Cepatlah bang. Tahulah hari ni hari Sabtu, hari cuti. Esok pun cuti juga. Esok dah Ahad. Kalau ya pun, tak bolehke laju sikit.
Kalau boleh, memang tidak mahu pandang ke hadapan. Tapi kalau sudah dia tertonggok di hadapan kita nak buat macamana kan. Cuba juga melihat di sebalik dia, tapi memang tidak punya mata berkuasa ala jin gitu. Kalau ada ilmu sebegitu, patut juga belajar bagi menghadapi situasi sebeginilah.
Kata orang, pandang sekali kalau tidak sengaja tidak mengapa. Dimaafkan. Tetapi kalau sudah terletak depan mata, dan asyik juga dia di situ hendak buat bagaimana ya.
Marah?
Habis sudah ayat luahan geram terkumpul dalam kepala. Tapi sebenarnya bukannya dapat didengar oleh budak mat motor di depan saya tu pun. Aish...
Sudahlah keperlahananan motor yang dibawanya itu begitu menduga keimanan dan kesabaran, ditambah pula dengan tidak menutup auratnya dia. Bulu kaki lebat dik ooi, sampai ke peha... Bukan... bukan bulu kaki tumbuh sampai ke peha, tapi auratnya terbuka melebihi lutut. Nampak sebahagian peha.
Itu satu bab. Bab yang kedua pulak, seluar tu jenis londeh ke atau getah seluar dah keras? Nampaklah pulak lurah di belakang dik... Kalau minah montel tunjuk lurah kat depan tu, faham lah jugak. Tapi apa pulaklah halnya mat motor ni.
Nasib baik juga skill potong memotong kenderaan di hadapan sempat saya khatam walau jalannya agak sempit dan suasana sebelum pilihanraya yang tidak memungkinkan jalan raya diturap sebelum masanya menjadi penghalang. Tetapi tetap saya kuatkan semangat memotong.
Rupanya ... Cik abang motor sedang bertextting atas motor.
Geram!!
~cikgunormah@klcitizen~
fesyen jaman sekarang kak
ReplyDelete@IMANSHAH
ReplyDeletehahaha.. betullah iman
Memang mamat tu sengaja menempah maut...
ReplyDeleteKesan Malaria melalui hand phone
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan...
Bangladesh VS Vietnam
tak sayang nyawa la tu..
ReplyDeleteBenci tengok gaya mat motor macam tu. Rasa nak langgar jer kan?
ReplyDeleteKita langgor! Kita langgor!
Dell + Lenovo vs Mac = AA kalah...!
kita tengok sebelah mata tu kak.. :D
ReplyDeletekalau ye pun...berilah orang memotong...awak nak textting pergi lah ke tepi! ni orang tak bersivik
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteErmm cikgu...kat mana-mana pun dah makin ramai orang suka ber'textting' atas motor...aduhai kalau iapun tunggulah dah sampai ke destinasi ataupun berhenti kat tepi jalan kejab.
huhuhu...
ReplyDeleteseluar londeh even ade belt, jelak tgk...