Saturday, October 21, 2017

Lebih kurang ...





Ada dua   yang pasti dalam  kehidupan  dunia ini, iaitu ,
perubahan dan kematian.

Harini nak bermonolog tentang perubahan lah. Kematian tu kita letak ketepi dulu. 

Tahun-tahun 70an dan tahun-tahun sekarang memang sangat jauh bezanya. Tahun 70an tu saya bersekolah rendah di Marian Convent, Ipoh. Ntah macam manalah rupa sekolah saya tu sekarang ni, sejak dah belajar ke sekolah menengah sehingga sekarang tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sekolah tersebut.

Apakah episod yang saya paling ingat dalam zaman bersekolah rendah saya?

Oh, ada beberapa episod yang masih saya ingat. Walaupun banyak episod yang telah tenggelam dalam memori silam saya. Biasalah, benda dah berpuluh tahun berlaku, kan.

Saya paling ingat seorang Cikgu Bahasa Inggeris saya. Tapi tak ingat pulak masa tu saya berada di dalam darjah berapa. Nama beliau Mrs Lim. Tetapi saya dan beberpa rakan memanggil beliau Mrs Lim Bulldog. Uish, tidak berniat sedikit pun nak mengejek beliau, tetapi nak menunjukkan garang tak garangnya lah beliau masa tu. Nampak tak kegarangan beliau berdasarkan nama tu sahaja.

😂

Kalau dengar tapak kaki beliau je di luar bilik darjah, dah rasa tangan ni berpeluh ya amat. La, bukan waktu dia berjalan ke arah kelas je, hari sebelum nak ke sekolah, tengah susun buku berdasarkan jadual pun dah dup dap dup dap. Setiap malam sebelum kelas Bahasa Inggeris sebelumnya, memang doalah, saya sakit ke keesokan harinya, atau tetiba cuti umum ke diistiharkan, ataupun tetiba ada mesyuarat guru ke... Tapi rasanya, tak pernah doa-doa tu Allah makbulkan. 

Memang ada hikmahnya semua benda berlaku, dan doa tersebut tidak dimakbulkan rupanya.

Mrs Lim ni, badannya gempal-gempal, berkaca mata ala-ala madam dalam citer-citer Mandarin.

lebih kurang la

Ada satu peristiwa yang saya nak cerita. Masa tu, rasanya kelas relief. Cikgu yang sepatutnya mengajar tak dapat hadir. Jadi, kami sekelas dapatla berjimba sekejap. Kalau waktu tu, rasanya bagi saya, kelas tak lah bising sangat, tapi kalau sekarang saya yang berdiri kat depan kelas tersebut, rasanya kelas tu memang cukup bising. Sebab tak lama kami dapat berjimba. 

Tetiba je Mrs Lim muncul depan pintu. Apa lagi, macam lipas kudung masing-masing, bergegas ke tempat duduk.

Mrs Lim beri arahan sedikit sahaja, selepas kami dah bagi ucap selamat. Lebih kurang dia cakap ...

"I want you to do your own work. No noise.."

Senyap sesenyapnya kelas saya waktu tu. Masing-masing buat kerja rumah yang setiap hari berlambak cikgu-cikgu bagi.

Tapi ...

Saya yang macam perangai badut sejak kecil lagi dalam kalangan kawan-kawan ni, tak boleh nak tahan dengan kesenyapan kelas yang ada. Seingat saya, saya pergi gatal mulut nak pinjam gunting dari kawan sebelah. Saya rasa, saya dah berbisik paling perlahan. Rupanya, telinga Mrs Lim macam radar supersonik.

"You there, come here!!"

Nak tahu macamana perasaan saya masa tu? Sekarang pun boleh gambarkan perasaan tu. Sebab Mrs Lim pandang "direct" ke arah saya. Jari telunjuk dia macam terasa je menunjal kepala saya.

Waktu tu, hati saya macam dah jatuh bergolek-golek kat lantai kelas. Tali usus berpintal berpintal tak tau nak bayang camana. Nak gerak ke depan pun rasa macam takde kaki dah. Menyesal tak tau nak cakaplah kan. Kenapalah bodoh sangat nak pergi mintak pinjam barang orang masa "time" Mrs Lim kat depan mata.

Nak tak nak, pergi jugakla menyerah untung nasib pada Mrs Lim.

"What were you doing just now? I said no talking .."

Mrs Lim bertanya tu bukan bermakna kena menjawab. Kalau jawab memang cari nahas lah. Lagipun Bahasa Inggeris saya sangat berterabur, kalau nak jawab kenan karang atas kertas dulu. Jadi, saya hanya diam berdiri sebelah dia. 

Banyak buku tulis depan Mrs Lim. Rupanya dia tengah menanda buku tulis semasa kelas yang dia relief. Perkara yang saya tahu sekarang, tak sepatutnya berlaku masa kelas relief zaman 2017. Tapi zaman tu, mana saya tahu Mrs Lim tak patut berbuat demikian . 😀

Rakan-rakan saya yang lain semua terhenti membuat kerja. Budak yang nak bagi pinjam gunting kat saya tu agaknya bersyukur amat, sebab dia tak dipanggil sama. Masing-masing berdebar menunggu hukuman yang sepatutnya saya terima.

Mrs Lim keluarkan sesuatu dari bekas alat tulis beliau. Oh, masa tu perut saya bukan dah kecut lagi, rasanya macam dah tak de perut, bila nampak Mrs Lim keluarkan gunting. Takutnya waktu tu tak tau nak cakap macamana.

Dalam masa sama, Mrs Lim keluarkan selotep paling besar yang saya nampak waktu tu. Tak pernah sebelum tu saya nampak selotep sebesar itu.

Beliau potong selotep tu dalam ukuran 4" dan terus tampal ke mulut saya.

"Now, keep quiet and do your work"

Memanglah lepas tu keep quiet kan. Nak cakap macamana. Mulut dah kena selotep. Haha.

Tapi masa nak bergerak ke tempat saya tu, sempat lagi saya tengok kawan-kawan saya gelakkan saya.

Itulah peristiwa yang sangat saya ingat tentang Mrs Lim.

Kenapa pulak tetiba teringat?

Sebab sambil menunggu kereta saya dibasuh tadi, saya terbaca kisah seorang guru ganti dibuang kerja kerana menselotep mulut 10  orang murid-muridnya.

Memang zaman dah berubah. Menselotep mulut rupanya boleh dianggap mendera. 

Tapi kalau dah tak tahan sangat dengan kebiadapan dan keceluparan sesetengah pelajar kita zaman sekarang ni macamana lah nak didenda, ya?

Memang sesekala, ada anak murid yang lancang mulutnya. Bercakap lagak orang tua menentang musuh, sedangkan yang dihadapan adalah gurunya. Itu yang membuatkan cikgu-cikgu ada kala hilang kewarasan akal untuk bertindak.

Entahlah ya. Dunia pendidikan semakin mencabar sekarang, bukan kerana isi kandungan subjek yang diajar, tetapi cabaran yang ada ialah memanusiakan manusia itu sendiri.

Semoga semua guru-guru di luar sana, dikurniakan pahala dunia akhirat, dimudahkan segala urusan dan direzekikan segala kebaikan dunia akhirat. 

Selamat Hari Guru


psst : nak baca tentang guru ganti kena buang kerja, di SINI.

Salam ingatan,

~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 18, 2017

rupanya ...







Hari ini encik hasben sedikit berkerut.  Apa tidaknya, belanja menukar keempat-empat tayar kereta bukan murah zaman sekarang. Tapi kan,  keperluan itu sentiasa mengatasi kehendak. Jadi hendak tak hendak, kerutan di dahi itu  terpaksa dibiarkan sahaja di situ.

Sambil menunggu pekerja bengkel meneruskan urusan, saya seperti ramai dari kita, mengadaplah henfon mencari-cari bahan untuk dibaca.

Panas terik di luar makin membahang. Nasib baiklah bengkel ini ada bilik berhawa dinginnya sendiri. Sambil ditemani rim kereta di sekeliling dan bau getah tayar, saya terusan melompat dari satu laman ke laman yang lain.


banyaknya rim kereta


Rupanya ....

Ada sebuah perpustakaan di Auckland New Zealand, kerap mengalami masalah buku-buku hilang dari rak buku.  Yang menariknya , buku-buku ini dijumpai di tempat-tempat yang sukar dikesan dalam perpustakaan itu sendiri, contohnya di permukaan bawah meja, di celah-celah almari, tersorok dari pandangan orang ramai.

Pada mulanya, staf perpustakaan menyangka perbuatan ini angkara kanak-kanak atau remaja nakal. Tetapi setelah diselidiki, ternyata sangkaan mereka meleset.

Rupanya ....

Perbuatan ini dilakukan oleh gelandangan. Hebat betul! Gelandangan yang membuat kerja ini sebenarnya orang-orang berpendidikan, suka membaca dan menyorokkan buku-buku tersebut bagi memastikan apabila mereka kembali semula ke perpustakaan tersebut untuk menyambung bacaan, buku tersebut masih ada di situ.

Kenapa mereka bergelandangan? Wallahualam. Nasib seseorang itu tak sama. Sekeping ijazah tak menjanjikan ada rumah dan kehidupan normal seperti orang lain.

Terkedu sebentar bila memikirkan, betapa dalam keadaan daif, gelandangan ini masih mengutamakan buku dalam kehidupan.  Dan sebab mengapa mereka menyorokkan buku-buku tersebut  dan tidak membawa keluar dari perpustakaan untuk dibaca di luar juga sangat menginsafkan. Tahu kenapa?

Pertamanya kerana mereka khuatir buku tersebut tiada di rak yang berkenaan bila kembali untuk membaca di lain kali. Yang keduanya, kerana mereka merasakan buku itu tidak selamat di luar jika bersama mereka. Kan mereka tak punya rumah dan tempat simpanan untuk menyimpan.

Uishhh... sayangnya mereka kepada buku yang bukan hakmilik mereka pun.

Ini menunjukkan apa?

Bagi saya ini menunjukkan sifat kebertanggungjawaban terhadap barang-barang atau prasarana bersama. Isu merosakkan harta benda awam tidak wujud dalam hidup mereka yang punyai sifat tanggungjawab seperti ini. 

Membaca tentang sifat mereka ini menyebabkan semangat nak mencari buku-buku saya yang baru separuh dibaca dan dah missing in action timbul pulak.

Oh , kepada rakan-rakan yang menyambut Deepavali, selamat bergembira bersama keluarga.

psst : Jika nak baca tentang misteri buku hilang tu di SINI.


Salam ingatan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 15, 2017

Ingat tak ingat






Rasanya tadi sudah dihafal nama ustaz itu. Saya sebut berkali-kali dalam hati. Dan berkali juga pesan pada diri sendiri supaya jangan terlupa.


Oh....


Rasanya Ustaz Hambali. 

Betulke? Wallahualam, betul ke tidak, saya pun tak pasti.


Makin tua ni makin susah sikit nak mengingat. Tapi sebenarnya bukan sejak tua ni sahaja yang sukar nak mengingat, seingat saya yang selalu tak ingat ni, dah lama juga perangai tak berapa nak ingat ni ada. 😂


Sebenarnya sambil meneman suami hendak mencari sarapan pagi, dalam perjalanan itu , sempat mendengar tazkirah di radio IKIM.


Tapi itu pun perbincangan sudah separuh dan saya dapatlah menangkap beberapa isi. Dari kata-kata Ustaz tersebut, saya simpulkan beliau menekankan tentang sikap kebergantungan pada Allah. Terutamanya dalam kalangan anak-anak sekolah kita yang hendak menempuh peperiksaan besar .


Berdoalah, kata beliau. Setelah segala ikhtiar dan usaha terbaik kita dah buat, maka berdoalah. Kerana di akhir penentuan itu ialah takdir. Memanglah sunnatullah itu berlaku mengikut kebiasaan, tetapi sunnatullah  itu juga terhasilkan  dengan sandaran dari keizinan Allah.


Segala daya dan upaya kita tak pernah akan dapat mengatasi takdir Allah. Yang pasti, kebergantungan kita kepada Allah akan melepaskan segala resah gelisah . Dialah Yang Maha Tahu kenapa dan mengapa sesuatu itu dibenarkan berlaku dan Dialah yang Maha Bijak Perancangannya.


Saya juga pernah terdengar seorang Ustaz yang saya dah tak ingat namanya berpesan. 

Oh... ingat rasanya.


Kalau tak silap saya , Ustaz Shamsuri namanya. 


Beliau menceritakan semasa peristiwa Nabi Muhammad diangkat naik ke lapisan langit yang tujuh; di setiap lapisan itu Baginda telah bertemu dengan para Nabi dan Rasul. Yang indahnya, ialah setiap dari insan mulia yg dijumpai Baginda, mereka akan mendoakan untuk Baginda Rasul.


Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum dan kekasih Allah ini didoakan oleh para Nabi dan Rasul yang lain, apatah lah lagi kita.


Peristiwa itu sendiri menunjukkan bahawa BERDOA dan MENDOAKAN untuk orang lain adalah digalakkan dan dituntut.



Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua dan mengurniakan kita  segala kebaikan di dunia dan di akhirat nanti.


Salam Ingatan.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...