Sejujurnya belum pernah seumur hidup saya melihat pengantin berbajukan surat khabar.
Pernah dahulu sekali berpeluang menghadiri perkahwinan keluarga yang agak dhaif juga, di kawasan yang agak jauh ke pedalaman, menaiki rumah pengantin pun risau kerana terasa seperti bergegar dan amat kecil. Tetapi tetap pengantinya memakai baju pengantin berkain songket, walau songketnya hanya songket yang dicap mesin bukan kain tenun.
Tapi hari ini, menjadi sejarah yag manis. Terakam dalam ingatan dan moga ia kekal dalam fikiran.
Satu, satu pengantin yang ada dihias dengan helaian suratkhabar menyerlahkan kreativiti dan semangat keakraban yang tinggi.
Memang satu anugerah Ilahi mendapat sahabat-sahabat seperti mereka ini.
Acara kerja kumpulan semasa Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah pagi tadi , mengeraskan perut dengan ketawa yang seperti tak ada hentinya.
Yang pasti dan sesungguhnya terkesan di hati adalah sifat sporting dan kesungguhan rakan-rakan di sekolah.
Rakan datang dan pergi, silih berganti, tapi yang ada di hati tetap tidak boleh dicari ganti.
Luv u all :) |
~cikgunormah@klcitizen~
love u to kak..
ReplyDeleteKenangan terindah. Entah bila berulang kembali, kan Cikgu?
ReplyDeletetadi ladap 1M1S...cikgu jadi kanak² riang..hehe
ReplyDeletehik3.. tomey2 pantin punyer baju.. tak payah kuar duit pun..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteingatkan betul-betul tadi.hahaha
.....mamaijat sayang klcitizen juga.....
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu..:)
ReplyDeleteisk3...pasti satu hari nanti ada orang buat betul-betul gunakan surat khabar
...dah agak,gimik semata-mata sebab di sekolah pernah ada pertandingan memakaikan pakaian dari akhbar macam ni dalam sukaneka :)
ReplyDeletedalam kita gembira ada yang menyentuh hati kan kak normah...lepas gelak-gelak pun tadi air mata menitis juga kerana ada ramai kawan yang menyayangi dan menghargai kita.i love u kak normah
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteahah sweetnya cikgu2 ni semua..boleh gak eyh buat idea baju pgntin nt ni..kikiki
ReplyDeletehaha kak normah sy ingtkn pengantin btol td....huhu
ReplyDeleteNasib baik tidak terburai baju pengantin daripada surat khabar ketika meragakannya. :-)
ReplyDelete