Wednesday, July 29, 2009

persoalan yang terjawab

berkongsi perkara yang baik
boleh...kan?

rasanya
ramai yang sudah pernah membaca
perkara ini

tapi tak mengapalah
benda baik
diulang
beratus kali pun tak apa...


selalu
1.KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


2.KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


3.KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286


4.KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


5.KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


6.KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


7.KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


8. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


9.KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf


9 persoalan yang terjawab
semoga ini menjadi sebahagian amal baik kita...

tq to nurhaslina xsmktsw teacher
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. Pernah baca tapi memang menarik persoalan dan jawapan tu....

    ReplyDelete
  2. Wah..Bravo...Teacher !!!
    Dah semakin pandai mengarang nampak..Bagus entri nie..
    Sejuk hati ni membacanya...

    ReplyDelete
  3. mudah2an kita sentiasa berlapang dada...dan bersyukur dengan segala kenikmatan yang kita kecapi selama ini...serta redha dengan ujian2 yang diberi,semoga kita sentiasa berpegang pada tali Allah!!

    ReplyDelete
  4. Salam Teacher...

    Mudah-mudah segala rintihan yang terbit di hati dan jiwa kita terubat dengan janji-janji Allah, sesungguhnya kepadaNYalah tempat kita meminta kasihan belas dan menjadikan Al-Quran itu panduan dan penawar.

    Semoga Allah memberkati cikgu..

    Syukran Jazilan ..

    ReplyDelete
  5. mudahan2 kite ni d`permudahkn segala urusan.. ingat Dia selalu.. amin

    ReplyDelete
  6. salam cikgu
    dalam kekusutan dalam menjayakan program PGPYO ni sejuk hati bila tengok entri kali ni.Menaikkan semula semangat untuk terus berjuang.

    ReplyDelete
  7. kalau manusia melihat masalah yang dihadapi mengikut pandangan alquran dah banyak perkara dapat diselesaikan. Masalahnya nak baca quran pun malas usahkan nak baca maksud dan belajar tafsirannya.

    ReplyDelete
  8. manusia ni mudah keluh kesah. Selalunya mereka terlupakan DIA.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih dgn n3 ni, ia menambahkan kekuatan saya.

    ReplyDelete
  10. tq for d sharing sis...
    insafff.....

    ReplyDelete
  11. Hello KL Citizen, turning to religion is good for mind, body and soul.
    We are the better for it too.
    You keep well, Lee.

    ReplyDelete
  12. salam cikgu..

    untuk renungan dan muhasabah diri pada setiap masa..

    ReplyDelete
  13. Suka baca ni...dah baca berkali2 ni...

    ReplyDelete
  14. salam akak.. kita hidup ni sememangnya harus berserah pada Allah.. hanya Allah yang tau buruk baik untuk kita.. tapi pasrah bukan bererti mengalah.. kita juga harus berusaha..

    ReplyDelete
  15. perfect kan? memang al-Qur'an sumber teragung buat muslim..

    ReplyDelete
  16. suka baca ..perkara yg baik patut di ketengahkan selalu agar generasi muda mudi jua dapat berkongsi sama .

    ReplyDelete
  17. Nice sharing..
    semua persoalan kita lalui hari2 dlm kehidupan..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.