Nak bercerita pasal diri saya hari ini boleh?
Eh, bukan ke tiap-tiap hari Cikgu bercerita pasal diri Cikgu dalam blog ni kan?
Hehehe.
Yang tiap-tiap hari tu, memang saya bercerita pasal saya, tapi saya tak bagi tau . Yang hari ini pun hendak bercerita pasal saya juga, tapi saya bagi tahu dari awal.
Cerita aja lah cikgu, kalau sedap kami baca sampai habis, kalau tak sedap kami skip ke blog orang lain . Apa susah, kan.
Berangan.
Memang perangai saya yang utama.
Dari kecil dulu suka berangan. Masa duduk di flet polis Sungai Senam, saya berangan saya sebagai pelakon Hindustan, bila emak suruh saya menyiram pasu-pasu bunga kertasnya yang berderet di beranda depan rumah, saya akan menyiram sambil bernyanyi-nyanyi, siap berlari-lari anak dikejar 'hero' . Masa dulu memang suka betul menonton filem Hindustan di TV hitam putih.
Saya juga berangan nak lari dari rumah , waktu itu. Terutama selepas dimarahi emak. Siap buat plan dalam kepala lagi, nak keluar pukul berapa, bawak baju apa. Tapi selalunya , plan terbantut, sebab saya tak tahu nak pergi mana dan takut nak keluar rumah waktu malam.
:)
Dah tua-tua ni pun, berangan jugak.
Niat hati nak buat air nescafe tadi, entah macamana, boleh membancuh air milo pulak tanpa sedar.
Entah apa lah yang saya angankan, saya pun tak tahu.
*sudah senja rupanya , leka menaip entri tiada motif ini :)
~cikgunormah@klcitizen~
Kelakornyer Cikgu...hehehehe
ReplyDeleteDi persilakan semua untuk menyertai Giveaway Sulung Miecyber's Blog.
http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html
kalau ada masa, insyaAllah ..
Delete.....biasalah tu.....
ReplyDeleteperkara paling best nak di buat ialah berangan...
tercapai x..itu belakang cerita.....
.....teringat mamaijat ...zaman kecik2 dulu,suka sangat berangan jadi 'cikgu'...
akhirnya..tercapai angan2 tu...
he he he....
alhamdulillah..
tercapai jugak angan2 tu kan... alhamdulillah
Deletekah kah kah (gelak besar ni k.Normah)
ReplyDeleteberangan sebagai pelakon Hindustan??? tak menahan ni...
Saya berangan saya jadi mak-mak...
hehe... seronoklah
dah tercapai angan2 tu, kan jadi mak-mak ...
DeleteBab berangan nak lari dari rumah tu selalulah masa kecik. Terpengaruh dengan citer BJ and The Bear hehehe.
ReplyDeletewah, RP pun berangan nak lari rumah gak? hehehe
DeleteBerangan tidak perlu keluarkan modalmpun. :-)
ReplyDelete