Tuesday, February 21, 2012

hantu kopek

*Muazzin.

Namanya indah. Kalau dalam Islam , nama itu punya status tersendiri , istimewa sebagai penyeru dalam aktiviti paling penting, menegakkan solat.

Eh, tulislah Muazin. Napa awak termenung lagi ni?

Kecil molek budaknya, sebaya anak saya, walau tubuh anak saya dua kali ganda dari saiz tubuh Muazin. Dia tersengih. Masih menari-narikan pen biru di atas kertas sekeping. Buku tulisnya dikata hilang entah ke mana. 

Awak pernah dengar kisah Nabi Muhammad pertama kali terima wahyu ?

Pelajar yang lain tidak menghiraukan saya. Dan saya tidak kisah. Kerana saya hanya ingin berbicara dengan Muazin sahaja. Memujuk dia untuk menulis.

Dia angguk.

Bila malaikat Jibrail minta Nabi baca, baginda kata baginda tak boleh baca, apa malaikat tu buat lepas tu?

Dia peluk Nabi.

Ha, pandai, dia peluk Nabi kuat-kuat sampai  Nabi susah nak bernafas. Lepas tu, Nabi kata dia tak boleh baca lagi,  kan, lepas disuruh oleh malaikat. Jadi malaikat Jibrail buat apa?

Dia peluk Nabi kuat-kuat..

Betul, Muazin. Sampai Nabi terasa seperti susah bernafas. 

Muazin pandang saya kehairanan. Sejak bilalah pulak cikgu Matematiknya ini menjadi seorang ustazah? Seperti saya boleh baca fikiran dia.

Ha, awak kalau tak boleh nak buat jugak ni, saya peluk kuat-kuat, sampai awak sesak nafas . Nak tak?

Tak nak, tak nak.

Tak pe, kalau tak nak, saya suruh Penolong Kanan Petang peluk awak kuat-kuat, nak?

Dia geleng kepala dan bersegera menulis.


*Bila mengugut si Muazin ini, terus saya terbayangkan kena kepit dengan hantu kopek. Hahaha. Anda tahu tak tentang hantu kopek?


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Saya pernah la dengar pasal Hantu Kopen ni masa kecik kecik dulu. Tapi takut nak bayang.

    First time tengok, dlm filem Hantu Kak Limah. Gelak guling guling!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu...

    Agaknya kalau dia cakap nak, cikgu nak peluk ker..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam razak

      biasanya diorang ni taknak nya. kalau dia kata dia nak, saya kata ..banyak cantik muka awak :)

      Delete
  3. .....Salam......
    ha ha ha...
    gaya ckg 'lama' menarik minat anak murid....
    psychology....gitu!!
    mujur dia kata 'x nak' ye....

    ReplyDelete
  4. ahahaha.. tak terbayang kalau cikgu betul2 peluk Muazin..ehehe.
    Hantu kopek tu macam mana ya? saya pun baru dengar.. agaknya lain tempat lain juga gelaran utk hantu mcm tu.. ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu Kopek ini gigi panjangnya dan mata merah menyala macam biji saga. :-)

      Delete
    2. setengah tempat kata hantu tetek... hahaha, jenis sorok budak bawah buah dadanya

      Delete
  5. eheee..seriau student tu cikgu takut kena peluk..kikiki..
    hantu kopek?pernah dengar tapi tak tahu macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu yang nyorokkan budak2 , kononnya

      Delete
  6. Pandai cikgu 'ugut' pelajar tu.hehe
    Kalau kita main nyorok-nyorok pada malam hari mesti orang tua cakap nanti kena sembunyi dengan hantu kopek. Sebenarnya nak takutkan budak-budak saja..

    ReplyDelete
  7. hantu kopek tu hantu yg teteknya melandut tu ekk?haha betulkan klu sy salah..

    pandai cikgu psycho muazzin..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.