memenuhi permintaan bakal lawyer cum PM satu hari nanti ..insyaAllah..
mr Zharifminta pendapat tentang PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 secara berperingkat .. daripada seorang guru kerdil yang tidak bertauliah..
gasaklah zharif... ini sekadar pendapat sahaja...
1. sudah diwarwarkan dah... akan dimansuhkan. so.. saya
menurut perintah sahaja lah.. bangkang-bangkang nanti, takut kena potong gaji
2. secara peribadi, (ni, kalau kita tak masuk bab bahasa jiwa bangsa la..ya )...
selama mengajar science n chemistry dalam bahasa inggeris... pelajar-pelajar yang akademiknya baik,
tidak menghadapi masalah menggunakan mana-mana bahasa...(2 bahasa ni, la, kan, bahasa melayu atau bahasa inggeris...)
saya rasa pun, sekiranyalah.. mereka ini belajar dalam bahasa malaysia di menengah dan
hanya mempelajari subjek tersebut dalam bahasa inggeris di IPT, mereka masih tidak menghadapi masalah... sebab mereka ni MEMANG NAK BELAJAR, dan ada keupayaan untuk menguasai..
3. yang menjadi masalahnya ialah pelajar golongan sederhana dan lemah dalam akademik... betul sangat seperti hasil kajian tu... pelajar ini , sukar menguasai kandungan subjek tersebut... dan penggunaan bahasa inggeris dalam sesetengah keadaan mematikan minat mereka...
saya berpendapat...
tujuan mempelajari sains adalah untuk memahami perkara yang berlaku di sekeliling, supaya tidaklah nanti perkara yang mudah pun dalam kehidupan seharian kita tak reti...
contohnya...camana nak lambatkan ais dari mencair... jangan letak dalam air, bungkus ngan kain ...contohnya lah
pelajar2 sederhana dan lemah ini bukannya nak jadi saintis ke, doktor ke atau angkasawan ke... jadi istilah2 sains dalam bahasa inggeris yang dia sendiri pun tak faham bukannya boleh mereka guna dalam seluruh kehidupan mereka...
tetapi
kefahaman tentang sains yang lebih penting..
dalam setiap pekerjaan, dan perjalanan hidup kita, pasti ada konsep sains yang kita gunakan...
kalau kita tak faham...tak reti... itu yang jadinya kita boleh ditipu dan dipermainkan...
jadi... saya setujulah dimansuhkan
bagi kepentingan pelajar lemah dan sederhana4. namun begitu... saya juga bersetuju dengan masalah kelemahan berbahasa inggeris di kalangan pelajar sekarang..
dan ..
baguslah , masa pengajaran BI ditambah... (
selamat berjuang untuk sahabat2 yang mengajar BI)
tetapi ...
saya rasa , lebih wajar penekanan lebih diberi terhadap communication skill pelajar
ini yang pentingnya... saya lebih berfokus pada pelajar sederhana dan lemah... kerana ini yang majoritinya di sekolah harian
mereka ini akan keluar nanti bekerja sebagai teksi driver, pengurus kedai, sales person dll yang akan berurusan dengan orangramai, lebih2 lagi pelancong... dan mereka mesti pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik
format peperiksaan muet ... saya rasa perlu dimasukkan dalam peringkat spm lagi.. jadi, nak tak nak, pelajar mesti belajar bercakap dalam bahasa inggeris...
5. ... kenapa 2012...? wallahualam....
secara berperingkat, mungkin ..supaya Form 1 tahun ini yang mempelajari bahasa inggeris masih boleh menjawab dalam bahasa inggeris semasa SPM nanti..
la..
zharif, kaitkan dengan PRU 13 nanti...taklah pulak terfikir gitu
kita bersangka baiklah ya
6....takdelah poin ke 6...sebab dah ngantuk ni...
esok pagi, nak sembang ngan cikgu2 kat kantin, masa rehat...
wallahualam... hanya Allah sahaja yang maha mengetahui