup mereka atas dasar budaya dan cara hidup bangsa mereka, sebenarnya. Pilihan pahit bagi si ibu dan wanita-wanita ini yang terpaksa membunuh bayi-bayi perempuan mereka sendiri atas dasar budaya dan cara hidup.

Teringat kisah Umar al-Khattab yang tersenyum dan menangis mengenang dirinya membunuh anak perempuannya sewaktu di zaman jahiliyah beliau.

Kisah dalam buku ini bukan kisah 1400 tahun dahulu, tetapi kisah di zaman sekarang , zaman moden ini. Bukan kisah khayalan, tetapi kenyataan benar dari penulis yang mengumpul  dan berjumpa dengan wanita-wanita yang teraniaya ini. Bersyukur sungguh lah kita yang tidak terpaksa melalui kehidupan wanita-wanita  seperti di negara China itu. 

Saya dan anda, wanita-wanita yang sedang membaca ini,  memang sungguh-sungguh bertuah.

Salam pagi Isnin :)

*sedih baca buku ini *

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 7, 2012

banding gaji

Kak Normah dah tengok skim gaji yang baru?

Saya mengangkat kepala mencari suara yang bertanya. Orang di depan mata rupanya. Kecil molek. Dari suaranya saja kita tahu orangnya bukan calang orang, tegas dan teliti. Maklumlah cikgu matematik tambahan.

Saya ni, matematik tak tambahan pun ada masalah, inikan pula matematik yang di'tambahan'. 

Tak lagi, kenapa?

Tu lah, tadi tumpang tengok Kak Ani print di bilik komputer. Banyak juga bezanya.

Pause sebentar. 

Saya tunggu lagi sambungan ayatnya. Bab-bab duit dan gaji sentiasa menarik minat.

Orang yang senior senior, yang dah tinggi-tinggi, memang banyak lah gaji diorang.

Ah, saya belum senior lagi, dan belum tinggi lagi. Kali terakhir mengukur tinggi, tetap 162 cm.

Oh ya ke? Elok lah pun, gaji tu lah nanti nak beli ubat darah tinggi, ubat sakit jantung, sakit lutut, sesak nafas.  Maklumlah orang senior. Adillah tu kerajaan bagi tu....

Saya mengarut lagi . :)

*gaji besar mana pun, kalau tak berkat, tak kan cukup jugakkan.  hehehe. (nak menyedapkan hati )

Selamat bersantai bagi yang berpeluang bersantai di pagi Sabtu ini.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 6, 2012

ujian

Life goes on, and we forget..

Betul, kan.

Waktu melihat jenazah di depan mata, air mata deras mengalir. Hati sebak. Sedih. Kita tahu kita juga akan menyusuli nanti. Dan, melangkah ke rumah masing-masing, kita berazam untuk menjadi lebih baik dalam tindak tanduk dan amal.

Tapi, semakin masa beredar, sedih itu pun mula menghilang basahnya, dan kita pun lupa.

Dan amal masih seperti hari semalam dulu juga. Sebenarnya saya mengata diri sendiri, janganlah ada yang terasa.
The reality is we can’t choose our tests. I find it amazing that our tests are individual-specific. Allah is Most Wise and when He tests one with poverty while testing another with illness, there is actually wisdom in it. Testing the first person with illness instead of poverty wouldn’t have the same affect. ~ At the very Least, be Grateful : Andrea Umm Abdullah

Ujian atas sesiapa pun memang berbeza. Kenapa? Tidaklah perlu ditanya kenapa. Itu kuasa dan keadilan Allah yang hakiki.

Bila diuji, pastinya bagi saya ada satu perkara yang akan sering menghinggap dan melekat dalam hati.

Kebergantungan.

Berdoa jadi lebih khusyuk dan memohon sesungguhnya dari hati. Itu yang manisnya bila dikenang. Walau tidak ingin diuji sebegitu rupa, tetapi keindahan pergantungan itu yang dirindukan.

Bila tenang dan bahagia seperti ini?
Remember that Allah tests us with good and bad. In good times, be grateful and in hardship, be patient.

Bersyukur dan bersabar .

Salam  petang Jumaat kawan-kawan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 5, 2012

perempuan memanglah sensitif

Pakai tudung baru kak normah?

Wah, ada juga orang yang perasan tudung baru saya ini setelah puas berjalan mudik  ke hulu dan ke hilir dalam bilik guru.

Hahaha... jangan ada yang muntah lah pulak membaca entri saya malam ini.

Bukan tentang tudung baru yang hendak saya tuliskan. Tudung masa sale, apalah yang hendak dibanggakan. Orang lain beli tak yah ber sale pun, tak ada kecoh sekampung.

Nak menyentuh tentang satu sifat yang saya kira ia unik sungguh bagi kita perempuan.

Sensitif dengan perubahan orang sekeliling.

Bukan sensitif tidak bertempat. Sensitif dengan perubahan yang positif dan perubahan yang negatif. Terutama, dan terlebih lagi bab-bab naik badan, turun badan, baju baru, hand bag baru, gelang baru... :)

Bab kereta baru? Itu, saya kira lelaki dan perempuan memang sensitif .

Bagus ke?

Bagus kalau ia dapat mengeratkan ukhuwwah. Memuji secara ikhlas tanpa berlebihan. Kerana pujian yang ikhlas boleh kita rasa dari nada suara dan gerak mata. Dan ia sentiasa membuat harga diri si penerima meningkat. Itu satu cara membantu rakan, sahabat, saudara dan kerabat kita membina jiwa yang positif.

Kadang, pujian positif ini bukan terhad kepada bahan material yang tersangkut di badan sahaja. 


Beautiful Lotus


Pelbagaikan pujian positif kita. 

Melihat kekuatan dan kebaikan dalam diri orang lain dan kita beritahu secara jujur supaya dia tahu. Perkara yang benar dan bukan rekaan. Biar pun ia kecil dan seolah tidak signifikan pada kita, tetapi mana tahu, perkara itu yang akan diingat oleh insan yang kita puji itu sepanjang hayatnya. Lebih manis lagi, kalau pujian itu menjadi landasan bagi si dia untuk mencapai kecemerlangan hidupnya.

Dan niat kita juga mesti betul, membantu rakan dan insan terdekat mendapat aura positif kerana Allah.

Salam di malam Jumaat. 

:)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...