Monday, June 6, 2011

tidak menopause

Camana lutut emak?

Itu modal bicara pembuka mulut. Walau saya sudah tahu jawapannya. Di wajahnya sendiri sudah ternampak beban sakit yang dibawa dalam setiap langkah. Dan saya kira itulah warisan yang akan saya terima nanti bila usia saya menginjak ke usia yang sama dengan emak. Itu pun kalau Allah beri peluang lanjut usia sebegitu.

Apa lagi... Dera emak suruh bersiap. Tak kira. Pergi klinik lah juga. 

Nanti dia injek kat mana, akak?

Entahlah mak..

Ada getar takut di mata emak.

Ah... menyesal sungguh saya dulunya tidak belajar sungguh-sungguh. Kalau tidak sudah tentu kini  bergelar Dr Normah dan pasti saya tahu jawapan pada soalan emak. :)  Itulah padahnya asyik berangan semasa belajar...  :D

Ingat tu adik-adik semua ... pesan orang tua jangan dilupa!

Selesai segala, nampak emak lebih ceria. Walau tahu, suntikan berkala akan datang, perlu diteruskan lagi tanpa saya yang menemankan.

bila tiba masanya nanti, hidup dilangsungkan bersama
 pil-pil sebagai  penghilang derita

Nasib baik doktor tu tak bagi pil putih yang dulu tu. Katanya pil hormon.

Mak taknak pil tu ke?  

Mak geleng kepala

Kenapa

Bila habis je makan pil tu, mesti datang haid. Ish... dah tetua ni lecehlah pulak.

Patutlah emak nampak berseri je ... dah tak menopause rupanya.

Saya buat lawak. Memang doktor tersebut ada menjelaskan kesan pil hormon tersebut, iaitu selain mengurangkan rasa sakit, ia menyebabkan pengeluaran darah minima seperti datang haid.

Emak senyum.
Ahhh.... memang nasib baik sungguh doktor tak beri pil tersebut.


*kalau tidak bagai terdengar lagu ... Ayahku kahwin lagi, bertukar lirik menjadi ibuku kahwin lagi...



~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Salam..

    MAk Nida pun tpaksa makan ubat hormon..... tapi atas sebab kesihatan..

    ReplyDelete
  2. @IMANSHAH

    kalau makan pil hormon tu berterusan , agaknya nanti emak saya jadi muda la pulak, ada peluang dapat ayah baru dan adik baru kut... :)

    ReplyDelete
  3. @Nida

    ya lah nida, dah tetua, macam2 penyakit kan..
    nak buat camana

    ReplyDelete
  4. Hehehe.
    Ada pil begitu ya?
    :)

    Semoga Mak kakak sihat2 selalu. :)

    ReplyDelete
  5. my mom sepatutnya kena makan ubat hormon tapi dia xnak.hohoho

    ReplyDelete
  6. @Lizz

    kenapa pulak ya lizz?
    taknak bergantung ubat kut.. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.