Hujan.
Hari ini rupanya hari ramai bersedih di sekeliling saya.
Dan Allah turunkan rahmatNya seolah memberitahu, sedih itu pasti akan surut juga dan diganti dengan rasa nyaman serta selesa.
Sedih.
Kitaran perasaan yang berupa nikmat Allah, dikurnia pada setiap kita dalam darjah yang berbeza. Kadang sedih itu terasa seperti selaran halus mata pisau berkali-kali atas sekeping hati, yang secara fizikalnya tidak nampak di mata tetapi pedihnya terasa hingga ke ulu hati.
Jangalah bersedih.
Walau saya tahu, kata-kata yang tertulis tidak bisa meredakan sedih itu. Percayalah yang sedih itu akan lupus juga. Kerana tidak ada yang kekal di dunia, hatta rasa itu sendiri.
Saya sentiasa percaya, kesedihan itu menguatkan hati, agar hati lebih kental dan tabah. Hati yang tidak teruji akan sentiasa lemah dan hilang arah, leka dan menjauh dari Allah.
Dan dalam detik meniti kesedihan ini, saya panjatkan doa, buat mereka yang bersedih di sekeliling saya, agar Allah limpahkan rahmat dan kasihNya pada setiap keping hati itu, agar bila nanti dinilai sekeping hati itu , syurga lah yang layak menjadi tempatnya.
Amin.
~cikgunormah@klcitizen~
:-)
ReplyDeleteKadang2 lama tak sedih, rindu pula nak menangis atau sayu sedan. hehehehe
ReplyDeleteyalah azie kan... hehehe
DeleteAmin3....
ReplyDeleteamin juga :)
DeleteSalam kakcik,
ReplyDeleteBetul tu, klau tak bersedih kita juga boleh lupa diri, hilang rasa manusia dlm diri...
Tapi tak boleh selalu bersedih, stress sgt pun tak bagus jgk :)
betul marya... :)
Deletelumrah setiap insan utk melalui saat2 kegembiraan dan kesedihan dalam hidup..
ReplyDeleteitu lah perlunya kehadiran insan lain untuk memberi semangat dan dorongan kepada teman2 yang sedang dilanda kesedihan...
setuju ngan gen2, itu pentingnya sahabat dan keluarga di sekeliling, kan
DeleteAnak jiran depan rumah cikgu bergembira hari ni sebab baru saja menjadi isteri orang. Cikgu tak pergi ke majlisnya di Masjid Mindef tadi ke? ngeeee
ReplyDeleteya, tahu. tadi ada program di sekolah :) esok insyaAllah kalau panjang umur , akan hadir juga meraikan
DeleteSesekali, perlu juga dilayan rasa sedih itu...
ReplyDeletebetul ckLah
DeleteDalam tidur kadang-kadang boleh menitis air mata diikuti sedu sedan.
ReplyDeletewah, ini memang betul2 sedih ni . semoga segera hilang sedih itu
Delete