Segala yang berlaku membawa saya kembali ke situasi 11 tahun lepas, mengadap jenazah ayah sendiri. Tiba-tiba ia terasa segar, dan sedih yang ada dalam dada muncul mendadak.
Banyak yang sepatutnya saya lakukan tetapi tidak saya buat masa itu. Banyak sangkaan saya tidak seperti yang tertera di minda dan perasaan. Dan banyak sesalan yang hadir menyelinap kemas dalam hati dan benak fikiran.
Menziarahi situasi kematian memang menginsafkan. Kerana itu ia menjadi saranan dalam hidup kita sebagai insan Muslim, menjadi kewajipan fardu kifayah, menziarahi jenazah. Apatah lagi kalau yang pergi tertakdir lebih dulu adalah kaum keluarga sendiri.
Ibu saudara, perginya mendadak, kerana ini ketentuan Allah. Yang pasti kematian itu memang janji Allah yang tidak dapat kita hindar. Cumanya, perjalanan selepas itu yang menggusarkan hati dan fikiran kita. Dan, derap kaki kami meninggalkan arwah mengingatkan saya pada peristiwa alam barzakh yang pasti kita juga akan tempuh.
Apa lagi yang bisa dibantu?... Cuma doa agar Allah menempatkan roh beliau di kalangan insan soleh. Nanti saya juga akan menyusul satu hari nanti. Itu memang pasti. Bagaimana dan di mana, itu terpulang pada takdir yang tentunya tidak dapat dijangka oleh sesiapa.
Cuma, harapan dan doa saya juga, seperti doa-doa sesiapa sahaja, moga, nanti bila setiap kita tegak berdiri melihat timbangan paling adil yang tidak tergambar itu, tetap ia akan memberat di sebelah kanan. Alangkah menggunungnya harapan itu..
Al Fatihah untuk Arwah Hajah Suchinah bt Hajah Halimah.
~cikgunormah@klcitizen~
Alfatihah
ReplyDeletesemoga roh bapak1 dan ibu ibu kita semua akan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
@IMANSHAH
ReplyDeleteameen
al-fatihah
ReplyDeleteAl Fatihah..beberapa bulan lepas jiran sebelah rumah meninggal..
ReplyDeletebalik kampung 2,3 hari lepas mak cerita arwah bertanya beberapa hari sebelum pergi
''kenapa kami(adik beradik) tak beraya kat rumah dia tahun lepas?''
sedihnya..terbayang wajah beliau
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang berbahagia di sisi~Nya. Kita yang tinggal ini berbekallah sementara menunggu giliran kita.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSalam takziah, semoga rohnya ditempatkan di sisi-Nya...Amin
Al-fatihah
Al-fatihah..yang hidup pasti menemui mati. cuma cepat atau lambat saja. tapi,masalahnya tengok gambar jenazah tu dah buat saya rindu arwah my dad!!!heheheheeh. moga tenang arwah di Sana ;)
ReplyDeleteSalam Takziah..Semoga Rohnya di cucuri rahmat..
ReplyDelete