Itu bahagian nikmat menjadi seorang guru. Bila cuti sekolah. Namun ramai guru yang tidak bercuti pun. Ramai yang sibuk membuat kelas tambahan dan menanda kertas, kan. Cumanya bagi saya nikmat bekerja masa cuti lain rasanya, dibanding nikmat bekerja sewaktu hari bekerja. Waktu bercuti, kita tidak terikat dengan jadual dan loceng serta peraturan pelbagai. Bekerja mengikut kehendak dan rentak kita sendiri.
Itulah nikmat bekerja dalam cuti. Tapi tidak ada yang kekal dalam dunia ini kan. Seseronok mana pun, sampai satu ketika ia akan berakhir. Sepahit mana pun, tidak selamanya ia begitu.
Sibuk membaca tentang letupan di reaktor nuklear di Jepun. Dan banyak sms yang saya terima menasihatkan agar tidak keluar rumah esok dan jika keluar juga, gunalah payung atau baju hujan andai hujan turun, kerana dikhuatiri hujan tersebut hujan berasid atau beradioaktif.
Benar atau tidak, saya tidak arif. Tetapi, pasti nasihat tersebut bertujuan baik.
Kisah tsunami di Jepun menenggelamkan banyak kisah lain di dunia. Angka kehilangan melebihi 20, 000 orang. Tragis sungguh.
Teringat cerita pembantu di kantin sekolah dari Acheh yang menceritakan kisah abang kandungnya semasa tsunami di sana. Dalam mengharungi air deras, tidak ada apa yang terlintas dalam kepala, cuma ingin menyelamatkan diri sahaja.
Dan semasa air surut, abang kandungnya tergantung di dahan pokok bersama beberapa orang lain yang terselamat dan semuanya dalam keadaan separuh bogel, yang perempuan hanya berbaju dalam dan berseluar dalam sahaja , manakala yang lelaki hanya berseluar dalam sahaja, menuruni pokok perlahan-perlahan dalam ketar dan trauma. Masih juga Allah melindungi aib masing-masing seminima mungkin.
sumber |
Membaca kisah dan melihat gambar-gambar tsunami di Jepun sangat menginsafkan, walau pun derita dan pedih di hati insan yang terselamat tidak dapat kita gambarkan.
Saya pernah terdengar ceramah ugama yang tidak saya ingat siapa, menyatakan bahawa, antara orang yang bersyukur dan orang yang sabar, adalah lebih baik orang yang bersyukur.
Kerana apa?
Kerana ramai orang boleh bersabar menghadapi ujian dan mehnah, tetapi tidak ramai orang yang bersyukur dalam menerima nikmat yang diberi Allah.
*jom kita jadi orang yang lebih baik itu.
~cikgunormah@klcitizen~
tulisan ini betul² menyedarkan saya..agak senang bersabar, cuma agak lupa bab bersyukur..alhamdulillah ada rakan² maya mengingatkan ;)
ReplyDelete@n@m@n
ReplyDeleteentri ini pun untuk mengingatkan saya juga naman.
lebih sukar untuk walk the talk!
Saidina Umar terkejut bila mendengar doa dari seorang lelaki meminta dimasukkan dalam golongan orang-orang yang sedikit.
ReplyDeleteUmar bertanya kenapa dia berdoa demikian, lelaki itu menjawab ya Amirulmukminin golongan sedikit itu ialah golongan orang-orang yang bersyukur.
@abu muaz
ReplyDeleteterima kasih abu muaz
sesungguhnya benarlah ya, payah hendak mencari orang yang bersyukur. harapan saya semoga saya juga termasuk dalam kalangan orang yang bersyukur