Cantik.
Tetapi tidak menarik.
Cantik .. , bukankah sentiasa dikaitkan dengan menarik? Tidak. Saya pun tahu yang anda pun tahu. Ada wanita yang memang cantik sungguh di pandangan mata, tetapi hati kita tidak langsung tertarik padanya. Atas banyak sebab.
Perangai. Kata-katanya. Cetek fikirannya.
Ha, bab cetek fikiran ni nak sentuh sedikit.
Shaykh Mohammad Akram Nadwi mentions in his introduction to his Dictionary of women hadith scholars, Al Muhadithaat, “Not one [of the 8000 female hadith scholars he researched] is reported to have considered the domain of family life inferior, or neglected duties therein, or considered being a woman undesirable or inferior to being a man, or considered that, given aptitude and opportunity, she had no duties to the wider society, outside of the domain of family life. ~ Wifehood and Motherhood is not the only ways to Paradise
La, saya baru tahu rupanya ada lebih kurang 8000 sarjana hadith wanita. Ini bukannya wanita zaman 'moden' kita ni. Tapi sejak zaman dulu-dulu lagi. Saya yang rupanya cetek fikiran. :)
Secara peribadi, wanita yang saya kagumi dan saya fikir punya kecantikan tersendiri punya beberapa ciri.
Berani mengeluarkan pendapat. Bijak berfikir. Sederhana. Peramah. Pendengar yang baik. Pemurah senyuman dan hartanya. Matang dalam tindakannya.
Ada tak saya sebut panjang dan lentik bulu matanya? Begnya berjenama mahal? Bajunya bersulam padat?
Tidak, kan. Walau mungkin rasa kagum dengan kemewahan dan kecantikan fizikal, tetapi ia bersifat sementara dan selalu terselit nada dengki sedikit. Ha, mengaku jugaklah.. :)
Tetapi sifat yang saya sebutkan tentang kecantikan tersendiri itu sering menjemput rasa kagum dan hormat seiring. Bukan begitu?
Saya pasti ramai yang sependapat dengan saya, kan.
mahalnya ... |
Tapi, kan... kenapa saya masih lagi juga mengidamkan handbag mahal itu?
~cikgunormah@klcitizen~
ya, saya setuju dengan cikgu.. kecantikan wanita yang sebenarnya adalah daripada hati yang tulus dan ikhlas...
ReplyDeletekalau cikgu masih mengidamkan beg itu maknanya cikgu adalah insan biasa ..
ReplyDeletesaya suka wanita yang boleh dibawah bergurau dan tak cepat sensitif tak tentu fasal.
salam kenal cikgu normah. saya baru terjumpa blog ni, banyak info dgn gaya bahasa santai tanpa jejaskan bahasa kita, sangat menarik! izinkan saya utk add link cikgu dlm blog saya yg tak seberapa ni ye?
ReplyDeleteAda wanita dengan wajah "natural" memang cantik dipandang mata. :-)
ReplyDeletewanita ini diciptakan dengan penuh kehebatan.
ReplyDeletedengan penuh kelembutan dan kesabaran.
akal memproses logik, hati memproses emosi.
emosi ini jika tidak dikawal timbulllah bahayanya.
salam..
ReplyDeleteermm..menandakan anda bercitarasa
tinggi..high class gitu..apa salah
beli kalau mampu..hidup hanya sekalikan?
Beg tu sekarang memang nampak cantik. Tapi nanti bila dah dapat, tengok yg lain baru tahu ada lagi yang lebih cantik.
ReplyDeleteorang kata pakai barangan mahal ni akan menambahkan lagi keyakinan diri kita.
ReplyDeletemengidam juga handbags mahal , tapi tak mampu pun nak beli
ReplyDelete+ sayang duit hehe .. beli lah yg murah2 tu je
gen2 > sebenarnya saya kira , ia kombinasi dalaman dan luaran. tetapi yang lebih lama memikat ialah keluhuran pekerti kan
ReplyDeleteal-lavendari > ha... tu, saya lah tu, tak sensitif :)
umi > insyaAllah , kalau ada peluang akan ke sana juga. terima kasih membaca di sini
abu muaz > wah, bila mula bermadah kata, sedap pula saya membaca :)
ReplyDeletezulkbo > ah , setakat mampu menelan air liur je la :)
penyubiru > ya, ya, betul jugak tu
bee > samalah kita bee :)
mestilah ada kaitan..hehe..
ReplyDeletesalam akak...
ReplyDeletebila dah pakai beg mahal takut yg dlm kosong jeee ^___^
**nk beli beg mahal kena belajar menabung**