Banyak sekolah yang sibuk hari ini. Sebab esok sukan tahunan. Sekolah saya pun, warganya sibuk benar, terutama guru-guru yang diamanahkan untuk mengepalai rumah sukan masing-masing.
Yang seronoknya, budak-budak lah. Ramai juga yang sibuk membantu guru, hendak menyiapkan khemah lah, baju untuk perbarisan lah, berlatih kawad kaki dan sebagainya. Ada juga ramai yang kaki sibuk dan ramai juga yang buat-buat sibuk, tidak masuk ke kelas.
Cikgu sorang je, ke?
Kelas baru sahaja habis. Dari pada 25 orang yang sepatutnya masuk, hanya 11 orang sahaja yang tidak punya alasan untuk menyibuk pada hari ini, terpaksa juga menggagahkan diri masuk ke kelas Chemistry saya.
Oh... budak hensem ni.
Taklah, saya bertiga.
Muka dia hairan. Kerana yang dilihatnya saya berseorangan di dalam makmal. Kalau dah tahu saya seorang, kenapa lagi perlu ditanya? :)
Eh, awak bawak bekal ke sekolah?
Ada bekas isi makanan berjenama Tupperware di tangannya. Jarang... sangat susah hendak melihat budak lelaki membawa bekal makanan ke sekolah. Bekas air minuman pun susah hendak dikendong ke hulu hilir, ini kan pula membawa bekal. Lebih susah lagi kalau pelajar Tingkatan 5 yang tergolong dalam kategori hensem .
Hairan juga saya.
Kalau ada yang membawa bekal pun biasanya nasi lemak bungkus dalam plastik merah. Ini, siap berbekas Tupperware warna biru lagi. Rajinlah pulak budak ini membawa bekal. Pasti berjmat cermat orangnya.
Taklah cikgu... ni kawan bagi.
Aii... baiknya kawan awak. Ni mesti kawan perempuan ni..
Dia hanya tersenyum . Wah.... untunglah ada yang sayang ya.
*kalau punya anak perempuan di rumah asyik membawa bekal ke sekolah, mungkin juga kerana berkongsi kasih dengan rakan di sekolah... kan :)
*tak ada pulak anak murid nak bagi saya nasi goreng dalam bekas tupperware ... :(
Salam Jumaat.
~cikgunormah@klcitizen~
Syoknyaa lelaki hensem tu. Bagus buah hati dia dah confirm pandai masak ni. hehe
ReplyDeleteSekolah lama saya pun esok ada sports day. Nak pergi tapi junior sorang je yang saya kenal. Yang lain semua dah habis sekolah. huhu. Cikgu-cikgu yang mengajar saya dulu dsah ramai yang pindah sekolah sebab naik pangkat. Pejam celik, dah 4 tahun tinggalkan sekolah...
untungnyaaaa hahahahhahah. kalau bagi akmal bekal camtu bawak pergi tempat kerja, mesti dia makan sorok sorok takut malu dengan kawan kawan HAHAHA :p
ReplyDeletetapi kan cikgu...saya tak pernah lah berkongsi bekal dengan kekasih...;)
ReplyDeletesekolah kami dah buat bulan tiga nun..lama dah
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteADA KE ACARA SUKAN UTK CIKGU2? TERINGAT MASA MENGAJAR DULU, LAWAN TARIK TALI !
kongsi bekal makanan lagi...seronok kan tgok kanak2 dan keikhlasan fikiran mereka.
ReplyDelete..lps ni..kalo ank2 mntk bwk bkl, kena tanya siapa yg makan.. ehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu...
ReplyDeleteJujurnya budak tu langsung tak berahsia...
@nn
ReplyDeletetak juga nn. entah2 bibik di rumah yang masakkan.
dah lama juga tinggalkan sekolah ya... tapi takkanlah semua cikgu yang ada dah berpindah sekolah lain... sesekali jenguklah ke sekolah lama tu
@Rara
ReplyDeletemana tahu rara... entah2, dia siap pesan lagi 3 tupperware untuk dikongsi dengan kawan opis.. :)
@dayah aziz
ReplyDeleteo ya ke? yang ini bukan berkongsi bekal... tapi bawakan bekal untuk kekasihnya.. :)
@IMANSHAH
ReplyDeletewah senanglah iman ya... sekolah kami ini mengikut betul surat dari kementerian yang suruh sekolah jalankan sukan hanya pada bulan 6
@musollahehsan
ReplyDeleteada... tapi saya pun tak dapat nonton apa acaranya di sekolah. rasanya bola beracun
@hani@debumelukut
ReplyDeletekalau kanak2 yang belum baligh memanglah... tapi ini bawa makanan untuk si buah hati... :)
@arryani
ReplyDeletebetul yan... kalu ramai si buah hati , kena bawak periukla nampak gayanya
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak...
tak berahsia bab ini..