Wednesday, March 9, 2011

risau membukit




Aii... kenapa masam je ni?

Dia pandang saya. Bibirnya masih masam kelat mencuka.

Awak sihat tak?

Ada airmata bergenang. Ah... sekejap lagi pasti tumpah.

Kenapa ni? Saya nampak awak risau. Risau ngan chemistry ke? Stress?

Soalan saya bertubi-tubi. Dan airmatanya pun terus tumpah. Dia menutup mukanya sambil mengelap airmata yang deras membasahi pipinya yang gebu. Perlahan dia mengangguk.

Hati mana tidak tersentuh melihat anak murid menitiskan air mata. Keresahan dan kerisauan yang terbendung dalam jiwanya tidak dapat ditahan-tahan. Sedangkan saya tahu beliau memang boleh berjaya cemerlang kerana usaha dan ketekunannya dalam pelajaran. 

Apalah yang dirisaukan pada usia remaja ya? Kadang terfikir juga, kerana sudah lama saya meninggalkan alam remaja jadi mungkin saya sukar menghadirkan empati dalam diri.

Risau dengan SPM katanya dalam sedu dan airmata yang membasahi pipinya. Risau dengan keputusan ujiannya yang pertama ini terutama dalam subjek Chemistry yang saya ajar. Risau melihat markahnya. Risau dengan dirinya yang tidak setanding rakan-rakan yang lain. Risau jika keputusan SPMnya tidak mencapai seperti yang diharapkannya.

Beratnya kerisauan sehingga ada kala sukar melelapkan mata untuk tidur malam. Besarnya gelisah membuatkan beliau menjadi pendiam dalam kelas. Kasihan sungguh.

SPM bukan segalanya. Memang ia penting sebagai batu loncatan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Betul...., alangkah seronoknya jika dapat mencapai semua A seperti yang diidam dan memang betul, alangkah sedihnya jika keputusan tidak seperti yang kita harapkan. Tetapi itu semua bukan menjamin yang perjalanan hidup kita seterusnya akan jadi sukar atau mudah.

Bercakaplah. Berkomunikasilah. 

Dengan bercakap..., meluahkan rasa risau pada ibu dan ayah dan pada guru boleh memecahkan kerisauan yang membukit dalam diri. Mintalah mereka mendoakan, kerana pasti doa secara kolektif dan pasrah yang bersungguh tidak akan Allah biarkan sahaja.

Dan doa saya juga mengiringi semua anak-anak murid saya, moga Allah memberi rahmat pada kalian dunia dan akhirat.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. bukan semua orang dapat memahami masalah kita..dan bukan semua orang yang sudi mendengar masalah kita..dan kita jarang berjumpa dengan orang yang sudi menjadi mpendengar yang baik..

    ReplyDelete
  2. hehe. masa saya sekolah dulu, saya pun risau2 hal macam ni jugak. takutkan SPM. tapi baguslah cikgu, dia risaukan pasal pelajaran. daripada risaukan hal yg entah apa2.

    ReplyDelete
  3. Saya akan risau bila anak saya risau. Tapi kalu depa rileks confident, saya lega.

    Itu lumrah kan?

    Antara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!

    ReplyDelete
  4. Insyaallah , mudah mudahan lulus..

    ReplyDelete
  5. mesti cikgu ni hebat sebab pelajar terluah perasaannya....

    ReplyDelete
  6. @abu muaz

    tidaklah hebat abu muaz, naluri keibuan tu juga memain peranan

    ReplyDelete
  7. @endiem

    insyaAllah lulus dgn cemerlang, saya doakan untuk semua anak murid saya

    ReplyDelete
  8. @azieazah

    betul azie
    kalau anak sedih, ibu apatah lagi kan

    ReplyDelete
  9. @ain fathihah

    budak kelas bagus memang sentiasa risau pasal pelajarannya

    ReplyDelete
  10. @abadi romeo

    nak menjadi pendengar yang baik pun kena ada skill kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.