Wednesday, February 22, 2012

salam sayang

Life is so unfair.

Saya pandang wajah sahabat saya ini. Seri wajahnya tampak jelas di mata saya. Tutur katanya masuk satu-satu dalam hati. Akan saya ingat sampai mati.

Dan waktu ini, tatkala menaip, wajah itu muncul semula. Jelas. Senyum dan pandang matanya berbekas dalam hati dan jalur fikir.

Kalaulah hidup ini sudah terpenuh keadilannya, sahabat, tak payahlah kita bersusah payah dalam hidup ini. Kerana akhirat memang pasti tiada. Semuanya sudah kita terima dan kita genggam di sini. Dan pasti syurga pun sudah tersedia di depan mata kita di sini.

Tapi, kerana akhirat itu wujudlah, maka segala ketidak adilan itu sedang berlaku sekarang. Dan terpaksa kita telan satu-satu, sebutir demi sebutir, langkah demi langkah.

Pedih.

Sakit.

Dan berat sekali, kan.

Tapi, kan kita ada sama-sama. Mendoakan satu sama lain. Memberi tenang dan rasa bahagia walau cuma sebentar dan sementara. Supaya selepas rasa tenang dan bahagia itu, hati kita tambah kuat dan cekal untuk menerima segala ketidak adilan ini. Biarlah masa berapa lama pun, yang pasti segalanya tidak kekal.

Kita cuba perbetulkan niat. Kasih kita keranaNya, doa kita dan pengharapan kita mutlak hanya untuk Dia. 

Saya percaya sahabat saya ini juga mendoakan saya, kerana saya juga sentiasa mendoakan untuk dia, selagi nafas ini kekal dalam jasad ini.

Salam sayang.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Salam Cikgu.

    Bos saya dulu sering ulang perkataan Life is not fair itu. Dia tak nak anak2 buahnya komplen terlalu banyak.

    Sebagai org Islam kita memandang dari sudut yg berbeza. Penerangan cikgu sungguh jitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini apa yg saya rasa YB. kalau agak2 betul, terima kasih :)

      Delete
  2. Redha dan ikhlas. Antara pengubat jiwa sedang lara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul azie, iika redha, eemuanyaAllah mudahkan

      Delete
  3. Lepas tempuh semua cabaran kita akan rasa hidup ini 'funfair' kan cikgu?

    ReplyDelete
  4. yg penting , redha dan berusaha untuk mengubah tahap kehidupan

    ReplyDelete
  5. Sebagai manusia kandang-kadang tidak lari buat kesilapan menyalahkan takdir. Se eloknya cepat sedar dan bertaubat.

    ReplyDelete
  6. hidup mmg tak adil.terima dengan hati terbuka kerna tidak akan ada kemanisan hidup klu hidup itu terlalu adil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang nk menerima tu perlukan masa, kan

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.