Friday, February 3, 2012

ponteng

Cuti lagi.

Alhamdulillah. 

Pasti ramai yang akan bermusafir dalam perjalanan keluar daerah. Semoga perjalanan anda semua di dalam lindungan Allah , selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kelas tu, 9 orang tak hadir hari ni kak.

Sebenarnya , kalau sedang bersemangat hendak mengajar kelas yang tertentu, dan dimaklumkan sekian ramai pelajar tak hadir, terasa ah... tak best nya. Sebab , mengajar ini jadi seronok kalau ada anak murid. Kalau tak ada anak murid, itu bukan namanya mengajar, itu namanya gila bercakap berseorangan. 

Bukan begitu?

Kenapa ramai sangat tak datang hari ini ya?

Bukankah kelas Chemistry kelas yang best? Sepatutnya bukankah kalau tahu ada kelas Chemistry, semangat untuk hadir meluap-luap. Sebab, saya rasa, Chemistry itu best sangat. *ayat-ayat perasan*

Tak siap homework lah tu kut, kak.

Tak siap homework, maka jalan mudah ialah tak payah datang sekolah. Sayang sungguh.

Tapi saya rasa , itu hanya sebahagian kecil dari masalah tak datang sekolah. Saya lihat ramai juga yang tak siap homework, tapi gagah juga datang sekolah untuk dibebelkan oleh cikgu. 

Mungkin sebab cuti yang panjang mengekori hari Jumaat ini, kut.

Atau mungkin juga sebab cikgu Chemistry nya dingin sangat ? Ah, Mungkin juga, kan.

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS: Tip no. 30 - Allocate the last five minutes of your teaching session for a short, special dedication to one of your students. One student for each session. It can be a line of poem, a Malay pantun, a remark or a statement that indicates your hope - with his/her name specifically mentioned in it. Start with the last student in the name list, going upward. Feel the anticipation excitement buzzing in the class as each session comes to an end....Enjoy it! ~ Dr Harlina's Survival Tips For Teachers

Nak cubalah.

Habis Thaipusam nanti.  Itu pun kalau diorang tak ramai-ramai ponteng lagi  lah. :)

*Salam Jumaat rakan-rakan semua dan selamat bercuti .


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Saya rasa rugi kalau ponteng sebab nanti kena kejar balik pelajaran yang lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pelajar yang boleh menjadi contoh :)

      Delete
  2. kena cuba nie cikgu..nmpk menarik..:)

    sy masa sekolah dulu pernah juga ponteng sbb tak siapkan kerja sekolah..(bkn tak nak siapkan,tp tak tahu nak buat).hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak jarang tak datang, kecuali sakit :)

      Delete
  3. Selamat bercuti Cikgu. Memang semangat cikgu mengajar, tentulah sebahagiannya datang dari anak murid itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat anak murid yang baik memang best mengajar :)

      Delete
  4. salam..
    seronok jadi Cikgu nih
    cuti lagi 3 hari kan?

    ReplyDelete
  5. diorang ambil MC awal sikit la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang memang musim orang sakit agaknya kan :)

      Delete
  6. Assalamualaikum kak normah:)

    Memang tak suka bila pelajar tak mai sekolah!
    kalau betul2 sakit..boleh dimaafkan..tapi ni saje2 buat sakit..Sakit MALASSS!!!!!
    mula lee tak faham nanti!!aduhaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam tini..

      betul, betul

      Delete
  7. Ada beza dan tak datang sekolah dapat selamat dibebel sama sahaja bagi saya kerana kelas akan datang tetap kena bebelan juga. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bebelan tu termasuk dalam skop kerja :)

      Delete
  8. ada juga sebilangan cikgu yang suka kalau murid ramai yang tak hadir.. santai sikit mengajar.. tapi guru tu bukan saya la.. ehehehe,... :P

    Dulu masa zaman sekolah, kalau saya tak nak hadir ke sekolah memang kena bantai ngan bapak di rumah.. dah kebiasaan dengan didikan itu, peratus kehadiran saya selalu saja 100%.. kecuali la kalau sakit.. hee

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.