Tengahari.
Berjalan mencari makan di Jaya Jusco AEON, AU2, Keramat Kuala Lumpur. Sudah lama juga tak ke sini. Pasaraya sudah berlambak di sekitar kawasan rumah dan dibandingkan dengan Carrefour dan Wangsa Walk Mall, saya lihat Jaya Jusco AEON ini seolah kurang meriah.
Satu ketika , ia meriah dengan kawasan latihan dan pesta AF (Akademi Fantasia) yang terakhir dulu. Disebabkan itulah, saya jarang sangat hendak ke sini.
Kalau ke Wangsa Walk Mall itu, saya kerap juga ke sana kerana saya ini kaki wayang dan ada laluan kedai menjual handphone serta aksesori dan tidak lupa juga kedai buku Popular. Jadi , ada tempat dan tujuan yang membawa saya menjejak kaki ke sana. Ke Carrefour pula saya selalunya mencari baju kurung sedia dijahit atau paling tidak pun mencuci mata melihat pakaian ready-made.
Tapi, Jaya Jusco AEON Keramat ini tidak dapat menangkap minat saya. Dan lebih menyedihkan banyak betul tapak-tapak kedai yang telah ditutup di Jaya Jusco AEON Keramat ini.
sumber |
Kesian.
Kesian kat siapa? Entah. Kesian kepada penyewa tapak kedai itu lah, kut.
Saya tidak pandai berniaga.
Tapi , saya fikir, jatuh dalam perniagaan memang sangat memeritkan. Dan mereka yang dapat bangun semula dari kejatuhan itu, pastinya handal dan kuat.
Kepada semua peniaga di luar sana yang tulus dan amanah dalam perniagaannya, moga Allah melipatgandakan rezeki anda semua :)
Salam Ahad yang panas dan ceria.
~cikgunormah@klcitizen~
.....yelah kan..zaman ada AF..meriah lah kat situ...
ReplyDeletetapi skang ni mamaijat suka gak ...cos x lah busy sesangat...
ala2 santai gitu...
Ya, kedai makan banyak juga. Dan pejabat pos pun dah di situ, dan kawasannya lapang, kan. Tapi kedai bukunya tak menarik minat saya :(
DeleteBegitu juga dengan kehidupan kita. Jika ada orang lain yang lebih kaya dan baik rupa parasnya maka mungkin kita dilupakan oleh kawan kita sendiri tetapi tak semua kawan kita begitu tak?
ReplyDeleteYa betul... Yang baru dan lebih bergaya sentiasa cepat menambat pandangan kan
DeleteBanyak saingan dengan gedung perniagaan yang berdekatan kerana penguna membeli barangan mengikut kemapuan kewangan sendiri.
ReplyDeleteYa, banyak sangat saingan kan. Tetapi bagi kita pengguna, baguslah, banyak pilihan
Deletesalam..
ReplyDeletepernah kerja sana di awal
90 an dulu..lama dah tak
kesana kembali bila dah resign
O, ya ke? Banyak perubahan juga di kawasan ini :)
Deletekena buat AF lg sekali bru meriah agaknya kak... =)
ReplyDeleteYa lah agaknya... Hehehe
DeleteTempatnya mcm jauh dr daya tarikan jer, igt lg kwsn tu pernah penuh dgn kedai mkn tepi jln sblom dibina jusco tersebut.
ReplyDeletekawasan kedai makan awam ada di luar belakang JJ tersebut. berdepan dengan asrama felda :)
DeleteNak berniaga kena berani ambil risiko.
ReplyDeleteRisiko kerugian, kadang2 sampai berpuluh2 ribu. Takut juga tu kalau takde kekuatan, sekali jatuh macam tu mesti hidup huru-hara