Monday, February 20, 2012

nasib kita camana ?

Mak akak tak marah ke nanti ?

Tu lah. Dia terpaksalah ikut nampaknya. Akak pun dah lama berkorban, suami pun alhamdulillah dah lama faham dan tak ungkit.

Bukan isu melepaskan tanggung jawab. Kerana telah  mengenali kakak ini sekian lama dan tahu benar sikapnya yang sangat mengambil berat dan sabar terhadap ibunya, saya tahu tindakannya itu telah lama ditimbang tara dan diperhalusi atas segala aspek. 

Saya hanya insan luar yang memerhati. Tidak berhak menilai dan menghakimi.

Sejak jaga emak akak ni, akak faham kenapa sesetengah orang begitu tega meletakkan ibu atau bapa masing-masing di rumah orang tua. Bukan kerja mudah, Normah. Banyak hati perlu dijaga. Hati emak, hati anak dan hati suami kena sentiasa dijaga. Lagi pula kalau dapat emak yang sangat sensitif dan ingin perhatian sepanjang masa. 

Nada suaranya berbaur sedih dan lelah.

Masalah kucing pun boleh jadi isu, emak akak tak suka kucing, dimarah-marah kucing tu, suami pulak terlebih sayang kucing. Akak lah kena jadi orang tengah. Kalau sehari tak pelah, ini isu bertahun-tahun. 

Memang payah. Dan sebenarnya, menjaga orang tua bukan kerja enteng dan bukan sebarang orang yang sanggup membuat sepanjang hayatnya.

Akak dah bincang dengan kakak akak yang sulung. Dialah pulak yang akan menjaga emak akak dua tahun lagi. Bergilirlah pulak. 

Isu yang tak habis. Selagi insan masih bernafas dan bumi masih berputar. 

Dari pandang mata saya, masih bertuahlah emaknya kerana anak-anaknya itu masih berperanan dan masih  mencuba jadi anak-anak terbaik.

Nasib kita pula ?  Tak siapa yang tahu.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. .....uuurrrmmmm.....
    yelah...tiada tahu untung nasib kita nanti ye.....
    seorang emak boleh jadi mak & ayah & jaga anak2...
    tapi belum tentu anak yang ramai tu boleh menjaga emak yang seorang.....nanti!!!!

    ReplyDelete
  2. Yang takde anak macam saya ni, tak tau la siapa yang akan jaga nanti.. Moga Allah berikan kesihatan yang baik, itu yang selalu saya pinta dalam doa..

    Salam ziarah.. :)

    ReplyDelete
  3. Besar pahala menjaga orang tua. Inilah peluang untuk mereka mendekati dengan anak-anak dipenghujung hayat. Orang tua selalunya sensitif dan betul apa kata cikgu perkara kecil pun buleh jadi besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya, senang untuk berkata dan melihat, tapi mengalaminya sangat berat

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.