Saya tahu saya pernah menyakitkan hati awak. Dan saya minta kalau boleh awak maafkan saya.
Terus matanya merah. Dan air mata mengalir. Walau ditahan, tetap, merah di mata dan hujung hidungnya, ketara sungguh.
Saya peluk dia, kerana saya tahu selepas ini entah bila pula dapat bersua seperti ini semula. Walau dia tidak jauh perginya, tapi saya dan dia tahu, rutin hidup seharian selepas ini bakal menyukarkan lagi pertemuan dan perpisahan sebegini , lumrahnya menyukarkan lagi jalinan perjalanan hidup antara kami.
Dia menggelengkan kepala. Suaranya tersekat di kerongkong.
Saya faham , gelengan itu menandakan dia sudah melupakan kisah lama . Kisah itu seolah tidak memberi bekas lagi pada saat itu, saat saya memohon maaf dari dia.
Dan hati saya rasa lapang.
Kisah saya mencalarkan hatinya satu waktu dulu, bermula dari insiden kecil. Tetapi , biasalah, saya juga manusia, punya ego dan darjah kebodohan seperti manusia lain juga. Dan selepas hatinya itu tercalar, tidak pernah lagi berkesempatan saya memohon maaf setulus dan sesungguhnya dari dia.
Dan hari ini , saya rasa beban di bahu dan hati saya terasa ringan.
Doa saya moga Allah mempermudahkan hidupnya dan keluarganya dengan rutin yang baru. Moga Allah menjaga keluarganya seperti mana saya mahu Allah menjaga keluarga saya juga.
Amin.
~cikgunormah@klcitizen~
Setiap insan tak lepas melakukan kesilapan. Saya kagum dengan tulisan cikgu sebab cikgu muhasabah diri melalui blog. Macam nak tiru saja..hehe
ReplyDeleteSila tunjuk ajar.
kalau benda yang baik, ikutlah muzakkir. tulisan saya tak sehebat mana, ramai lagi penulis hebat dari saya. :)
Deletesaya menulis selalunya benda yang berlaku dalam hidup saya, untuk peringatan saya, kadang kisah yang saya rasa lucu, geram atau sesal dan tidak patut saya buat. selalunya ia datang dari hati. menulis kena ada hati . :) muzakkir pun saya lihat bisa menulis. praktis lebih sikit dan saya kira tulis berdasarkan rasa hati tetapi bersempadan dengan nilai yang baik itu boleh membantu.
tulisan saya di awal2 saya membuat blog ini pun macam budak2 je, itu tahun 2009 dulu. dah lama2 , saya dah dapat style sy sendiri , walau tak sehebat mana . :)
perkata paling susah utk dilakukan oleh manusia, memohon maaf dan memaafi..
ReplyDeletememang payah JMR , bila hendak meminta maaf :)
Deletememaafkan memang perlukan kekuatan..tahniah cikgu!
ReplyDeleteKalau boleh hari-hari mahu mohon maaf kepada semua.
ReplyDelete