Wednesday, June 15, 2011

sejahtera dan merdeka

Tak habis lagi babak Kak B dengan si perompak semalam, lewat petang tadi babak lain pula yang timbul.

Kebetulan menelefon rakan guru dari sekolah lain, lantas mendapat tahu beliau juga menerima musibah baru-baru ini. Keluar dari kereta berseorangan memasuki pagar rumahnya, rupanya dua orang pemuda 'kita' mengekori.

Bersenjata parang dan gergaji kayu balak, rakan tersebut ditolak dari belakang dan ditahan dari bangun. Wang, hand bag dan barang kemas disamun. Jiran-jiran hanya berani memerhati dari jauh, takut untuk dirinya dan diri mereka.

Yang menambah geram katanya, ada dua perkara. Pertama semasa di balai polis, polis yang menerima aduan hanya tersenyum dan memberitahu , ini perkara biasa. Malahan, isterinya juga pernah kena. (Jadi?)

Perkara kedua, katanya, dalam masa dia menunggu di balai polis tersebut, lebih kurang 2 jam, datang mangsa yang lain dari kawasan berhampiran rumahnya, juga disamun oleh penyamun yang menaiki motor bernombor plet yang sama seperti penyamun yang menyamun rakan saya.

Dalam masa 2 jam itu, penyamun masih punya upaya untuk menyamun tanpa ada tindakan dari sesiapa. Sejahtera dan merdeka sungguh negara kita untuk golongan penyamun dan penyangak ini...

Alahai...

*duduk di negara orang lain lebih selamat rupanya, agaknya kerana semua penyangak, penyamun, dan hackers seluruh dunia sedang berkumpul di sini, mungkin... Ada persidangan ke apa untuk diorang di sini, ya?

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. nasib baik saya keluar waktu malam tak kena samun meskipun jalan kaki sorang-sorang...

    ReplyDelete
  2. Mengapa jiran2 hanya memerhati..kenapa x ambik parang juga..? sakit hati mendengarnya..

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    SEMOGA KITA DIJAUHI DRPD MUSIBAH TERSEBUT

    ReplyDelete
  4. eh, maknanya polis lambat bertindak lah ye.

    macam mana polis boleh cakap ini perkara biasa? memang perkara camtu biasa terjadi, tapi "tidak biasa" bagi yang pertama kali kena!

    ReplyDelete
  5. @Azri the Accelerator

    hendaknya selamatlah kita sentiasa kan azri dari musibah sebegini

    ReplyDelete
  6. @MD TAKRIM

    jiran-jiran perempuan...semuanya kecut perut

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.