Apakah yang menghapus ego seorang lelaki?
Saya pun tidak tahu sebenarnya.
Menyelak-nyelak majalah Solusi isu 32, tertarik dengan En Azzam Supardi menulis tentang kisahnya. Rupanya sakit sahaja yang boleh menghapus ego seorang lelaki. Itu pendapatnya.
Benarkah?
Bab ini, saya tiada pendapat. Bagi saya keegoan itu fitrah setiap manusia. Saya juga punya ego sendiri. Menghapus ego tidak mungkin rasanya. Meminimakan ia semungkin yang boleh... itu mungkin.
Cikgu, ceritalah dulu sebelum kita belajar.
Cerita apa saja, macam cikgu Fairose selalu buat sebelum kelas.
Wah... Ego saya tercabar. Perbandingan sentiasa berjaya menaikkan keegoan. Hahaha. Hanya 4 orang sahaja pelajar yang hadir dalam kelas tambahan yang tidak diwarwarkan ini. 4 orang yang rajin.
Ala... Saya tak pandai bercerita.
Saya mencuba untuk meminimakan ego saya. Walau ada banyak kisah yang boleh didendangkan kalau saya mahu. Tapi, saya pasti cikgu Fairose sentiasa menang di hati mereka. :)
cikgu fairose yang comel bila sedih, macam cinderella la pulak |
Cikgu Fairose selalu cerita dulu sebelum belajar. Cerita apa-apa je , cikgu.
Macam dulu tu dia cerita pasal stokin... Hahaha lawak cikgu!
Ah... Saya tidak punya cerita tentang stokin. Malang sungguh. Apalah yang boleh dicerita tentang stokin?
Emmm... Tak payahlah. Awak je cerita. Saya dengar. Lepas awak cerita, kita belajar ... k.
Saya lihat ada nada kecewa di mata mereka. Alahai.
*nanti nak cari cerita hantu stokin la...
Salam Jumaat dan 1 Rejab.
cikgunormah@klcitizen
hurm jenuh la kalau setiap kali masuk kelas nak bercerita...huhu
ReplyDeletehahahahaah!!! comel plak ada student macam ni tapi mmg lotihlah if tiap kali nk start ngajo kene bercerita dulu
ReplyDeleteingat masa zaman sekolah.. cikgu rajin bercerita..
ReplyDeletebila jadi cikgu.. tak rajinlah pula saya..
kak normah rajin update blog cuti2 ni.. :)
@IMANSHAH
ReplyDeletetu lah iman.. kena buat koleksi cerita untuk set induksi lah pulak
@Lizz
ReplyDeleteyang mendengar comellah... yang nak bukak citer ni yang berpeluh :)
@cikgu isza
ReplyDeleteentri pendek2 je isza..
Kesian pulak saya tengok cikgu Fairose bersedih begitu...Hehehehe..
ReplyDeleteE.coli kebal
ade no cikgu fairose tak kak?
ReplyDeleteboleh juga cube2 utk mengubat hatinya yg duka...hikhik..