Kita kongsi warna mata , tapi tidak warna hati ~ Malique & Jamal Abdillah
Boleh jadi tafsiran anda dan saya berbeza.
Bagi saya warna mata, tidak merujuk pada warna anak mata itu sangat, tetapi pandangan mata dan apa yang kita lihat. Kita lihat hijau dan merah yang sama tetapi rasa hijau atau merah itu berbeza bagi tiap kita.
2012 sama sahaja datangnya pada kita.
Saat yang sama, masa yang sama, hari yang sama dan tahun yang sama.
Tapi di awal dan kesudahannya pasti berbeza bagi tiap dari kita. Dan meniti hari-harinya juga pasti pada jalan yang berbeza buat kita, berdasar pilihan dan ketentuan yang tersurat. Dan keseluruhannya pasti memberi impak yang berbeza pada rasa dan jalur fikir kita seterusnya.
Semakin hari langkah kita, makin menghampirkan pada hijrah yang hakiki. Tiada siapa yang makin muda. Dan dalam menyempurnakan hijrah yang hakiki itu , kita akan berkeseorangan di sana.
mmm....
Diri saya hanya dikuatkan dengan 1% fizikal tetapi selebihnya iaitu 99% darinya ialah roh yang menentukan emosi dan rasa hati . Yang nanti hidup 'kekal' menerima balasan, ialah roh saya, dan hilang lenyap menjadi tanah adalah fizikal yang saban waktu saya cuba jaga dan rawati.
Sudah tiba masanya, saya kira, roh saya ini saya jaga dan rawati ia sebaik mungkin.
Salam tahun baru di petang hari pertama 2012. Moga 2012 ini membawa makna diri yang lebih baik buat kita semua.

~cikgunormah@klcitizen~
salam ,
ReplyDeleteselamat menyambut tahun baru cikgu ..
betul warna mata kita berlainan ..
cikgu sudi tk jadi penulis di blog saya ?
kolum motivasi untuk ibu2?
Assalamualaikum cikgu..:)
ReplyDeleteDunia tempat persinggahan sementara dan sebagai ladang akhirat tempat kita mengumpulkan bekal untuk menempuh perjalanan menuju negeri yang kekal abadi itu. Barangsiapa yang mengumpulkan bekal yang cukup maka dengan izin Allah dia akan sampai ke tujuan dengan selamat, dan barang siapa yang bekalnya kurang maka dikhawatirkan dia tidak akan sampai ke tujuan.
ya, kita sedang menunggu giliran untuk meniti hari2 kehidupan yang seterusnya... sehinggalah saat kematian mengahmpiri kita...
ReplyDeleteselamat tahun baru 2012 cikgu normah
bee > nanti saya cuba. bukannya pandai pun :)
ReplyDeleterazak > waalaikummussalam. harap sangat bekal saya mencukupi
gen2 > selamat tahun baru juga untuk gen2
Warna anak mata biasanya akan tertulis didalam pasport antarabangsa.
ReplyDelete