Antara anugerah Allah paling berharga , saya kira, dalam hidup saya sekarang ialah dikurniakan rakan-rakan yang begitu mengambil berat.
Kak Normah ... kenapa ni, kak Normah? Macam sibuk sangat ?
Nasib baik ada yang perasan.
Saya dah jadi macam sprint woman sebelum tu ke blok D paling atas, turun balik ke blok B dan berlari pulak ke bilik Penolong Kanan. Benda yang saya cari tak juga saya jumpa. Dada turun naik kencang, berombak. Hidung dah kembang kempis dan badan dah basah kuyup melebihi dari biasa. Bau badan jangan katalah , kan.
Sebenarnya sejak dari awal sebelum itu hendak juga meminta tolong dari sesiapa. Tetapi , suara tersekat di kerongkong, terasa tidak mahu menyusahkan orang lain dalam masalah saya.
Tetapi , sesungguhnya saya rasa saya masih ingat saya letakkan benda itu di atas meja sebelum ke kelas.
Kak Normah cari hand bag kak Normah.
Ha... ??
Suasana sudah jadi agak panik. Atau pun sebenarnya saya yang terlebih panik?
Kali terakhir kak Normah bawak kemana?
Sebenarnya soalan itu sudah diulang siar berkali-kali dalam kepala ini pada setiap langkah sewaktu menjadi sprinter menjangkau anak tangga, naik dan turun di blok D itu, seterusnya ke blok B dan berakhir di bilik guru di blok A waktu itu. Malas hendak menjawab sebenarnya. Hahaha. Memang tak patut...
Entahlah ya...
Jawapan paling mudah mematikan soalan seterusnya.
Tapi , tadi saya tengok kak Normah ke kantin, kak Normah ada bawak hand bag tu. Kat kantin kut, tertinggal...
Kawan yang lain pula tolong fikirkan. Ah, masalah kalau dikongsi fikir mungkin akan jadi ringan kan.
Cuba Kak Normah ingat balik.
Kawan pertama tadi mengarah saya mengingat semula. Dua tiga rakan yang kebetulan lalu dan duduk berhampiran mula mendekati. Saya rasa macam primadona pula, yang dikelilingi peminat-peminat.
Yalah kut, nanti Kak Normah gi tengok..
Saya pun berjalan ke arah pintu keluar. Hati saya tambah berdegup kencang. Khuatir, kalau-kalau kawasan terakhir yang akan saya tuju ini juga menghampakan hati. Sudah mula terbayang penantian dan perjalanan ke Jabatan Pendaftaran membuat IC , lesen kereta dan segala mak nenek kad yang ada dalam beg duit. Bukan hand bag murah itu yang dikisah sangat.
Dari jauh saya dengar kecoh-kecoh suara orang bergelak dan bertanya.
Engkau tahu ke Nurul kat mana hand bag kak Normah?
Saya dengar suara rakan yang nampak saya ke kantin bersama hand bag itu bertanya.
Rakan bernama Nurul itu sudah tersengih memanjang. Saya bergerak ke arah Nurul, saya peluk Nurul. Tapi tak boleh nak peluk kuat-kuat, sebab badan saya dah berjeruk dengan peluh dan cuka pun saya kira kurang masam dari bau badan saya.
Betulke ? Awak tahu beg kak Normah kat mana?
Yelah, saya nak mencelah tadi. Nak beritahu kak Normah. Tapi semua orang sibuk bercakap, tak sampai hati nak interrupt.
Ha? Tak sampai hati... What the fish ??? :-D
Fairose nampak beg kak Normah atas meja tadi. Dia takut beg tu hilang. Dia tolong sorokkan.
La... Kak Normah memang selalu letak atas meja tu lah. Tak sangka pulak ada orang yang ambik berat sangat dan nak simpankan. Tapi, apa pun terima kasih banyak -banyak. :)
Moral of the story ? ... tolong simpan pewangi spare dalam laci meja, ok !! Kita tak tahu siapa yang kita akan peluk hari itu :)
*lega macam baru jumpa anak yang hilang.
~cikgunormah@klcitizen~
alhamdulillah jumpa jugak..yna yang baca ni pulak jadi saspen kemain..hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah jumpa.
ReplyDeleteKadang2 kita pelupa. Alhamdulillah cikgu masih ramai yg perihatin.
ReplyDeleteMemang kes ni pernah terjadi pada rakan.. Biasalah kak, memang kita sibuk sampai kadang2 lupa letak barang kat mana.
ReplyDeleteSaya jarang sangat minta pertolongan orang lain kerana lebih baik buat sendiri. Kalau orang yang disuruh gagal melakukan seperti diharapkan dan menyakitkan hati lebih baik sendiri walaupun kerja bertambah-tambah. :-)
ReplyDeleteprettywhite > alhamdulillah, niat orang yang tolong menyimpan kan tu memang baik. tapi saya tak dimaklumkan, itu yang panit sekejap :)
ReplyDeletekunang-kunang > alhamdulillah
jun > ya, bersyukur sungguh
nur > ya, selalu jugak begitu
akubiomed > membeban diri sendiri nampaknya .. takpa, yang penting, hati senang
alhamdulillah ..saya pun suspen je baca tadi.
ReplyDeletehehehe... kan. bayangkan betapa saspennya saya masa tu :)
Delete