Thursday, March 31, 2011

sakit perut dan salam


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan." Riwayat al- Tirmizi

Dipetik dari buku 101 Rekreasi Hati oleh Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar

Sesampai di kelas, ketua tingkatan mengarahkan pelajar untuk bangun dan memberi ucap salam. Doa dari mulut anak-anak ini mendoakan kesejahteraan cikgu yang berdiri di hadapan, diaminkan dalam diam dan dibalas dengan ucapan doa yang sama juga buat mereka.

Sekadar menjadi guru ganti buat kelas tingkatan 3 ini, kerana guru yang berkenaan bertugas di luar membawa pelajar lain bertanding kawad kaki.

Ada kerja yang dibekalkan oleh gurunya dan mereka duduk menyambung kerja. Cuma sekelompok budak lelaki yang sibuk bersembang di tepi tingkap. Saya biarkan sahaja kerana tidak mengganggu.

Saya mengira kepala pelajar. Rutin apabila masuk kelas. Melihat borang MKM (maklumat kehadiran murid), bagi memasti bilangan pelajar sama seperti tercatat . Kurang lagi 5 orang.

Tidak lama melabuh punggung, masuk dua orang pelajar lelaki.

Terus ke dalam.

Memandang ke arah saya dan bersegera melangkah ke tempat duduknya.

Saya memandang tepat pada salah seorang. Dia hanya mengangkat kening dan bahunya, hairan.

"Waalaikummussalam...!" Sahut saya lantang dari tempat duduk.

Tersipu malu dia dan rakannya. Datang menghampiri saya, memberi salam dan mengisahkan tentang sakit perut salah seorang menjadi penyebab dia lambat masuk kelas.

Saya mengangguk menunjukkan kuasa saya sebagai guru relief :)

Berselang beberapa minit, masuk pula tiga sekawan perempuan. Berlenggang bagai Mak Minah pulang pasar. Terus ke tempat duduk.

" Eh cik kak... Waalaikummussalam!" Saya menjerit dari depan.

Cik Kak bertiga buat-buat terkejut. Berpandangan sesama sendiri hairan. Mana ada orang beri salam dengan waalaikummussalam kan. Sewel agaknya cikgu ini.

Hoi... Bagi salam kat cikgulah. 

Budak-budak lelaki yang lain memaklumkan, cuba memberi faham pada cik kak bertiga tersebut.

Lantas datang seorang ke depan mewakilkan dirinya memberi salam pada saya. Dan seperti sudah termaktub dalam buku peraturan sekolah, antara sebab masuk lewat ke kelas ialah sakit perut.


*saya rasa budak-budak sekarang memang ada masalah dgn sistem pembuangan bahan tak perlu dalam badan mereka kut, itu yang kerap sangat ke tandas, kan.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 30, 2011

Fikiran yang huru-hara

Kerap kali apa yang kita rancangkan tidak kesampaian. Kadang benda yang tidak kita rancangkan pula, dan tidak ingin kita lalui, itu yang tetap terusan kita tempuhi.

Kerap kali juga apa yang ingin kita luahkan tidak dapat dibutirkan. Walau berkali kita ulang dan ulang dalam hati dan fikir. Dan kita yakin sungguh itulah yang akan terkeluar dari bibir, tetap ia berkurung di tenggorok sendiri, segan dan terhalang oleh pelbagai sebab yang kita tidak jangka dan duga.

Kerap kali juga, apa yang ingin kita sampaikan tidak membawa maksud yang sama dengan kehendak kita. Apa yang ada dalam benak kita rupanya tidak dapat digarap dan difahami oleh yang mendengar. Maksud yang diingin oleh kita diterima dengan tidak betul dan menyimpang jauh.

Kerap kali juga, ayat dan aksara yang kita susun dengan kemas dan bertujuan untuk dibaca dan difahami oleh orang lain, tiba-tiba hilang dari pandangan. Atas banyak sebab teknikal yang mungkin berlaku atas kesilapan, kecuaian dan kebodohan sendiri. Dan hati pun jadi malas unuk mengarang semula.

Tetapi kita pun tahu, semua yang berlaku ada sebabnya yang kita sendiri pun tidak tahu kenapa. Biar pun asal niat di hati tulus dan ikhlas, tidak semestinya yang kita ukir dalam hati itu dimudahkan jalannya.

* entri yang sepatutnya dipublish dan telah habis ditulis, hilang pula .... Sebab tidak disave sewaktu menutup PC dan banyak perkara pada hari ini yang menghuru-harakan fikiran.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 29, 2011

makan gaji buta

"Rasanya saya patut tak payah mengajar awak semua ni, kan..."

Dari 26 orang pelajar, cuma ada 9 orang sahaja berada di dalam kelas. Itu pun setelah menunggu hampir 15 minit di makmal. Perjalanan dari kelas mereka ke makmal tidak lebih dari 5 minit pun bagi perempuan tua macam saya ini. Tetapi tidak bagi mereka ini yang mengambil jalan terpanjang yang boleh dari kelas sambil bertawaf mengelilingi sekolah.

Memang payah menjadi guru yang tidak digeruni pelajar. Ramai mereka ini pun bukannya tidak gerun dengan guru, malah ada yang tidak takut dengan ibu bapa sendiri pun.

"Patutnya kita duduk relax aja, kan, bersembang-sembang, awak pun boleh tidur sebab malam memang tidur lambat kan."

Saya pandang satu-satu wajah mereka. Hanya sembilan orang.... Yang lain, sibuk membuat latihan kawadlah, terlibat dengan kejohanan olahraga di luarlah, ada yang tak datang dan berminggu sudah tak nampak kelibat serta ada juga yang ponteng kelas, menyorok entah balik pokok mana.

Susah nak cakap. Semuanya lelaki, anak-anak bangsa kitalah, saudara seugama pulak tu.

"Ishh...mana boleh cikgu. Kami nak SPM..."

"O ya ke? Nak SPM? Urmmm .... Tak nampak gaya pun macam nak ambik SPM. Masuk kelas lambat, baring masa saya mengajar, bersembang, menyakat kawan masa tengah belajar..... Kalau saya tak mengajar, bolehlah jugak saya dapat makan gaji buta. Awak tak kesian ke, kat saya ? Teringin juga saya nak rasa makan gaji buta tu macamana..."

"Eh mana boleh cikgu. Tak baik makan gaji buta. Hidup tak berkat. Cikgu kena ajar..."

Dalam malas belajar itu pun sempat menasihatkan saya, takut cikgunya hidup tanpa berkat Allah.

Dah puas berdolak dalih, akhirnya buku dikeluarkan dan aktiviti latihan bermula, menjawab soalan- soalan berkaitan pelajaran semalam. Mmmm.... Tapi semangat tidak mahu cikgunya makan gaji buta tak lama hinggap dalam dada.

"Cikgu, kita rehatlah cikgu. Kepala dah macam nak pecah dah ni..."

*ya tak ya... Bergaji butalah jugak

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 28, 2011

geram si tulang anjing hitam

Dah berhari blog sendiri terbiar. Itu bukan perkara luar biasa bagi seorang blogger yang tidak tegar seperti saya. Memblog bila rasa perlu dan tatkala kepala punya idea terpenuh melimpah.

Jika idea kering tak perlulah mengetuk keyboard kerana pasti yang akan terluah adalah perkara bosan yang membosankan. Dan inilah yang sedang saya lakukan sekarang. *sigh*

Geram.

Pasti ada yang sedang geram sekarang. Geram membawa konotasi yang berbeza mengikut situasi dan mood seseorang.

Kalau si anak dara terjumpa anak-anak kecil pasti rasa geram hendak mencubit pipinya. Geram memerhatikan kecomelan dan kenakalan si baby , dan rasa geram itu ingin sekali ditonjolkan dengan mencubit pipi atau peha si baby.

Kalau mak si dara pula? Apa pula yang digeramkan ya? Geram menengok barang orang kut? Entah...

Itu geram bila suka. Kalau geram nak marah? Geram nak marah bila marah itu tidak terlampias, ia membuku dalam dada dan menyesakkannya. Selagi ia berkumpul, segala di depan mata menjadi objek atau perkara yang hendak digeramkan.

Hati geram, jiwa tak tenteram;
Hati suka, fikiran kan terbuka.


*lagu Black Dog Bone : Geram jangan engkau geram.... berbaris bagai tulisan billboard dalam kepala. Thanx to AMGM mengembalikan nostalgia lagu tersebut.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 23, 2011

harapan yang tidak kesampaian

Bahana tidak cukup tidur semalam, mata saat ini bagai digantung dengan batu dihujung bulu2 mata saya yang sedikit pun tak melentik. Tidak cukup tidur itu, semuanya angkara perkara ini.

Dah selesai satu masalah, hendak mengadap masalah-masalah yang berentetan pula dari peristiwa tadi. Nantilah saya ceritakan yang itu. Hari ini hendak bercerita benda yang lain pula.

Tentang harapan!




Video di atas pertama kali saya menontonnya di laman web Saifulislam.com dan rasanya saya pernah kongsikan dalam blog ini dahulu. Tapi entah tak ingat, dan malas nak menggodek-godek previous entries yang terdahulu.

Kalau punya masa lebih cubalah tonton. Menyentuh hati dan perasaan.

Tentang harapan yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi dengan mata hati dan fikiran yang positif. Positif dalam pandangan tidak bergantung sama sekali dengan penglihatan yang sempurna tetapi dengan sikap serta nilai diri yang tertanam.

Banyak yang kita harapkan dalam hidup ini dan harapan tersebut juga menjangkau nanti ke saat yang tiada noktah di sana. Namun dalam kemilau dunia ini, sering harapan kita dibiarkan Tuhan tidak kesampaian, dengan tujuan yang hanya Dia yang tahu.

Dan saya tahu , banyak harapan bekas anak murid saya tadi yang tidak kesampaian. Juga harapan ibu bapa masing-masing.

Ini adalah part and parcel dalam hidup. Harapan yang tidak terpenuh mengajar kita nanti untuk lebih kuat, percayalah. Selagi mentari bersinar esok , dan kita masih bisa menghela dan menghembus nafas tanpa payah, selagi itu harapan baru boleh kita cuba gapai dan genggam erat.

Selamat menempuh hidup baru buat bekas pelajar SPM 2010.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 22, 2011

keputusan SPM

Saat saya menaip entri ini, pasti ramai di luar sana yang tidak dapat tidur malam. Gelisah di atas tempat pembaringan, sama ada di atas katil yang empuk atau tidak,  atau mungkin juga pun bukan di atas katil.

Sama sahaja. Bila mata tidak mengantuk, walau dipaksa bagaimana pun, dan baring dengan cara apa atau atas apa pun tetap ia tidak akan tertutup diulit mimpi.

source

Esok keputusan SPM 2010 akan diumumkan. Dan itu pastinya penyebab yang sangat bagus untuk menyegarkan mata insan-insan yang berkenaan dan membuat hati resah gelisah. 

Kita berkongsi rasa yang sama.

Hati saya pun resah, dan saya pasti ramai rakan sekerja saya juga gelisah dan pasrah. Setiap tahun ..., saya ulang lagi ..setiap tahun, gelisah yang menggigit hujung hati ini sama sahaja rentaknya. Dalam beberapa jam yang akan mendatang ini, fikiran diisi dengan lembaran peristiwa-peristiwa kecil tetapi signifikan sepanjang 2010. 

Hati tertanya bagaimanakah nanti  anak-anak murid yang sempat bersama walau cuma seketika, akan menerima keputusan mereka?  Adakah saya sebagai guru telah membantu secara wajar dan berkesan? Ya, banyak kekangan serta banyak halangan yang ditempuh bersama.

Dan saya juga tidak menyangkal keterbatasan diri untuk melayan hampir lebih 100 pelajar yang bernama, bercitarasa, berperasaan dan berkeinginan yang pelbagai. Maafkan saya di atas segala kekurangan.

Mana yang baik dari saya, diharap memberi manafaat kepada anda semua, wahai bekas pelajar 2010. Dan mana yang kurang, saya pohon dihalalkan, agar keberkatan juga saya perolehi dalam hidup ini. 

Doa saya, agar keputusan yang pastinya terbaik yang ditakdirkan untuk kita semua itu, menambahkan rasa syukur kita atas nikmatNya.

*be strong!

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 21, 2011

orang kedekut mahal rezekinya...

Dari jauh saya lihat sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan memujuk pengguna-pengguna LRT Masjid Jamek  untuk membeli cendera hati sambil menderma.

Saya pasti mereka adalah sukarelawan yang berniat baik dan murni. Pandangan biasa bagi kebanyakan kita masa kini. Kutipan untuk rumah spastiklah, anak yatim, rumah orang tua, pesakit kanser dan bermacam lagi.

Dan saya pasti juga, setiap dari kita pernah menderma. Atas dasar apa pun, terpulang pada niat kita. Saya pun biasa juga menderma. Tapi tengok pada mood dan suasana juga.

sumber


Hari itu mood saya mood tidak mahu menderma. 

Kenapa?
Tidakkah saya tahu sedekah itu penambah rezeki?

Ya, saya tahu. Tapi, saya kan manusia biasa yang kadang dikawal oleh emosi dan rasa. Tiada alasan bijak kenapa saya tidak mahu menderma. Mungkin kerana saya rasa, mereka yang meminta derma sebegitu kurang ikhlas dalam menerima.

Kenapa?

Sebab, barang yang dijual paling minima berharga RM10. Kalau saya tidak mahu menderma sehingga RM10, bagaimana? Kalau saya hanya hendak menderma 50 sen?

Oh... tak boleh kakak, resit kami tercetak RM10. Kakak boleh hadiahkan pada anak kakak key chain ini, ada bermacam corak di sini.

Saya menggeleng. Dan bergerak laju menaiki tangga.

Budak itu turut laju mengejar saya. Drama sebabak berlaku pantas antara si peminta derma dan perempuan kedekut yang tidak mahu menderma iaitu saya.

Tapi... nasib baik budak itu cepat sedar dari kebodohannya mengejar saya. 

Lega.

Dalam LRT saya terfikir .... wajarkah saya bertindak begitu?

*tiada langsung peluh menitis hari ini, hujan yang membasah berhari-hari ini menangisi apa ya?

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ada balasan

Tuhan
Berombak lautan
Tajam Duri di hutan

Begitu kuasaMu
Kepada Alam

Insan
Renangi lautan
Tempuhi onak tajam

Ada balasan untuk mu insan

Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima pengharapan
Atau kepanasan

~ Dari Tuhan : Raihan & Awie




Membaca dan  melihat senario dunia masa kini sangat menakutkan. Perang dan kemusnahan angkara kita manusia jelas kelihatan.  

Kita membicarakan soal keadilan, ketenangan dan keamanan...  semua pun inginkan perkara yang sama pada asasnya, tetapi , jelas di mata itu hanya ilusi yang mungkinkah akan menjadi realiti? 

Dunia yang satu ini menjadi rebutan oleh makhluk lemah bernama manusia.

* tetiba rasa sesak membaca dan melayari maya

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 20, 2011

bagaimana sepatutnya?

Setiap profesion ada imej yang berkait rapat. Kalau anda seorang jururawat kemungkinan anda orang yang garang. Jangan marah ya, para misi sekelian, kenapa saya berkata demikian? Sebab banyak pengalaman dalam hidup menemukan saya dengan misi yang garang.

Kalau seorang businessman pula, pasti anda banyak duit. Walau pun saya tahu ramai businessman yang muflis juga. Kalau seorang lawyer? Pasti anda pandai berkata-kata atas tajuk apa pun kan.

Itu apa yang saya fikirkan dalam kepala. Benar atau tidak itu lain ceritanya, walau saya pasti 'mental model' dalam kepala saya banyak yang tidak tepat.

Bagaimana pula sepatutnya seorang guru dalam fikir anak muridnya?

You know.

After school, teacher goes directly home. Carries a bag filled with papers to be read and marked. Might have a cup of tea with spouse. Oh, no. Teacher would never have a glass of wine. That's not how teachers live.

They don't go out. Maybe a movie on the weekend. They have dinner. They put their kids to bed. They watch the news before they settle in for the night to read those papers. At eleven it's time for another cup of tea or a glass of warm milk to help them sleep. Then they put on pajamas, kiss the spouse and drift off.

Teacher's pajamas are always cotton. What would a teacher be doing in silk pajamas? And, no, they never sleep naked. If you suggest nudity students look shocked. Man, can you imagine some teachers in this school naked? That always triggers a big laugh ....
~ Teacher Man : Frank McCourt.


Manusia tidak kira apa profesion atau title yang disandangnya tetap dia manusia yang tidak sempurna. Setiap saat yang kita lalui dalam sehari nafas dihembus dan hela ada titik dosa yang kita akan atau sedang lakukan. Pasti ada hati yang tercuit atau kita lukai pada hari itu, mungkin tanpa kita sedar.

Maaf berkali yang dipinta tak tentu akan diterima seikhlas hati. Namun, sebagai pelaku yang membuat dosa , tugas utama kita ialah meminta maaf tak kira ia akan diampunkan atau tidak.

* sedang duduk dalam lrt putra dari TBS ke masjid jamek sambil sentiasa kagum dengan si doktor yang bijak merawat dan menyembuhkan sakit

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 19, 2011

makin tua makin mahal

Sabtu yang mendung dari pagi hingga ke waktu ini. Basah. Pastinya cuaca sebegini sedikit pun tidak membantu insan-insan yang sedang bersedih hati. 
Jangan berdukacita, sebab rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan akan menghilang. ~ La Tahzan : Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni

Akak umur berapa tahun?


45


Oh, kalau macam tu kena ambik range product  yang ini.


O ye ke? Harga sama?


Er...mahal lah sikit.


Manis senyuman adik di kedai kecantikan tersebut. Maklumlah usia masih muda dan kulit wajahnya bersih ibarat orang yang begitu tinggi nilai iman dalam dada. Skirt pendek yang membalut punggungnya yang montok ditarik perlahan sambil membetul duduk. Cantik, sesuai dengan kerjayanya.

Saya memikir panjang. Ibarat membuat keputusan maha besar yang melibatkan nyawa manusia.

Tak apalah dik. Lain kali.

Musnah angan-angan. Sudah terbayang dalam kepala, lagi dua bulan, mungkin wajah saya semulus adik tersebut, ah, kalau tidak pun semanis wanita dalam katalog kedai tersebut.

Dik, supplemen yang ini tak ada diskaun ke?

Melihat harganya ratusan ringgit, hati jadi berbelah bagi sambil berdiri memerhati mungkin ada supplemen lain yang lebih murah di rak kedai farmasi tersebut.

Tak adalah kak. Harga nett. Tapi ini memang yang terbaik untuk sakit lutut. Ramai yang makan.

Bila usia sudah makin lewat, badan pun mulalah sakit sini dan sana. Sudah menjadi penyakit keturunan dalam keluarga, agaknya, sakit lutut. Walau tidak seteruk mana, perlulah dicegah agar tidak parah.

Itu belum lagi dengan supplemen lain untuk mencegah itu dan ini . Makin tua rupanya makin mahal perbelanjaan mengurus diri sendiri.

Mah, rasanya kita kena tukar kereta biru tu. Makin lama usia, makin mahal maintenancenya.

Ya ke?

Ya, baruni pergi servis je dah makan ribuan ringgit, itu pun belum tukar spare-part yang perlu.

Sayang rasanya hendak menjual kereta biru tersebut. Ada kisah duka bersamanya dahulu. Pahit dan manis dilalui bersama kereta tersebut terpaksa diketepikan memikirkan kos penyelenggaraannya. Kalau ada kereta baru, kos penyelenggaraan lebih murah rasanya.

Makin tua memang makin mahal.

*ada kaitan tak isu maintenance kereta dengan wanita berusia?

Selamat berlibur di hujung minggu.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 18, 2011

i luv u till i die





Hari Jumaat kali ini menyedihkan.

Kenapa?

Ha... tinggal lagi dua hari sahaja, sekolah kembali dibuka dan rutin harian pun bermula semula. Bukannya tidak suka ke sekolah, tapi hendak mengadap kerja-kerja perkeranian dan mesyuarat yang tidak pernah sudah itu yang memberatkan perasaan.

Tapi... tinggalkan sahaja perasaan itu, yang penting ada lagi 2 hari untuk dihabiskan dengan berpoya-poya. :D

Benda baru memang best kan.

Apa sahaja yang baru pasti mengujakan. Kereta baru, buku baru, baju baru, rumah baru, dapur baru, bini baru atau pun kekasih baru.

Sebenarnya manusia ini sama sahaja, awak kaya macam mana pun atau miskin papa pun, perasaan kita tetap sama. Bila dapat benda baru yang mungkin kita idam-idamkan selama ini, perasaan seronok, suka dan teruja mengisi ruang dada dan kalau boleh ingin kita lihat, pegang, pakai atau rasa setiap minit yang ada.

Kalau dapat kenderaan baru, ada masa terluang saja pasti hendak mengelap mana yang patut, dapat melihat dari celah tingkap rumah, kilauan kenderaan tersebut pun sudah terasa best  dalam hati. Kalau dapat baju baru pun, tak sabar hendak memakai dan memperaganya di hadapan kengkawan. Untung-untung ada yang perasan dan kita mendapat pujian.

Apatah lagi kalau dapat kekasih baru, siang malam kalau boleh hendak bertanya khabar. Dah makan? Belum makan? Makan apa? Dah mandi? Buat apa? I rindu sangat kat u.. ni I hantar  <3<3<3. U know I love u till i die... after i die i will cari u... (jadi hantulah pulak kan).

Biasalah tu. Perasaan tersebut, yakni, keterujaan memiliki benda yang baru sangat hebat. 

Cumanya, satu hari nanti benda baru itu nanti akan jadi benda lama yang kadang menyesakkan jiwa juga. 

Jadi... bersederhana dalam segalanya.


Salam petang Jumaat.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 17, 2011

memang ingin sungguh menyintainya

Sudah hampir ke petang Khamis. Panas, hujan, panas, hujan dan panas semula kebelakangan ini.

Sebab cuacalah, cikgu.

Penyebab yang paling baik bagi segala rasa tidak sihat yang dirasa dua tiga hari ini. Doktor di klinik yang memberi jawapan, walau pun ziarah saya kali ini ke kliniknya bukan mahu beliau menjawab sebarang persoalan, cuma mahukan ubat merawat tidak selesa tekak dan rasa tidak sihat ini.

Yalah doktor.

Sahut saya terhenti, kerana dipaksa membuka mulut  dan termometer klinik dijolok masuk di bawah lidah. Satu cara yang baik mengelakkan pesakit bertanya apa-apa yang tidak relevan dengan isu semasa.

Semua yang bernama manusia pun sama. Ada masa sihat dan masa sakitnya. Ada masa suka dan dukanya. Masa senang dan susahnya.

Waktu sakit begini semua yang menghinggap di lidah rasah pahit dan tawar, tiada rasa dan tidak membangkit selera. Makanan yang berubah rasakah atau lidah yang berubah fungsinya?

....kenapa sukar benar mencintai-Nya? Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu logik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya

Mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali.Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit ~ Mengapa Sukar Untuk MencintaiNya : Ustaz Pahrol

Peringatan yang entah keberapa kali datangnya buat saya. Badan yang sakit , mengisyaratkan agar langkah saya diperlahankan, tawa saya diperlahankan dan kata-kata saya juga diperlahankan.

Hujan lagi di luar.

Salam petang Khamis.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 15, 2011

botol buruk second hand

Semua orang suka mendengar dan menonton cerita lawak. Saya tidak terkecuali.

Rupanya ada juga tutorial untuk membuat cerita lawak yang baik. Baru saya tahu. Bila hendak menulis cerita lawak, jenaka atau lawak tidak bermula di awal, tetapi ia perlu diperlihatkan di akhir cerita. Itu kata saudara Rahman Shaari dalam artikelnya Jenaka cerminan kecerdikan masyarakat.

Ada dua contoh cerita jenaka yang saya ingin kongsikan dari artikel tersebut:

Seorang gadis bernama Jamilah memulangkan cincin pertunangan kepada lelaki yang bernama Borhan. Kata gadis itu, “Aku tidak lagi mencintaimu. Aku akan bertunang dengan pemuda lain bulan depan.”

Borhan menerima cincin daripada Jamilah, dan bertanya, “Boleh bagi alamat atau nombor telefon bakal tunang awak tu?”

Jamilah bertanya balas, “Engkau nak buat apa dengan alamat bakal tunang aku?” Borhan berkata, “Aku nak jual cincin ni kepada dia, second hand, separuh harga.” Jamilah menggaru kepala

Mesej yang hendak ditekan di sini ialah istilah second hand yang punya maksud yang mendalam dalam sebuah hubungan dan digambarkan melalui cincin tunang tersebut. Menarik bagi saya!

Maksud tersirat dalam mencuit hati.

Satu lagi contoh :

Seorang lelaki berjumpa dengan botol buruk. Dia mengambil botol itu. Tiba-tiba keluar asap, dan asap itu menjadi Jin. Kata Jin, “Hai manusia, kau telah mengganggu aku sedang tidur.”

Lelaki itu teringatkan cerita lampu ajaib. Jin yang keluar dari lampu ajaib boleh memberikan pertolongan kepada manusia. Tentu Jin ini pun sama. Maka kata lelaki itu, “Hai Jin, bolehkah engkau berikan aku rumah batu yang besar dan mewah? Aku ini orang miskin yang sudah bosan dengan kemiskinanku.”

Jin itu menjawab, “Hai manusia. Kau tak ada akalkah? Jika aku boleh memberikan kau rumah mewah, tentulah aku tidak tinggal di dalam botol buruk tu.”

Jenaka yang biasa, tetapi membawa maksud tiada kejayaan tanpa usaha. Sedangkan lumrah dalam hidup kita seharian, selalu kita terdorong untuk membuat sesuatu yang tidak bijak bagi meraih kejayaan pantas.

Bukan semua orang bijak menulis atau membuat lawak jenaka. Tetapi berlebihan dalam berlawak dan bergelak tawa juga tidak digalakkan, kan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ketar dalam separa bogel

12.12am, awal pagi Selasa. Cuti lagi esokni bila mentari pagi naik. Best!

Itu bahagian nikmat menjadi seorang guru. Bila cuti sekolah. Namun ramai guru yang tidak bercuti pun. Ramai yang sibuk membuat kelas tambahan dan menanda kertas, kan. Cumanya bagi saya nikmat bekerja masa cuti lain rasanya, dibanding nikmat bekerja sewaktu hari bekerja. Waktu bercuti, kita tidak terikat dengan jadual dan loceng serta peraturan pelbagai. Bekerja mengikut kehendak dan rentak kita sendiri.

Itulah nikmat bekerja dalam cuti. Tapi tidak ada yang kekal dalam dunia ini kan. Seseronok mana pun, sampai satu ketika ia akan berakhir. Sepahit mana pun, tidak selamanya ia begitu.

Sibuk membaca tentang letupan di reaktor nuklear di Jepun. Dan banyak sms yang saya terima menasihatkan agar tidak keluar rumah esok dan jika keluar juga, gunalah payung atau baju hujan andai hujan turun, kerana dikhuatiri hujan tersebut hujan berasid atau beradioaktif.

Benar atau tidak, saya tidak arif. Tetapi, pasti nasihat tersebut bertujuan baik. 

Kisah tsunami di Jepun menenggelamkan banyak kisah lain di dunia. Angka kehilangan melebihi 20, 000 orang. Tragis sungguh. 

Teringat cerita pembantu di kantin sekolah dari Acheh yang menceritakan kisah abang kandungnya semasa tsunami di sana. Dalam mengharungi air deras, tidak ada apa yang terlintas dalam kepala, cuma ingin menyelamatkan diri sahaja. 

Dan semasa air surut, abang kandungnya tergantung di dahan pokok bersama beberapa orang lain yang terselamat dan semuanya dalam keadaan separuh bogel, yang perempuan hanya berbaju dalam dan berseluar dalam sahaja , manakala yang lelaki hanya berseluar dalam sahaja, menuruni pokok perlahan-perlahan dalam ketar dan trauma. Masih juga Allah melindungi aib masing-masing seminima mungkin.


sumber


Membaca kisah dan melihat gambar-gambar tsunami di Jepun sangat menginsafkan, walau pun derita dan pedih di hati insan yang terselamat tidak dapat kita gambarkan. 

Saya pernah terdengar ceramah ugama yang tidak saya ingat siapa, menyatakan bahawa, antara orang yang bersyukur dan orang yang sabar, adalah lebih baik orang yang bersyukur. 

Kerana apa?

Kerana ramai orang boleh bersabar menghadapi ujian dan mehnah, tetapi tidak ramai orang yang bersyukur dalam menerima nikmat yang diberi Allah.

*jom kita jadi orang yang lebih baik itu.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 13, 2011

dah terpikat dengan mat askar...







Malam Isnin. Tiada monday blues.

Sukanya. 

Cuti bergaji siapa yang tak suka kan. Cumanya cuti kali ini tidak ke mana-mana nampaknya. Duduk di rumah, pergi ke sekolah, duduk di rumah lagi, pergi ke sekolah lagi dan begitulah.  Itu pun kalau tidak ada rancangan lain atau jika  tidak ada serangan dari makhluk asing. :)

Sebenarnya baru lepas menonton wayang : 'World Invasion : Battle Los Angeles"

Pergi menonton dengan perasaan yang sangat skeptik. Saya membayangkan filem yang berbajet rendah kerana tidak mengenali pelakon yang membintangi filem tersebut. Niat di hati ingin menonton Matt Damon, bintang filem yang saya sangat minati dalam filem terbarunya "Adjustment Bureau", tetapi dek memikir keinginan anak yang begitu menyukai filem sains fiksyen, jadi saya dan suami pun mengambil keputusan menonton filem World Invasion.

Malangnya, perasaan skeptik saya tidak bertempat.

Saya tidak hendak menyentuh tentang lumrahnya filem Hollywood yang sering memapar secara klise nya tentang hebat dan canggihnya alatan ketenteraan mereka. Juga bukan tentang tidak realistiknya si hero menerjah ke sana sini di tengah hujan peluru tanpa ada luka dan masih selamat.

Tetapi saya sukakan filem yang menaikkan keterujaan terhadap semangat setiakawan dan jati diri terhadap negara dari mula hingga akhir. Melihat tentera yang sentiasa bersiap siaga menerima arahan, meninggalkan anak isteri demi membantu insan yang lain memberi kesan mendalam bagi saya. 

Sepanjang menonton, saya teringatkan filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsuddin dan teringat gambar-gambar tsunami yang berlaku di Jepun sekarang ini di mana pihak tentera dan pihak keselamatan bertungkus lumus menyelamatkan masyarakat awam dalam suasana kacau bilau. 

Kita pun punya tentera yang tidak kurang hebatnya. Saya pasti jika negara kita juga dilanda bencana (doa saya agar kita dijauhkan Allah dari segala bencana) mereka inilah merupakan barisan awal yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa mereka. 

Malangnya penggiat filem di kalangan kita lebih gemar menghasilkan filem hantu, lawak dan cinta. Eh, bukan saya tak suka filem hantu dan lawak, suka... memang suka. 

Tetapi, ada kalanya terutama dalam keadaan kisah politik kita yang serba tak kena dan unsur-unsur tidak puas hati antara kaum yang wujud, wajar , saya kira, bagi sesiapa yang berduit lebih itu melabur dalam pembikinan filem yang meningkatkan jati diri dan kasih kita kepada barisan pertahanan negara kita sendiri. Biar ada rasa kagum dan bangga wujud dalam hati kita dan anak-anak kita tentang bertuahnya kita punya barisan pertahanan yang ada.


Sudah sampai masanya saya kira mereka ini diberi ruang khas dalam hati kita, lebih lagi dalam keadaan geografi dan politik dunia ini sendiri yang sangat tidak stabil.

* the marines never quit.... 

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 12, 2011

janganlah asyik bergaduh dan bermasam muka

Saya pasti ramai yang telah menonton video-video kesan gempa bumi dan tsunami yang mengekorinya di Jepun  baru ini.

Maha Suci Allah dengan kekuasaannya.

Technologically advanced Japan is well prepared for quakes and its buildings can withstand strong jolts, even a temblor like Friday's, which was the strongest the country has experienced since official records started in the late 1800s. What was beyond human control was the killer tsunami that followed.

It swept inland about six miles (10 kilometers) in some areas, swallowing boats, homes, cars, trees and even small airplanes. ~ Japan braces for N-reactor meltdown after tsunami

Semua orang di dunia ini boleh dikatakan tahu tentang kehebatan dan tingginya teknologi yang dimiliki oleh negara Jepun. Dalam pada mereka bersiap siaga sentiasa menghadapi kemelut gempa bumi, rupanya masih lagi ada bencana yang tidak terjangka, iaitu tsunami yang datang dalam sekelip mata sahaja.






Ramai yang menulis tentang soal dosa dan hukuman lantaran bencana yang ditimpa Allah ke atas negara tersebut. Bukan saya yang patut mengulas, kerana saya bukan alim ulama atau pakar agama. Bencanakah  atau mala petakakah ia, atau pun  sebagai ujian dari Allah itu di luar pengetahuan saya dan saya kira kita menerimanya seperti yang ada, iaitu bukti menunjukkan besarnya kuasa Allah dan manusia sedikit pun tiada upaya menghalang

Dalam menghadapi dugaan tersebut pasti ramai yang kehilangan orang yang disayang, hatta hilang orang yang dimusuhi juga. Tetapi saya kira, waktu segetir itu, dalam kesusahan dan keperitan perasaan yang dikongsi bersama, pasti segala remeh perkara yang menjadi isu pertelingkahan dan permusuhan akan lenyap. Pasti.

Perasaan kemanusiaan akan mengatasi segala rasa mazmumah yang bersarang. 




Dalam keributan dan keadaan kelam kabut menyelamat diri dan nyawa sendiri dan nyawa orang tersayang, segala isu fana yang mungkin pernah menjadi perkara besar yang meruntuhkan nilai kasih sebelum itu, akan tercampak dalam air laut bergelar tsunami tersebut.

Mungkin itu yang hendak diberitahu oleh kejadian.

*semua gambar dicilok dari sini

*kita belajar dari insan lain kerana mereka juga belajar dari kita... 

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 11, 2011

pergi dengan tenang

Salam Jumaat yang berkat.

Pagi yang mendung di sekolah diiring selawat ke atas Rasul berkumandang sempena majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Suasana yang suram tetapi tetap meriah dengan tema hijau dan pink.

Takziah atas kehilangan aruah nenda.

Baru sahaja kehilangan ayah tercinta, Allah uji lagi dengan kehilangan nendanya. Lembut senyumannya membalas ucapan saya dengan terima kasih..

Alhamdulillah, meninggalnya senang je, Normah, dalam hendak ke bilik air membuang air besar, terjatuh lantas terus dipanggil mengadap Illahi.

Senangnya... harap-harap saya pun nak pergi nanti sesenang itulah.

Itulah Normah, arwah, dah berumur 90 tahun lebih, asyik tertanya-tanya bila gilirannya hendak meninggalkan dunia yang fana ini. Dah penat katanya.

Rupanya sampai satu ketika nanti, bila mana semua insan yang kita sayangi telah perlahan-lahan meninggalkan kita, nikmat untuk terus mencari segala yang diimpikan sebelum ini dari segi material tidak memberi nilai apa- apa lagi . Segala yang kita rasa begitu penting dan perlu untuk dicapai dan dimiliki serta perlu kita genggam seerat mungkin, waktu itu cuma tinggal untuk dikenang dalam menung dan zikir lewat usia .

Waktu itu yang dinanti-nanti ialah bilalah tiba giliran untuk dijemput Illahi agar boleh segera meninggalkan dunia yang serba kucar kacir dan penuh dengan masalah yang tak sudah.

Doa saya, agar nanti jika Allah panjangkan umur, usia yang berbaki itu terpenuh dengan amal. Moga perginya saya nanti dengan redha Allah dan redha orang-orang di sekeliling kita. Berpisahnya saya nanti tanpa tersingkap segala aib dan kelemahan saya. Moga Allah mengampuni segala dosa saya.

Ameen.

* esok dah cuti sekolah

~ cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 10, 2011

seindah cintamu, sederas airmataku....

Pagi Khamis yang basah di Keramat, Kuala Lumpur.

Dalam berat hati dan badan meninggalkan tempat tidur, bangun juga kerana mimpi yang lewat mendatangi adalah mimpi ngeri yang menakutkan. Nasib baik..! Takut terleka dalam dunia mimpi,  matahari sudah tinggi melangit masih sedap berdengkur pula.

Cinta dan Airmata.

Setiap dari kita inginkan hubungan yang kekal, walau pun dalam hati dan fikiran, kita tahu tiada apa yang kekal di dunia ini. Apatah lagi cinta dan kasih antara dua insan yang berbeza rasa, cara didikan dan pengalaman awal dalam hidupnya.

Bagi memeterai janji dan cinta yang bersemi itulah, perkahwinan adalah satu-satunya cara bagi kita memastikan ia kekal dan utuh. Hanya ajal sahaja yang kita harap dapat memisahkan kita, itu pun kita sudah berjanji dengan pasangan masing-masing untuk menunggu di pintu syurga (atau pintu neraka? nauzubillah).

Tetapi seperti yang terhebah baru ini...

Amat mengejutkan apabila kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit. Begitulah kalau berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim. ~ sumber


Sangat menyedihkan.


According to research, those in arranged marriages -- or who have had their partner chosen for them by a parent or matchmaker -- tend to feel more in love as time grows, whereas those in "regular" marriages feel less love over time.

Thus, arranged marriages tend to last longer than marriages of passion, the research concluded.

The study was conducted by Harvard University no less, and the results arrived at after extensive interviews and observations over eight years, across many cultural groups.

Read more: Love or arranged, make it last

Berjayanya perkahwinan bukan ditentukan oleh betapa besar dan hebatnya majlis yang dilangsungkan pada hari perkahwinan itu. Banyak contoh yang boleh kita lihat dan kita belajar. Perkahwinan juga tetap teguh bukan atas banyak mana kemesraan yang ditunjukkan di hadapan orang lain, kerana berapa ramai pasangan ideal di mata yang kita lihat, namun teras perkahwinannya runtuh diiring rasa terkejut kita.

Generasi terdahulu dari saya punya rekod yang baik mengekalkan status perkahwinan masing-masing. Walau sehebat mana duka yang terbendung dalam perkahwinan, demi anak-anak, ramai yang mengorbankan hati dan perasaan tidak kira si suami atau isteri tersebut. Kerana saya kira, waktu itu perkahwinan adalah institusi yang begitu murni dan wajib dipelihara oleh setiap pasangan.

Namun generasi Y kini yang saban hari disogok dengan idealisma cinta yang tidak berpijak di bumi nyata seolah hilang arah dan asyik mengejar cinta sejati.

But now, trivialities such as boring pyjamas and the spouse smelling of keropok is as good a reason as any to split.

Going by statistics, it appears that Generation Y, especially, has lost the will to make marriages work -- or no longer sees the need to try.

They adopt an unrealistic, Western-style conceptualisation of love strongly influenced by the media and focus too much on the romantic aspect of love. Sappy love stories like Titanic, Avatar and Wall-E do not help.

The moment a marriage becomes challenging, they become disillusioned, frustrated and give up, say relationship experts and Oprah

Read more: Love or arranged, make it last

Tidak ada, tidak ada dan tidak ada perkahwinan yang seindah cerita cinta puteri kayangan dan putera kayangan. Sedangkan perkahwinan Baginda Rasulullah sendiri teruji dengan kerenah isteri-isteri dan fitnah, apatah lagi perkahwinan insan-insan seperti kita.

Bertahan. Cubalah. Tika perkahwinan sedang dipukul ombak besar, pegang kuat pada tali yang menyatukan kita. Allah sesekali tidak membiarkan mereka yang sabar.

Buat sahabat dan saudara yang sedang diuji dengan ujian getir ini,  doa saya bersama kalian.

*bagi bekas anak murid  yang baru berjumpa cinta, ingatlah, cinta romeo dan juliet tetap berakhir dengan air mata, tetapi cinta Rasulullah pada Khadijah tidak pernah surut hingga akhir zaman kini.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 9, 2011

risau membukit




Aii... kenapa masam je ni?

Dia pandang saya. Bibirnya masih masam kelat mencuka.

Awak sihat tak?

Ada airmata bergenang. Ah... sekejap lagi pasti tumpah.

Kenapa ni? Saya nampak awak risau. Risau ngan chemistry ke? Stress?

Soalan saya bertubi-tubi. Dan airmatanya pun terus tumpah. Dia menutup mukanya sambil mengelap airmata yang deras membasahi pipinya yang gebu. Perlahan dia mengangguk.

Hati mana tidak tersentuh melihat anak murid menitiskan air mata. Keresahan dan kerisauan yang terbendung dalam jiwanya tidak dapat ditahan-tahan. Sedangkan saya tahu beliau memang boleh berjaya cemerlang kerana usaha dan ketekunannya dalam pelajaran. 

Apalah yang dirisaukan pada usia remaja ya? Kadang terfikir juga, kerana sudah lama saya meninggalkan alam remaja jadi mungkin saya sukar menghadirkan empati dalam diri.

Risau dengan SPM katanya dalam sedu dan airmata yang membasahi pipinya. Risau dengan keputusan ujiannya yang pertama ini terutama dalam subjek Chemistry yang saya ajar. Risau melihat markahnya. Risau dengan dirinya yang tidak setanding rakan-rakan yang lain. Risau jika keputusan SPMnya tidak mencapai seperti yang diharapkannya.

Beratnya kerisauan sehingga ada kala sukar melelapkan mata untuk tidur malam. Besarnya gelisah membuatkan beliau menjadi pendiam dalam kelas. Kasihan sungguh.

SPM bukan segalanya. Memang ia penting sebagai batu loncatan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Betul...., alangkah seronoknya jika dapat mencapai semua A seperti yang diidam dan memang betul, alangkah sedihnya jika keputusan tidak seperti yang kita harapkan. Tetapi itu semua bukan menjamin yang perjalanan hidup kita seterusnya akan jadi sukar atau mudah.

Bercakaplah. Berkomunikasilah. 

Dengan bercakap..., meluahkan rasa risau pada ibu dan ayah dan pada guru boleh memecahkan kerisauan yang membukit dalam diri. Mintalah mereka mendoakan, kerana pasti doa secara kolektif dan pasrah yang bersungguh tidak akan Allah biarkan sahaja.

Dan doa saya juga mengiringi semua anak-anak murid saya, moga Allah memberi rahmat pada kalian dunia dan akhirat.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 8, 2011

chemistry

Cikgu, rindu kat cikgu.

Yalah tu. Baru dua hari tak jumpa, apa hal rindunya pulak?

Hehe...

Manis senyumannya. Mana ada orang yang bila tersenyum ikhlas nampak buruk dan hodoh kan... Kalau masam mencuka, memang betullah, cantik macamana pun tetap buruk di pandangan mata.

Setiap kelas ada tarikannya yang tersendiri.

Ada sesetengah kelas yang menyeronokkan kita untuk masuk (dan mengajar) dan membuatkan kita ternanti-nanti waktu seterusnya. Dan mereka (pelajar-pelajar itu) pun tahu yang kita menyukai mereka dan mereka juga turut menyukai kita. Kadang-kadang mereka akan memberitahu kita yang pelajaran hari itu memberi kesan baik pada mereka dan hati kita pun kembang berbunga. Dan secara tanpa sedar ia menambahkan kekuatan dalam diri seolahnya dalam sepanjang jalan balik kita boleh bernyanyi-nyanyi.

terjemahan saya dari buku Teacher Man : Frank McCourt, m.s 93 

Saya masih belum habis membaca buku Teacher Man ini. Memang sudah menjadi tabiat, mana ayat atau perenggan yang saya rasa best, terasa ingin berkongsi. Tak kira buku apa pun. Jadinya, selagi tidak habis membaca buku tersebut, sekali-sekala terselitlah perenggan atau kata-kata tersebut dalam blog saya ini. 

Every class has its chemistry.

There are some classes you enjoy and look forward to. They know you like them and they like you in return. Sometimes they'll tell you that was a pretty good lesson and you're on top of the world. That somehow gives you energy and makes you want to sing on the way home.

Tapi, sebenarnya membaca dalam bahasanya sendiri lebih sedap dari terjemahan yang saya buat itu. Sebab saya tidak ada kemahiran menterjemah. Main hentam saja.

Chemistry.
Daya tarikan.

Ia datang sendiri. Tidak boleh dipaksa-paksa. Ada kala hanya melihat senyuman sahaja terus terasa ada daya penarik dan hati terus berkenan. Tidak kiralah, sama ada beliau itu rakan atau kekasih. Dan persahabatan menjadi mudah dan kuat.

Tetapi, selalu juga bertemu dengan orang yang kita meluat sejak mula. Kadang-kadang tidak perlu pun dia bersuara atau berkata, sekadar melihat caranya sahaja hati terus tidak berkenan. Kesian. Tapi hati dan perasaan yang secara spontan dan tanpa sedar terukir, tidak dapat kita tahan. Hendaknya janganlah saya yang menjadi orang itu....

*suka hari Rabu, kerana perjalanan untuk seminggu ini sudah separuh.

~cikgunormah@klcitizen~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 7, 2011

bagaimana mengatasi hidung kemek?







Facing dozens of teenagers every day brings you down to earth. At 8 a.m. they don't care how you feel. You think of the day ahead: five classes, up to 175 American adolescents: moody, hungry, in love, anxious, horny, energetic, challenging. No escape.

~ Teacher Man : Frank McCourt, pg. 81

Suara Ezzeri menyanyikan lagu Sudirman berkumandang dalam kelas. Sambil budak kecil itu membuat tarian ala hip-hop. Saya pun tak ingat lagu yang mana, tetapi dek sebab kecil molek badannya, terus mengingatkan saya pada arwah Sudirman.

Ada iras....., dengan mata ala-ala sepetnya dan tahi lalat di tepi bibir.



Bacalah buku, sekejap lagi kan nak ujian dah.

Dah baca kat rumah dah, cikgu.

Awak nak jadi penyanyi ke?

Kalau boleh. Tapi .. Gigi saya berlapis.

Tak apa, dah besar nanti boleh betulkan gigi tu....


Dia senyum. Manis.

Padahal, kan... sebelum dia memberitahu saya, saya tidak pun perasankan giginya. Pada saya mukanya comel dan tidak ada cacat celanya. Kalau si Ezzeri besar nanti pastinya ramai anak dara yang tertarik dengan senyum dan gayanya. Tetapi, sebab giginya berlapis ada rasa rendah diri yang hadir.

Saya pun begitu dulu,  dik ooiii. Masa sebayamu dan lebih kurang seusia itulah juga. Cumanya gigi saya tak berlapis, alhamdulillah. Tetapi waktu itu saya kira masalah saya lagi besar sebab sehingga sekarang saya tidak dapat membetulkan kekurangan tersebut.

Ya.... hidung saya kemek. Tak mancung!

:)

Betul...., dulu-dulu, sebab hidung sayalah,  saya kira,  saya tidak berapa selesa hendak berkawan. Rakan-rakan baik saya dahulu semua punya hidung terletak, mancung dan comel. Kenapa dalam ramai-ramai orang Allah pilih saya untuk menerima hidung tak mancung? Selalu itu yang saya tanya diri bila mengadap cermin muka.

Tapi... itu dulu. Kisah 31 tahun yang lepas, lebih kurang. Sekarang?

Cantik atau tidak bukan terletak pada hidung atau gigi berlapis dik. Bila telah melepasi usia tertentu dan kematangan mula hadir, cantik itu menjadi begitu relatif dan subjektif sekali. Setiap awal perkenalan dengan insan lain , kita memang akan tertarik dengan kecantikan , keayuan atau ketampanan wajah, tetapi itu semua akan pudar jika harga diri, sikap , sahsiah, pandangan dan sisi inteleknya tidak segah mana.

Percayalah. Kerana nilai-nilai itu yang biasanya menjadikan kita setia bersamanya sebagai  sahabat atau menjauh darinya.

*Aku dan perasaanku.... nostalgik sungguh.




~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 6, 2011

sepatutnya...

Ahad datang dengan sakit pinggang...

Biasalah orang dah tua....,  segalanya sakit, sakit pinggang, sakit lutut, sakit kepala.... singgah di Pavillion , KL pulak,  sakit mata menengok betis-betis dan dada gebu yang lalu lalang, bila tengok handbag-handbag terpacak kat cermin butik-butik mahal tu, sakit hati lah pulak kan. Segalanya sakit lah.... :)

Bukan nak membebel pasal sakit tu. Dah ini resam hidup, kan. Sakit dan sihat silih berganti.

Nak cerita pasal 'patut'.

Sepatutnya kan... dulu-dulu saya tak perlu pakai cermin mata, patutnya saya duduk jauh-jauh masa menonton televisyen , mesti mata saya tak rosak. 

Sepatutnya kan, dulu-dulu saya tak masuk aliran Sains, saya masuk aje aliran sastera, mesti saya dah jadi penulis tersohor masa kini.

Sepatutnya kan, ..... saya belajar pandai sikit, mesti saya dah jadi orang bijak pandai sekarang.

Banyak yang patut berlaku dalam hidup kita tetapi ianya tidak terjadi. Bila merenung perjalanan hidup kelmarin dan semalam, ada banyak tindakan, kata-kata dan lintasan hati yang sepatutnya kita tidak buat atau sepatutnya kita buat, tetapi tidak terjadi seperti yang sepatutnya. 

Kenapa, kan begitu?

Ya, memang takdir dan suratan Allah yang tentukan. Tetapi selagi takdir itu tidak berlaku, pilihan semuanya di tangan kita. Cumanya, bagaimana hendak kita tentukan bahawa tindakan yang kita buat, keputusan yang kita ambil, jalan yang kita pilih, kata yang kita hamburkan itu yang terbaik untuk kita?

Eh, janganlah tanya saya. Saya pun  tidak tahu jawapannya. Walau telah 45 tahun hidup dan meniti jalan ini dengan segala rasa dan suasana namun usia itu bukan kayu pengukur yang saya sudah bijak membuat keputusan.

Andai kita tahu... pasti kita pohon yang lebih baik.

*Versi Ramli Sarip ini lagi best rasanya



~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 5, 2011

tak ingat jalan balik...

Baru saya teringat semula  idea  terkumpul semalam yang tetiba hilang bila mengadap laptop. Ia muncul kembali dan seperti tersengih dalam kepala, minta juga diluahkan.

Sebenarnya saya kira, ia ibarat acara tahunan dalam babak hidup saya lewat ini, sejak usia melepasi 43 tahun, kali ini kali kedua ia berlaku semula. Kali pertama pernah saya ceritakan dalam blog saya ini. Kalaulah sesiapa berminat hendak membacanya... bolehlah menjengah di sini, macamlah ada orang kesah dengan cerita di sini, kan. Hehehe. Tak apa, berfikir positif!

Apa kisahnya? Kisah biasa seorang guru yang serabut fikirannya.

Dalam keserabutan itu, teringat anak di rumah belum makan dan waktu untuk bersolat Jumaat sudah hampir. Jadi saya sebagai ibu mi+tali perlu segera menjemput si anak dan membelikan makanan  untuk beliau. Nasib baiklah duduk di KL yang segalanya mudah dan segera.

Memandu masuk ke 'sahabat setia' untuk orang seperti saya, Mc Donald drive-thru.

Set spicy mac chicken, dik, tak mau sayur.
Ya, ya.
Set besar.
Ya, ya.
Tak nak sayur.
Apa?
Ya, ya. .... (rupanya cik adik tersebut, mengucap terima kasih dan sila bayar di kaunter depan melalui interkom yang menjadi penghubung saya dan dia.)

Ha... selesai. Boleh bersegera mengambil anak dari masjid dan menghantarnya ke sekolah pula. Alah, terlupa pula hendak berjumpa dengan pelajar 2R yang sepatutnya menunjukkan pada saya lakaran Solar Cooker mereka. Ish... nama mereka belum lagi saya hantar ke urusetia pertandingan. Aduiii... fail panitia tu belum lagi disemak, pemantau sudah memaklumkan akan datang hari Selasa ini. Berserabut, berserabut....

Berhenti di traffic light, saya menoleh ke arah bungkusan makanan yang saya beli tadi, hendak memeriksa ada sayur atau tidak dalam Mc Chicken yang dipesan tadi. Eh? Mana burger ni? Tengok ke lantai kereta, ke belakang,  di tempat duduk belakang... tak ada? Ingat semula!!Alahai....

Yalah, apa lagi, saya terpaksa berpatah balik ke Mc Donald drive-thru itu semula. Rupanya, selesai membayar di kaunter pertama, sepatutnya seperti biasa saya mesti mengambil makanan tersebut di kaunter kedua, tetapi dek keserabutan di kepala, saya terus sahaja menonong memandu keluar.... tidak mengendahkan budak McD yang menjerit-jerit minta saya berhenti mengambil makanan saya.

Baru saja jadi guru biasa, Cikgu Normah, belum lagi jadi Pengetua...Takut nanti bila dah jadi Pengetua, jalan balik ke rumah pun dah lupa.

mmmmmm

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 4, 2011

masing-masingkan ada tugas

Sudah petang Jumaat, baru sempat mengadap laptop. Hajat hati hendak mengupdate entri. Namun, idea yang terkumpul waktu tengahari tadi, hilang lenyap, entah kemana.

Joey is the mouth in the class.

There's one in every class along with the complainer, the clown, the goody-goody, the beauty queen, the volunteer of everything, the jock, the intellectual, the momma's boy, the mystic, the sissy, the lover, the critic, the jerk, the religious fanatic who sees sin in everywhere, the brooding one who sits in the back staring at the desk, the happy one, the saint who find good in all creatures.

It's the job of the mouth to ask questions, anything to keep the teacher from the boring lesson.
Teacher Man : Frank Mc Court , pg 24.


Harini nak cuba menterjemah perenggan di atas.


Amirul adalah si mulut murai dalam kelas tersebut.

Boleh dikata, dalam setiap kelas pasti ada si mulut murai, bersama si kaki komplen, si raja lawak,  budak yang terlebih baik, si jelitawan, si sukarelawan, si atlet, si intelek, si anak emak, si budak penuh misteri, si lembut, si kekasih, si pengkritik, si brengsek, si terlebih alim yang segalanya adalah dosa di sekeliling, si khayal yang duduk di belakang kelas asyik merenung mejanya, si ceria sentiasa dan si tawaduk  yang merasa segala makhluk adalah baik.

Dan tugas si mulut murai adalah bertanya, apa sahaja, agar saja cikgu di depan tidak mengajar pelajaran yang membosankan itu.

"Cikgu, cikgu nampak cantik hari ini...." si mulut murai bersuara, sebaik lepas selesai membaca doa agar Allah melapangkan dada setiap yang ada dalam kelas ini supaya ilmu yang akan ditimba sebentar nanti mudah melekat dan tersemat di benak fikiran masing-masing.

"Mmmm.... yalah tu. Dah bukak buku..."

"Betullah cikgu."

"Bukak buku!"

Perlahan, ibarat babak drama Indonesia yang diperlahankan, buku diletakkan di atas meja tanpa dibuka.

"Cikgu.... saya dah tahu rumah cikgu kat mana."  Suara si murai lagi.

Saya memandang bukunya yang masih tertutup. Kesian, budak yang kurang kasih sayang, beginilah caranya.. hati saya berkata-kata. Hari Jumaat, kan, eloklah bersangka baik.

"Ya? Awak dah tahu rumah saya? Saya pun dah tahu rumah saya kat mana! Jadi, ...samalah kita.... "

Dia tersengih, saya pun tersengih. Banyak sengih kan sedekah.

"Cikgu, cikgu lawalah bila senyum..."

"La.... terima kasih banyak2. Nasib baik awak beritau! Kalau tak, sampai mati, saya tak tau saya ni lawa. Dah? Boleh kita mula belajar?"

Tugas si mulut murai selesai, tugas saya pun bermula....







* cepatnya masa berlalu.... teringat dulu, semasa darjah enam, saya adalah si kaki lawak dalam kelas! Anda??

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 3, 2011

duduk dan berdiri sama sahaja

Jikalah boleh mengkesampingkan isu pertandingan makmal antara sekolah,  yang melibatkan juga markah pengurusan fail Panitia yang sentiasa tidak saya kemaskini, .... pasti menjadi guru, bagi saya adalah tugas yang paling best sekali selain dari 'tugas' mengemaskini blog saya ini. 


Adakah perkataan mengkesampingkan? Oh... tak ada rupanya.

Sepatutnya perkataan yang betul ialah mengesampingkan. Ya, kalau boleh mengesampingkan hal-hal lain yang tidak berkait dengan proses pengajaran di dalam kelas, alangkah bahagianya. 

Itu kata saya. Walau pun saya tahu, itu tak mungkin akan terjadi.

"Azroy! Duduk !" 

Setelah berbelas tahun tidak mengajar pelajar-pelajar Tingkatan 1, yang baru melepasi alam persekolahan di sekolah rendah, saya dapati memang jauh bezanya melayan kerenah mereka berbanding kerenah pelajar Tingkatan 5.

Apatah lagi kelas yang paling hujung di Tingkatan 1 sekolah saya .  Memang tidak duduk diam, terutama si Azroy yang tingginya tidak lebih dari aras pinggang saya. Comel dan hensem budaknya. Tetapi kecomelan dan kehensemannya sedikit pun tidak memastikan yang beliau mendengar kata.

Terlepas pandang saja, beliau akan meyelinap ke kelas sebelah sama ada dengan kebenaran atau tidak. Bila dipanggil, bagai lipas kudung bersegera duduk di kerusinya menyanyi-nyanyi seolah tiada apa yang berlaku dan saya cuma mengada-adakan cerita tentang 'ekspedisinya'.

"Cikgu.... saya dah kata jangan panggil saya Azroy, boleh tak?"

Masih tidak duduk lagi budak kecil ini.  

Amboi.... banyak comellah budak ni pulak. Hati saya berkata sambil buat-buat meluat.

"Habis tu nak panggil awak apa?" tanya saya.

"Panggil saya Pendek.. Kawan saya semua panggil saya Pendek." 

Bagai digeletek saja rasanya saya mendengar jawapan si Azroy. Tapi... seorang guru tidak boleh saja-saja mengikut telunjuk dan kata-kata anak muridnya...kan. 

Kata-kata pujangga yang pernah saya dengar adalah, seorang guru yang baik adalah pelakon yang hebat dalam kelas. Pujangga yang mana berkata demikian tidaklah saya tahu.  Dan saya mahu menjadi seorang guru yang baik.

"Saya bukan kawan awak. Ikut suka saya nak pangil awak apa. Tu... name tag awak tulis Azroy. Saya panggil awak Azroy. Dah... duduk!"

Duduk si Azroy sambil membuat muka.....

"Kenapa tak duduk lagi?" tanya saya pada Azroy.

"Saya dah duduklah ni cikgu..."

"Tulah... suka sangat bila kawan panggil awak Pendek. Duduk ngan berdiri pun saya nampak sama je, tak ada beza..."

Saya senyum pada Azroy si Pendek yang membalas senyuman saya.


*dah terbayang minggu depan si pemantau bersama failnya membelek fail-fail saya dan menulis markah .... aduii

~cikgunormah@klcitizen~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 2, 2011

asyik-asyik alasan basi...

Esok, tarikh akhir bagi guru-guru yang mengajar di Tingkatan 5 sekolah saya memberikan markah  kepada guru-guru kelas, bagi ujian 1 tahun 2011. Selepas itu, pula, guru-guru kelas akan memasukkan data semua markah anak-anak murid di kelasnya bagi semua subjek, dan menyerahkan analisis markah kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah. 

Habis dikumpul nanti, Setiausaha Peperiksaan akan menghantar analisis ke Pejabat Pelajaran Daerah dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri pula. 

Tekanan.

Saya dalam tertekan! Tetapi....., tetap juga membuang masa di sini menaip. Nak buat macamana. Ini sebenarnya merupakan satu cara meluahkan rasa tertekan.

"Cikgu,...cikgu salah kira markah kertas saya. Patutlah saya terkejut..."

"Ha, saya lagi terkejut sebab awak terkejut! Saya memang ada masalah mengira sejak kecik, sebab itu awak kena semak balik."  Pura-pura saya membuat muka terkejut. Kertas Kimia 2 dan kertas 1 baru sahaja habis diduduki pelajar hari Isnin kelmarin. 

Dalam 2 hari hendak menanda lebih dari 100 skrip kertas jawapan bukan kerja mudah. Tanyalah guru pakar mana pun. Ditambah lagi dengan urusan harian di sekolah dan di rumah serta rasa bosan membaca jawapan yang berulang dengan tulisan yang bak cakar ayam sahaja.

"Cikgu, kenapa cikgu bagi salah jawapan saya ni?...Bukan yang ini betul ke?" tanya yang lain, tidak puas hati.

Saya baca jawapannya. Jelas-jelas saya beri markah kosong pada jawapannya yang betul.

"Sapa kata jawapan awak salah? Betullah tu... saja letak kosong nak tengok awak dengar tak jawapan masa saya bincang tadi...." 

Itulah alasan basi  saya. Mana tidaknya, malam dah pekat menghitam, saya masih menanda kertas, berselang dengan kantuk yang amat. 

Tekanan berulang setiap tahun.......

*malam ini akan menyambung lagi menanda dengan aroma nescafe sambil iri hati mendengar dengkur orang di sebelah 

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 1, 2011

tuah di keyboard

Entri ini entri berangan.

Orang kata, orang yang bijak tidak panjang angan-angannya. Ya, saya tahu, dan saya tidak berniat hendak memanjangkan angan-angan saya sebab saya juga teringin menjadi orang bijak.

In the world of books, I'm a late-bloomer, a johnny-come lately, new kid on the block. My first , Angela's Ashes , was published in 1996 when I was 66. 'Tis , in 1999 when I was 69.

So, what took you so long?

I was teaching, that's what took me so long. Not in college or university, where you have all the time in the world for writing and other diversions, but in 4 different New York City public  high schools.

When you teach 5 high-school classes a day, 5 days a week, you're not inclined to go home to clear your head and fashion deathless prose. After a day of 5 classes your head is filled with the clamor of the classroom  ~ Frank Mc Court : Teacher Man

Sudah lama menjejak buku Teacher Man oleh pengarang yang pernah memenangi  Hadiah Pullitzer, sejak membaca ulasan buku ini dalam surat khabar bertahun dahulu. 

Seorang guru biasa, yang punya cerita luar biasa di hujung usianya.

Teringin betul...

'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu...'


Impian lama yang terpendam dalam hati. Bukan... bukan nak menang Hadiah Pullitzer tu, tapi hendak menghasilkan buku yang dibaca oleh orang lain dan diterima sebagai karya yang baik.

Kenapa ya?

Kenapa ingin menulis?

Kerana tidak ingin idea, kisah atau luahan  yang tergaris dalam benak ini berkubur begitu sahaja. Saya ingin insan lain menilai dan berkongsi beza rasa atau sama rasa, atas aksara yang saya susun dan rangkaikan.  Saya ingin mana yang baik itu dibaca dan direnung bersama, tidak hari ini , mungkin esok lusa.



Dan... kalau tuah saya nampak dikeyboard ini, dapat Hadiah Pullitzer tu pun...... ALHAMDULILLAH (dapat pingat emas dan hadiah US$10,000 ....ha, boleh buat haji). 


:)


Okay, stop sesi berangan....!


~cikgunormah@klcitizen~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...