Wednesday, June 1, 2011

berwaspada

Rasanya baru sahaja membasuh kuali dan mengemas meja makan untuk sarapan tadi. Tapi, melihat jam, ahhh.... sudah sepatutnya punch-in untuk kerja-kerja memasak lauk pauk makanan tengahari pula. Memang tidak ada istilah berehat yang sesungguhnya bagi yang bergelar suri rumah tangga...

Hari kelima cuti. Masa.., cepatnya  kamu berengsot pergi. 

Sudah terbayang pintu pagar sekolah, dan lambakan kerja yang masih belum selesai di atas meja. Biarkan sahaja, cikgu. Hari esok jangan difikir. Hari ini pun belum tentu terlaksana segalanya.

Kata yang manis.

Kelemahan wanita, saya kira sesiapa sahaja.., adalah cair dengan kata yang manis. Apatah lagi kalau si Romeo yang menuturkannya adalah romeo yang diintai saban waktu selama ini. Itu yang istimewanya menjadi romeo. Tidak perlulah bersusah payah, hanya dengan kata manis dan pujuk rayu, kebanyakan wanita akan tergoda.

Yang peliknya, ramai lelaki yang baik tidak pandai pula menyusun kata untuk menambat hati. Kaku dan beku. Mengharap si wanita faham kehendak hati dan gelodak rasanya. Payah. 

Tapi ... apa-apa yang manis terlebih itu kan tidak baik untuk kesihatan. Yang pahit itu juga tetap menjadi ubat.

Selamat berwaspada wahai wanita!

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. lebihkan manis dalam senyuman..kurangkan manis dalam makanan...romeo tu..aduhai..apa ada pada nama..hanya jauhari mengenal manikam

    ReplyDelete
  2. pandai berkata-kata sungguh ni.hehehehe!!! bahaya kalau dengan romeo ni.nama pun da romeo

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.