Friday, July 31, 2009

datang bulan ke?

pukul 1.15 pm tadi...
balik sekolah, tergesa2 ke mesin ATM Maybank di stesen Petronas

nak keluarkan duit sikit
mesin ni letaknya bersebelahan MacDonald


sedang menunggu giliran
mata memerhati ke dalam restoran tersebut..
ramai orang

yang sedihnya
melihat ramai juga
cik abang-cik abang kita ni
sedang leka menikmati makanan
ada yang sedang bersembang
ketawa
melayari internet

maklumlah wifi free

aii...cik abang...
tak solat jumaat ke?

ada pulak berdua
dengan kekasihnya...
kekasihnya elok bertudung rapi
kenapalah tak suruh
cik abang tu gi solat?

kalau lah itu
peribadi lelaki yang hendak kita jadikan sandaran dalam hidup
baiklah tak payah...
tak buat solat jumaat
terang-terangan di hadapan orang
dengan tak malunya

apatah lagi perbuatan dia nanti yang
kita
tak nampak

nasib baik
tak ada
anak murid saya
kalau tidak

dah selamba rock je saya
tegur
"ai...tok imam, tu orang tengah tunggu baca khutbah tu..."

kalau
ya pun
ada halangan
janganlah begitu bermegah
berpestaan gitu
di tempat awam

lainlah
kalau2
awak tu pun ada datang bulan, cam kami orang ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. ISA jgk dorg ni karang..haha

    ReplyDelete
  2. erm.. kena panggil jawi ni..

    ReplyDelete
  3. tu masalah budak2 sekarang ni...couple bagai nak rak sampai terlupa dah ari jumaat.buat malu agama sendiri.
    Baguslah cikgu tegur diaorang2 yang takda kalendar kat rumah ni..

    ReplyDelete
  4. cekup semua masukkan dalam van jenazah je. Eh, sapa pulak yang nak cekup sebab pencekup pun mesti dah di masjid. Ha, takde hal.. cari perempuan kaki pukul. amacam...

    ReplyDelete
  5. Apabila amalan islam dibelakangkan..hati terus tertutup dgn hiburan dan kenikmatan dunia semata2...!

    ReplyDelete
  6. Salam Kak,

    Minum arak rotan tak sembahyang jumat hukumnya apalak ye tak pasti...

    ReplyDelete
  7. yelah, datang blan dah tu... patut bagi hadiah sekotak tw.

    ReplyDelete
  8. sesetgah orang memang bangga dgn dosa yg dibuat...

    tapi. abanag2 dlm mcD tu diorg salah tgk kalendar kot... dia tgk yg semalam punya. maknanya, esok baru diorg siap2 nak pegi semayang jumaat...

    ReplyDelete
  9. Takpun kan kak, Jumaat diorang minggu pertama ngan ketiga je. Lagi 2 minggu boleh layan wifi free.... Malu gua sebagai lelaki beb.....

    ReplyDelete
  10. mmg berat nak buat solat kerana mereka rasa 'masa' mereka lambat lagi dan mereka dah dibuai dengan nikmat dunia. Belajar dari pengalaman sendiri, sehingga satu saat apabila semakin jauh dengan keimanan, hanya musibah sebagai langkah terbaik.. adakah mereka mampu menghadapinya?.. semoga kita sentiasa dilindungi.

    ReplyDelete
  11. Orang macam ni dia main pakai redah aje, tak tau hari apa - nak kata kecik ,dah besar panjang...guna la akal yang Allah bagi tu, hari Jumaat kan Penghulu Hari...MESTI s/yang Jumaat...kebertanggongjawaban diri tu mesti ada la...takkan orang asyik nak pantau dia s/yg atau tidak !

    ReplyDelete
  12. Salam Teacher

    Mereka tidak bimbang jika tidak menunaikan solat Jumaat, hati mereka akan ditutup rapat dan tidak dapat lagi menerima kebaikan dan hidayah.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Orang sekarang ni tak tahu malu... buat maksiat secara terang-terang.Sekurang-kurangnya malu kat orang sebab orang nampak. Nak malu kat Tuhan, susah sikit kot sebab Tuhan tu kita tak nampak.

    ReplyDelete
  15. Sokong basuh baju...

    ISA kena perluaskan lagik!!!

    Geram tul aku..

    ReplyDelete
  16. Ehhhh.... betullah tu ramai lelaki datang bulan sekarang ni.Barangkali inilah SEBABNYA H satu dan N satu menyerang.

    ReplyDelete
  17. Salam

    Sebenarnya walau apa alasan sekali pun tidak boleh dipakai. Sebab waktu rehat cukup panjang.

    ReplyDelete
  18. Haha..kelas akak..kalau saya saya akan cakap..Nah ambik tuding ni..Pakai!!wat malu kaum jantan je..

    ReplyDelete
  19. Hi KL Citizen, you withdrew money, ada pergi shopping? Ha ha.
    You have a beautiful Sunday, keep well, Lee.

    ReplyDelete
  20. Memang datang bulanlah tuu .. versi Jumaat 4 kali sebulan - tak macam kita!

    ReplyDelete
  21. kalu orng prmpuan ummi sebut ABC ( Allah bagi cuti ) kalu yg lelaki nak sebut apa ya , kalu dgn Allah pun tak de tanggungjawab ,bkn lelaki kot..........tp 2 alam ........

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.