Friday, January 20, 2012

hati kering

Ombak rindu menjadi tajuk kami waktu itu.

Saya dan si Noorul dalam kem minoriti. Dan yang lainnya di keliling kami adalah puak majoriti yang hati mereka me'layu' menonton ombak rindu melanda. Warna dunia bukan sekadar hitam atau putih, dan perbezaan warna hati yang terkesan dari pandangan mata masing-masing sentiasa memeriahkan lagi hidup, bukan begitu?

Suasana tadi , mengingatkan saya pada Ombak Rindu, bukan tentang kisah Ombak Rindu itu, tetapi kisah warna hati saya.

Saya memang berhati kering. Tetapi, alhamdulillah tidaklah buta hati langsung terhadap perasaan.

Saya minta maaf. Saya ni cememeh.

Dan dia peluk saya tanpa saya sangka. Air matanya mengalir. Perutnya yang memboyot menyukarkan saya untuk mendakap dia dengan lebih erat. Saya tidak ingin seperti hari itu. Memeluk dengan tidak kemas, seolah dakapan saya kosong dan hambar. 



Dalam saat sahabat sedang bersedih, kadang, kata-kata tidak perlu diungkapkan. Dan saat itu memang tiada baris ayat yang dapat saya ungkap. Mati akal.

Membiarkan airmata mengalir sebenarnya membantu menyembuhkan luka . Ubat mujarab.

Saya memang berdoa Allah beri yang terbaik untuk saya. Inilah yang terbaik. Walau pun saya tidak nampak kebaikannya hari ini, saya tahu inilah yang terbaik untuk saya.

Dia bersuara lembut sambil menyeka air matanya selepas babak mendakap erat , tamat.

Ayat inilah yang menyentuh hati saya. Dan saya kira ia akan bergema dalam jalur hidup saya selamanya. Meredhai ketentuan Allah dengan yakin dan pasrah bahawa sememangnya semua yang Allah garis serta noktahkan dalam hidup kita adalah yang terbaik untuk kita, tanpa rasa syak wasangka di atas keadilanNya. Dan rasa kasih terhadap sahabat ini tambah mendalam.

Moga Allah beri kita kebahagiaan hidup dunia akhirat dan dimudahkan segala urusan kebaikan kita.

Salam petang Jumaat, rakan-rakan semua.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. .....selamat petang teman...
    dan selamat bercuti...

    Ya,Allah yang maha mengetahui segala2nya...
    yang terbaik buat kita semua...
    Insyaallah...

    ReplyDelete
  2. setuju..air mata itu kadang2 menyembuhkan luka..tadi baru je sy baca,

    Menurut pengkaji psikologi, air mata yang keluar sebenarnya akan membuatkan seseorang merasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stres dan terlau banyak berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga sesekala kita menangis, kan

      Delete
  3. Hati kering tak semestinya buta hati. Kadang-kadang patut keringkan hati daripada terus melayan hati kita. Salam petang Jumaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ... tapi ada kala, semua orang di sekeliling menangis, saya seorang je yang duduk terpaku tanpa air mata, seakan rasa bersalah pulak :(

      Delete
  4. Semoga cikgu menjadi sahabat terbaik untuk yang dipeluk itu....

    ReplyDelete
  5. semoga segalanya dipermudahkan ya kak

    ReplyDelete
  6. sabarlah ye. hati kena selalu sabar. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan juga rakan saya itu tabah dan Allah permudahkan untuk dia

      Delete
  7. salam..
    moga anda tabah..
    selalunya begitulah
    yang terbaik di depan
    mata kita tak perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah, kita doakan untuk sahabat saya itu :)

      Delete
  8. Semoga rakan Kak Normah lebih tenang dan semua urusannya dipermudahkan.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.