Wednesday, February 1, 2012

struggling to be a better muslimah

Kalaulah hidup ini tiada ujud kepercayaan kepada hari akhirat dan pembalasan di atas semua ketidak adilan pastilah hidup kita ini penuh dengan seribu kesalan dan kekecewaan.

Kerana hidup ini memang tidak adil.

Atas semua segi pun, jika diperhalusi dan diteliti.

Setiap hari dalam menjalani hidup ini, setiap kita pasti punya perkara-perkara dan halangan yang perlu kita tempuh dan kita lawan. 

I always tell people that we have different struggles in our life, that we do not look at people and put people on the same par as us. But we understand that people have different levels and people have different struggle and people go through different stages of their life. 
Your friend next to you might have the struggle of just putting on a hijab, another friend might have struggle of doing her five daily prayers. 
So I'm saying that, allow people to go through their own pace and not force people to follow your pace. And the most important thing to me, for asking people, for wanting people to become good and for yourself is always the acceptance and the mercy . ~ Wardina Saffiyah - Struggling to be a better muslimah : bermula minit ke 8:02

Ketidak adilan yang diletakkan ke atas kita dari tindakan manusia lain pertamanya pasti menimbul amarah dan di hujung amarah itu pasti ada rasa dendam. Kita hanya manusia. Bukan malaikat yang keabdiannya mutlak. Dan kita bukan Rasul yang hatinya putih bersih jernih serta penuh rahmat dan kasih.

Kita terpaksa berlawan nafsu amarah dan dendam. Dan pasti rasa itu disemarak dan diapi-apikan oleh syaitan durjana.

Dan perlawanan itu berlangsung dalam diri yang hanya kita dan Allah saja yang tahu. Soal jawab yang berjela dalam fikir  dan benak.

Memaafkan bukan semudah terucap di bibir.

Betul. Sukar amat.

Tetapi, memaafkan itu bisa menyurutkan dendam dan amarah yang menyakitkan itu.

Dan saya mendoakan agar hati saya juga punya kekuatan untuk memaafkan serta benak saya bisa melupakan.

Salam kasih buat semua yang hatinya sedang panas tika ini. Moga tenang kembali.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Hati saya baik sahaja hari ini.. Alhamdulillah. Cikgu cutikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, muzakkir, tadi siang cuti, alhamdulillah. moga hati muzakkir sentiasa baik dan tenang

      Delete
  2. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ). Huhu. :) I like it Cikgu Normah. Blog cikgu mmg best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tun nila utama. Dan betul juga tu, ta'awwuz serta istighfar biasanya dapat membantu. InsyaAllah .

      Delete
  3. hati sy tak panas menyala,tp baranya ada gak.hehe..

    adil ke tak adil,itu yg telah diatur utk kita,cuba jalani kehidupan sebaik mungkin.disana nti kita akan dibalas dengan adil..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, kita sentiasa yakin dengan pembalasan Allah, kan.

      Delete
  4. setiap kali hendak tidur kita maafkan kesalahan2 mereka..
    insyaAllah esok bangkit tdo hati menjadi tenang dan lebih
    dibukakan pintu rezeki dan keimanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang terbaik. dah tetua ni baru saya boleh nak praktik, nur. :)

      Delete
  5. saya hari ni okay.. tp bbrp hari lepas saya hangin jugak, sbb bekas pensel anak diambil kawannya & kawnnya tak mengaku & tdk juga mahu pulangkan.. sakit juga hati sbb makayahnya pun tak amik port nak pulangkan..

    ReplyDelete
  6. betul kak, kadang-kadang kesedaran juga tidak bisa membuatkan kita menjadi lebih baik, selalunya ia hanya bertahan sebulan 2, kemudiannya perlahan-lahan berubah kepada yang asal. Alahai... susahnya untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Saya tabik dengan kecekalan hati Wardina yang boleh berubah sebegitu drastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya wardina berjumpa dengan rakan2 usrah yang sentiasa mengingatkan . sebab itu dia istiqamah . kita doakan kita pun begitu gak, kan

      Delete
  7. aik tadi rasa mcm ade tinggalkan komen.. mana eh hilang komen tu..

    ok, komen lagi lah.. kakyong jrg panas hati.. tp sesekala bila ade yg suka 'menjolok sarang tebuan', memang boleh meletup..

    memang setiap hari bergelut utk menjadi muslimah yg lebih baik.. tp ade juga hari2 yg lebih teruk dr semalam :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, perkataan bergelut ini yang saya cari dari semalam semasa menulis entri, tak ketemu . tqsm :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.